Skip to main content

kek buah kukus k.sheila

assalamualaikum

Bila tergoda tgk K.Sheila spice journey tayang kek buahnya terus terdetik nak buat jg he hee pastu nampak pula kat blog2 lain...makin lah keinginan tu membara.

walaupun bukanlah peminat tegar kek buah ni, anak2 pun kurang
tp desakan ingin mencuba yg kuat akhirnya terbuat jg.
Rasanya kalu raya, ataupun sebagai kek hantaran sesuai sgt kek ni kan. Lg pula kek ni tahan lama. Mengikut kata lg lama lg sedap lg lembap...

4 jam masa mengukus, sampai terlelaplah kejap he hee 
apapun memang hasilnya alhamdulillah menjadi dan sedapp


ESEPKEK BUAH KUKUS

sumber rujUkan : kak.sheila.spices journey

Bahan-bahan
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir-sy letak 300 gm shj
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran 
  • 3 Biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* -
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar sunquik
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
  • Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.

  • Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.

  • Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

  • Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.

  • Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)

  • Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).


sekejap je kan dah akhir may, pasni jun dan july bermulalah puasa Ramadhan..dan Syawal menyusul
zasssssss masa beredar pantas
umur jg makin meningkat.... 

entry ni akhir sblm June, malam ni insyaallah akan bergerak balik kampung cuti seminggu. C uti panjang ni lah nk ambil kesempatan
entah mcmnalah rupa rumah kat kg tu, bila mak ayah duk kat umah kakak di Taiping,,,semak samun agaknya diluar, dalam ula penuh habuk2. Mcm2 operasi kena buat ni
tp yg pasti disitulah tersimpan segala memori pahit manisnya..
walau mcmnapun sgt2 sayang rumah tu.

Comments

  1. hmmm2....mengancam betul...tengok pun dah sedap belum rasa lagi boleh minta sepotong dua he heee...teringin pula....

    ReplyDelete
  2. kek kukus..acik memang suka..kalau beli..kadang dapat yang lembab..kadang dapat yang kering..tapi sebab suka..acik beli jugak

    ReplyDelete
  3. salam kak..

    wah, tayang kek buah kukus juga ya..nampak sedap kak..saya ni peminat tegar kek buah..tiap raya kek ni harus ada..mau buat versi kukus ni tapi x tahan la tunggu lama sangat..huhu..

    ReplyDelete
  4. uuiihhh sedap betul tengok gambar kek kukus tu... mori gak lom sempat mencuba...

    ReplyDelete
  5. amboi ... terlebih vitamin R ni. rajinnya kukus sampai 4jam.

    ReplyDelete
  6. wahh kak...laju dia membaking...ramai yg dah try kek ni kan...sy ntah bila..tunggun angin rajin..

    ReplyDelete
  7. wah kek buah gik..sgt la lembap..mamasara dah buat,..zila bila lg haiyakkk mood dtglah...

    ReplyDelete
  8. sedap kan nuri... mmg puas hati mkn keknya walau kena tunggu 4 jam (mengukus) + 8 jam (bermalam).. kekekekeee... raya ni masing2 hidang kek buahla tahun ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak he hee raya ni mesti buat punya

      Delete
  9. tak berapa minat kek buah sebab selalu makan mesti dapat yg manis sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang2 manis kek ni, ok mungkin sb letak sunquik

      Delete
  10. Cantek kejadian kek nya tu...sedapp kan mmg bebaloi2 tunggu 4 jam kan..:-)

    ReplyDelete
  11. Mmg kecur tau..sana sini pakat duk tyg..zila jew lg x ksmpaian..rajin btl mama kn..klu zila blk kg pn sama..sibuk mgemas jew..

    ReplyDelete
  12. Assallamualaikum tuan rumah.. Datang nak mintak sikit kek buah tu..hihihii.. Nadz pun dah beberapa kali buat kek buah versi ni. Mmg sedap. Cuma tak sempat2 lg tayang kat blog..

    ReplyDelete
  13. Aslmkum mamasaranur
    nampak moist kek buah ni pasti sedap.
    ramai dah mencuba.....bilalah nak cuba juga...dah terliur tengoknya....

    ReplyDelete
  14. Nampak manis dan legit, cocok untuk menu berbuka puasa.

    ReplyDelete
  15. dh lama janji ngan cik abang nk buat kek buah ..tp tak terbuat2 lagi..isyh...mlm ni kena buat gak..hehehehe

    ReplyDelete
  16. sy & hb suka kek buah. drp tak pernah buat jd belajar2 buat, tiap2 thn buat utk raya

    ReplyDelete
  17. As Salam Sara...sy dah 3 kali buat kek buah guna resepi ni tp kenapa jadi kering & susah nak potong, coz bila potong kek asyik nak berderai...boleh bg tips tak mcm mana nak jadikan kek buah ni moist mcm sara buat tu..tolong lah sy..huhuhu... :'(

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis

Popular posts from this blog

bengkang ubi gula merah

assalamualaikum 
apa khabar semua ye? alhamdulillah sehat2 hendaknyalah kan walaupun penat sb baru balik dari Pulau Pangkor tp gagahkan jg wat entry tau. he hee semangat ni selepas mendengar taklimat2 disana . Rindu kalau tak buat enrty lebih 3 hari Ke Pangkor bkn suka2 tp ikut boss ke Seminar, nanti next enrty kita wat ceritanya ye
ok hari ni nak cerita pasal kuih bengkang ubi kayu ni.  Dulu ada tayang versi kuning sb letak gula putih tp kali ni tukar kaler coklat ni sb letak gula merah. Ubi ni dpt masa blk kg ujung cuti sekolah hari tu. Seminggu jglah baru rajin kopek dan parut ubi ni, sebaik masih elok sb tak ada luka2 pada ubi tu. So dptlah buat bengkang ni @ bingka org KL panggil kan. Aduhhh sedap weh layan bengkang ni, sgt2 lembut dan emmm sedaplah.  wat utk sarapan mama pagi minggu he heee 
Masih resepi sama cuma ukuran agak lebih dari hari tu je dan kita tambah sedikit lg santan  resepi dulu DISINI
okey sampai disini dulu ye....TQQQQ pada ucapkan hepi besday mendoakan yg baik2 dan ucap…

kuih lapis dwi warna

assalamualaikum
salam sejahtera semua terima kasih banyak2 pada yg masih sudi kunjung dan memberi sepatah dua kata disini. Sangat2 menghargainya... semoga anda tak jemu utk dtg lagi ye
Agak sibuk sekarang ni kan, tentu semua sedia maklum, utk menjalankan tanggungjawab baru kini. Kepenatan jg sb tu siang dah tak dpt layan lappy, balik umah pula dlm keletihan kena layan anak2 pula. Kalu letak kepala je kat bantal memang terlelap teruslah he heee ok semalam hari ahad baru berkesempatan main masak2...kebetulan  sambil baking kek pisang pastu terus bancuh buat kuih lapis ni. Bolehlah wat utk sarapan. 2 org anak daraku pula tak sehat demam on off je dlm minggu ni, selera makan pun kurang,,,emmm pening fikir nak kasi makan apa dah. 
Sedap jg layan kuih lapis ni , selak selapis-selapis macam budak kecik... ok resepi sama jg masih guna resepi k.ann dan sukatan digandakan shj. boleh tgk disini

 kuih lapis
sumber resepi kak ann Periuk Tanah. disini olahan Mama Saranur (Sukatan digandakan) bahan-bahannya 3 c…

semperit @biskut dahlia

assalamualaikum
selamat berhari minggu semua hari ke 5 kita semua berada dalam bulan Ramadhan yg mulia ini alhamdulillah, masih blh berpuasa dgn sempurna tanpa sebarang masalah. 
awal lg ikutkan nak baking biskut2 raya ni kan he hee tp terpaksa buat semperit ni awal sebenarnya sb ada request. nak makan2 dlm bulan puasa bukan utk raya. Tak kisahlah tu kan tuan biskut ni nak wat kudapan . Katanya bila raya tak dan nak kunyah2 biskut lg alhamdulillah rezeki kita terima. Lagipun si kenit kat rumah ni pun duk usha suh buat biskut upin ipin ni he hee bolehlah wat kat dia sekali. Kali ni kita wat ikut resepi lain. Biasa resepi lama yg hanya tepung jagung, sgt2 gebus dan rapuh. Resepi kakak sulongku ini resepi rakan fb kak zu, jadi kita cp dari blog kak zu lah ye. tqqq kak zu



SEMPERIT
sumber kak zu
200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan
3/4 cawan gula icing 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepun custard 1 sudu kecil esen vanilla ~ tak letak 1 kuning telor ceri merah ~ hiasan


CARAnya Putar but…