Tuesday, July 23

buah melaka +kuew teau goreng

 Rasulullah s.a.w. bersabda: Semua amalan anak Adam 

digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa 

dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla

 Berfirman: Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan

 Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan 

syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa

 akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika

 berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui 

Tuhannya,

dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa

 lebih wangi disisi Allah daripada bau minyak wangi

 kasturi.




 menu yg paling laris, buah melaka @ buah mulong @ onde-onde
cepat dan mudah
setiap hari ada permintaan, buat dpt sepiring .


Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 5 helai daun pandan
  • Gula melaka di potong kiub kecil
  • Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Membuat:


  1. Didihkan air  dalam periuk.
  2.  Kemudian letak pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
  3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
  4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.


koew teau goreng mama punya, main campak2 je

10 comments:

  1. Salam Saranur..
    Bulan pose ni kuey teow dah buat tapi buah melaka belum lg...

    ReplyDelete
  2. sedap dah tu...janji anak2 suka. layankan aje...bulan puasa ni sy lum buat lagi buah melaka. asyik layan cempedak goreng jek...suka sangat. ada gak jiran & pakcik bagi...tak muak2 pastu beli pulak, goreng sendiri puas hati.

    ReplyDelete
  3. rasanya petang ni acik dah tau nak buat kuih apa..terima kasih MSN

    ReplyDelete
  4. Assalam, adeh posa tahun belum makan lagi onde-onde..rasa terliur pulak.Petang ni nk soh lalink belikan la.Nak buat sendiri anak2 tak bape makan kuih tradisional ni

    ReplyDelete
  5. waduh hijaunye makngah..hehe! akak suker..suker..suker!! bak 2 ketui onde2 tu ek!

    ReplyDelete
  6. Salam mama sara Nur..poberet k.atie buah melaka tuh!Sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  7. Salam Mama Sara Nur...
    onde2 tu kita suka banget...kueh tiew goring tu pun kita suka...semuanya kita nak...

    ReplyDelete
  8. Mama Sara Nur..sedap onde2 tu, ummi suka. Anak2 ummi pun suka kuey teow.

    ps:jauh juga kan Keramat dengan Putrajaya. Tapi mana tau kalau kebetulan ada hal di Putrajaya, roger2lah ummi, dapat juga ummi order. Tq ye.

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...