Sunday, 14 April 2013

Sambal telur puyuh

 assalamualaikum

Syukur Syukur Alhamdulillah, akhirnya masalah tak ada air 2 hari lepas dah berakhir, dapat mandi dah kami he heee
walaupun taklah sekuat sblm ni tp bolehlah penuhkan botol2 dan segala baldi, besen yg ada.
persediaan mana tahu tetiba stop semula kan. Petang dah clear tugas bersih singki, en asben clearkan kain baju dlm mesin basuh
alhamdulillah...

pastu malam ni boleh wat entry he heee pasal makan2 lah kan.
comel kan telur burung puyuh ni, selalu tgk kat meja pengantin sbgai menu depa. Memang sesuai sb comel2
telur ni sebenarnya BIL punya projek kecil2an. Dalam 12 ekor je dia bela burung ni tp telurnya boleh tahan jg banyaknya.
Ramai yg berminat sampai tak sempat ada.

en asben sukerlah kalu telur ni tp kita tak makan pun sb ada org kata kalu resdung memang tak boleh makan...takut jg so tengok je lah. Bukan apa kalu bersin tak berenti nanti adyhhhh sesak susah nafas,
Jadinya buat sambal biasa je. asben sedap makan sedaplah ye he heee, bukan apa kalu telur dan sambal tumis ni boleh je layan kan dgn nasi putih tu.

ok kena stop disini dulu, layan mata pula he heee

Jumpa lagi




15 comments:

mala said...

alahai sedapnya ... kat sini mahal telur puyuh. boleh tengok saja. baru tau resdung tak blh makan.

Suzana Ibrahim said...

telur kecik-kecik ni budak2 tentu suka!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah sekali sekala mkn sambal telur ni... sodap jugak Sara ;-)

Nooriah Abdullah said...

anak kak noor suka ni telur yg kecik macam ni apa lagi di buat sambal tapi susahnya nak dpt kat sini, tunggu ada stok kak noor pun nak buat sambal jugak ni

Mamasya said...

Aslmkum mamasaranur
kat Cairo ni tak jumpa telur burung puyuh. baru tahu yg telur puyuh tak elok utk org resdung.

yan's cottage said...

alahai.....telioq pula tengok sambal telor puyuh nie....lama betul tak buat....bukan apa malas nak mengopeknya tu he heee....

inazamri said...

wah sedap.lama tak makan telur puyuh

lovely said...

wah.. sedapnyer.

Rohah said...

telur puyuh klu masak sambal mmg sedap habis...ari tusy buat macam ni digandingkan dgn bubur nasi...mmg tak renti menambah

Amie said...

Telur puyuh memang sedap... comel2 lagi tu, tapi lama tak jumpa telur puyuh di sini.

rahel said...

Menuyg pedas2 memang memancing selera...kita baru jer makan sambal tempe...sedap...

Ummi said...

Assalam...sedap pulak tengok sambal telor puyuh ni....aiishh nk kena cari telor puyuh lak... ^__^

sudipVSsenduk said...

sambal tumis apa pun saya akan layan :)

zulaikha megat said...

kak zu pun tak berani makan banyak telur puyuh ni sebab kadar kolesterol nya amat tinggi...

Lesung Batu said...

sambal dgn telur comel gini mmg peberet..sedap! :)

biskut kacang hijau

assalamualaikum   tqqq AlongRoz kongsi resei BISKUT KACANG PEAS Resepi :  AlongRoz@HomeKreation BAHAN-BAHAN:- ...