Thursday, 20 June 2013

kek coklat kukus lapis cheese

assalamualaikum semua...

Terima kasih kerana sudi singgah disini ye

Makin terasa bahang Ramadhan bila nampak blog rakan2 promote biskut2 raya skrg ni. Tergugat melihatnya nak lg biskut2 moden ni cantik2 rupanya.


2 hari lepas berkesempatan buat kek lapis kukus coklat lapis cheese kat tengah2 ni, resepinya dah lama duk dlm senarai he hee resepi dari kak yatiememories.blogspot.com
 TQ k.yati diatas perkongsian resepi yg sedap ni.




Kek Lapis Kukus Cream Cheese 


bahan-bahannya

  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  •  cwn gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

  • Cara-cara
    1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
    2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
    3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
    4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
    5. Biarkan sebentar dan bahagi 2 bahagian

cara-cara
  • Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  • Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  • Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  • Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

  • ok jumpa lagi ye




17 comments:

fazianbatrisyia said...

nampak sedap la. sy jek lum sempat try. sy dah siap dpt sample biskut lagi. Kat mini market pun dah byk brg kuih siap dgn balang plastik lagi. sy belum jengok apa pun..resepi cadangan biskut pun belum ada. nanti tgk kawan blogger buat kuih apa kalau berkenan kita tiru aje.

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
sihat? sedap nampak kek ni kak... nani penah makan dulu watie wat.. masa kita gather2 kat shah alam.. tapi nani cukup malas ler nak wat sendiri.. kat rumah ada cheese tartura sebantal.. tak tau nak godak apa.. tengok weekend ni.. apa akan jadi ngan cheese tu.. heheheh..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam nuri..
kek ni gerenti sedap punya... nampak cheese ngan coklat terus telan air liur.. heeee..

Bbwana adienia said...

hai..salam kak..

wah..tayang kek coklat lapis chez plak ya..saya pun sudah lama mau buat kek ni kak..tapi belum lagi kesampaian membuatnya..terliur pulak tguk kek akak tu..ada lagi tak?

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah lama akak tak buat kek ni... Memang sedapkan ;-)

Suzana Ibrahim said...

saya pernah makan kek ni,memang sedap!

Tina Othman said...

Ya allah baru telek kek ni kat blog kak hana, tup2 kat sinipun ada bestnya, tunggu ada event baru nak buat

Sury Abil said...

Salam mamasara..kite dh terai kek ni..mmg x menyesal cuba kan...dappp sgt dnmudah je nk buat.

Amie said...

Kek yang paling anak-anak gemar selain kek coklat moist kukus..... senang buatnya kan Mama Sara.

Asyifa Mustaffa said...

antara kek yg nak dibuat...tgh berbelah bagi antara rvc dgn yg ni kak...sbb da lma x mmbaking kan...stok ciz plak ada 1 je...tp nmpk sedap plak...hehe...

Mamasya said...

Aslmkum Mamasaranur

kek coklat lapis cheese antara kek yg masuk senarai nak buat.....dah lama berkenan tp tak buat2 lagi. mmg sedap kalau kombinasi coklat dg cheese.

Norzila Zakaria said...

mamasara, zila lum terbuat lg tau kek ni..meh arr sikit sepotong dua ke..nak jugakk nak nangis tgk sedap gitu

Shiela said...

Assalamualaikum.. Lama sungguh tak dan nak jenguk dapoq mama sara nur.. Apa habaq? Ada lg dak cake tu.. Terlioq aihh.. :b

hainom OKje said...

Seronok ada teman blogger yg rajin mencuba resepi baru....kira yg baca niotak tau bilalah nak mencuba!

Qasey Honey said...

lon smpt lg nk try kek tu..resepinya dh lama simpan..hehe..cantik kejadian kek tu kak

adianiez AIDA said...

cantik nyer lapisan dia...
kemas!
aida tak reti buat kuih...

biskut kacang hijau

assalamualaikum   tqqq AlongRoz kongsi resei BISKUT KACANG PEAS Resepi :  AlongRoz@HomeKreation BAHAN-BAHAN:- ...