Wednesday, February 27

hokaido chiffon cupcake

 assalamualaikum

salam sejahtera semua
alhamdulillah hari yg cerah dan nyaman pagi ni, sebelah petang pula kat KL ni setiap hari hujan. Jadinya pagi2 pokok2 nampak segar selepas disirami hujan



ok hari ni nak kongsi cupcake Jepun ni sb namanya Hokaido kan.
sgt2 sponge sebab chiffon he he. memang sedap makan bersama creamnya. Nak pula selepas disimpan dlm peti ais. emmmm sgt2 yummy.  Memang tak tipu anak2 sy sgt suker, si abang dan kakak layan habis cupcake ni tau. Walaupun dah lama blogger masakan duk tayang tp baru2 ni sempat mencuba. 

Biasa la kan kita ni memang suker buat bila dah reda ...he hee
resepi cp dari blog dapurkakyah  tq ye Kak Yah
boleh try ye. memang sedapppp



5 bji putih telur

1 sudu teh krim of tartar(boleh ganti dengan sedikit garam halus)
80gm gula kastor



Cara Merringue...
Pukul putih telur bersama krim of tartar dan kemudian masukkan gula.  Pukul lagi sehingga beku atau kental(bila diterbalikkan tidak jatuh)



5 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml minyak jagung
40ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek
25gm tepung kastad
1 sudu teh beking powder(kesemua tepung dan beking powder diayak bersama)



Pukul telur bersama gula hingga sedikit kembang.  kemudian masukkan minyak dan susu. Pukul lagi seketika.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi.  Kacau.
Masukkan putih telur tadi(merringue) ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup dan balik.
Panaskan oven terlebih dahulu.
Masukkan dalam cupcake dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C .(5 minit pertama guna api bawah sahaja dan bakinya guna api atas dan bawah)



Kastad
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula halus
400ml susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega



Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkan ke semua bahan lain dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan licin.


Apabila cupcake sudah masak, masukkan kastad dalam paipping (guna nozle muncung tajam) dan tekan dalam kek.Kek kita jadi berinti di dalamnya.


Cara membuat tepung kek
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
Campurkan dan ayak.  Dah siap tepung kek kita..tapi ini untuk secawan tepung kek..resepi di atas 60gm aje..jangan masukkan kesemuanya...


Tuesday, February 26

my 1st hadiah GA...tqqqqq


assalamualaikum semua

apa khabar ...

nak kongsi kegembiraan dpt hadiah GA yg kali pertama sertai ini.
Best kan masuk ke dunia blogger ni he he

sebelum ni selalu jg tengok2 GA tp tak turut serta sb.....memang tak reti pun. sb kena buat entry bagai kan

cuma bila my 1st GA ni dibuat oleh http://asyifamustaffa.blogspot.com/ terus join , mudah tak perlu buat entry.
alhamdulillah berjaya walaupun tempat ke 2
 tqqqqqqqqq Syifa, akak dah terima hadiahnya. cantik 2

jg terima kasih pada http://www.penbiru.com/ sb bagi saguhati pada akak yg kali kedua join GA nya.
Insyaallah lepas ni bersemangat nak join mana2 GA dah he heee

Sunday, February 24

mandi sungai burmese pool



assalamualaikum semua
selamat berhari mingguuuuuu

ada yg bersantai-santai tu kan. bestnya. Kadang2 hari ahadlah yg paling ditunggu hari utk bersantai kat rumah bersama family. Boleh jg main masak2 kan.
ok mood santai kita wat entry saat dan ketika balik ke kg lepas. Maka sempatlah kita bersantai di tempat sejuk gini. Sungai ni bukan dekat kgku tp kat rumah kakak d Taiping nun. Berhampiran bukit Larut dan Taman Tasik Taiping. Burmese pool namanya.
ktorg awal  dlm 10 pagi gitu, lepas antar pak ke pusat dialisis. Dlam masa nk tunggu pak habis tu jam 3 ptg so terus menghala kesini. Tak plan pun ,dekat sgt dgn umah kakak Taman Sentosa.
 Dulu ada dtg masa tu rombongan ke Bukit Larut he he ingat2 lupalah lama sudah kan. tp sejak kakak berpindah duk sini dptlah peluang kali kedua dtg mandi manda. Tak mandi pun cuma si abang dan adik je berendam mama abah dan kakak tgk2 je pastu rendam kaki..
mula2 sampai ada beberapa kerat je org pastu, berduyun2 org ramai, maklumlah cuti raya cina kan. Masing2 dtg berfamily bawa bekalan . Syok tgk diorg berkelah. Kitaorg makan kopok dgn air tin je he he pastu dah sejuk gigil2 di adik dan abang ni terus ke rumah kakak makan tengahari. Alhamdulillah ada rezeki kebetulan rabu kakak off he he 
ok sure pasni balik Tepeng akak singgah sini mandi manda dan kata en asben plan dulu bawa bekal makanan baru bestt he hee

Saturday, February 23

roti manis



assalamualaikum

selamat berhari minggu

hari ni nak kongsikan resepi roti pula. Lupa la hari apa buat he eee sebelum raya cina lg tp x sempat nak transfer dari hp ke laptop tu yg lambt wat entry. 



ikutkan tak rajin sebenarnya nak meroti-roti ni. 
Lainlah ada bm tu tp cuma satu sebab iaitu sayangkan tepung roti yg masih ada separuh peket tu. Kalau biarkan pasti expired date lah. Biasa kan duk simpan dalam peti ais. 

cari resepi di blog http://www.jintanmanis.com yg sgt pandai meroti dan banyak resepi2 roti di sini-dohasasrotimanis 
tqqqqqqqq Ros

banyak jg dapatnya jenuh la makan, 
cicah dgn air milo pun sedappp

Friday, February 22

hanya padaMu



Selamat malam

Sejak dua menjak ni banyak drama2 kat TV tayang cerita2 yg menarik kan. Pelakon2nya jg hebat.
Nak kata sy peminat tegar drama tak juga tp sejak kali pertama menonton drama slot Zehra pada hari jumaat malam sabtu ni terus buat mata terpaku depan TV he he 
Hanya Padamu....dengar lagu temanya pun best.
Heronya jg pelakun hebat ..lakunan yg cukup berkesan Beto Khusyairi  dan Heroinnya walaupun baru tp nampak bagus disamping pelokon hebat lain

paling suker jalan ceritanya...terselit pengajaran

lazimnya kalu drama2 atau filem melayu ni mesti ada org jahat yg dengki, khianat sesama sendiri dan berpura-pura baik di depan tp belakang emmmm sebaliknya. Mneyampah nak tgk. Dah sinonim kot dgn sikap org melayu.
ahhhhhhh tak suker macam tu tp kalu sikit2 tu ok lagi jgn sampai
berlebih-lebih lak kan.

ok jom layannnnn Hanya PadaMu
Sinopsis Drama Bersiri Hanya Padamu

Thursday, February 21

donut gebussssssssss

ASSALAMUALAIKUM

Selamat Malam teman-teman

gebussss kan nampak donut ni, memang iya lembut je tau

nampak model donut di bawah ni he heeeeeeeee yum yumm

sebab menjadi ok dan sedapp baiklah kita share dan panjangkan resepinya semoga bertambah pahala dan rezeki 
si empunya asal ye. TQQQ IzahDaut


RESEPI DONUT LEMBUT IML
Sumber : Izah Daut

Bahan-bahan :
  • 2 sk yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air - kurang lebih
  • 2- 21/2 sb butter / marjerin


Cara-cara :
  • Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  • Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  • Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  • Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
  • Sedia dinikmati.

penggunaan BM(breadmaker):
  • Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.



Wednesday, February 20

cucur jawa

assalamualaikum semua

Biasa la kan lepas  balik dari  kampung cerita pun banyak berkisar di sana je.
Cucur jawa namanya tak pastilah kenapa nama ni diberi kat kg.
seingat dulu2 kan cucur ni mesti ada dibuat takkala kenduri arwah.
Masa zaman duk sekolah rendahlah, kan dulu bila ada kematian mesti wat kenduri mula2 3 malam pastu malam ke 7 dan bila masuk 40 hari. Skrg idak lagikan. kita kanak2 masa tu tak faham sangat yg tahu bila kenduri ni seronok je sb ada makan2 free kan pastu meriah . emmmm skrg senang nk makan cucur jawa ni,kalu gi pasar pagi atau malam memang selalu ada jual.
lazimnya masa tu  petang makcik2 kakak2 sibuk buat cucur jawa ni utk makan2 dan masuk dlm tupperware yg bakal diberikan pada tetamu. Kita masa tu tgkkk je he he pastu makan.
Sampai sekaranglah memang suker, kakak sepupu sangat pandai buat cucur jawa ni. tp kan bila tanya resepinya susah sikit nak ikut sb sukatannya lain sikit. Jadi sb nak makan kita google he he banyak resepinya dan bagai2 jg. Cuma samada ok atau tak, kelembutannya tu penting. Kalu jadi memang lembut dan sedapp. Kena try and test sendiri dulu. Firstime dulu wat tak jadi cantik terlalu banyak minyak pastu agak hitam sb guna gula merah sepenuhnya. Jadi ejas gula merah + gula putih supaya nampak cantik sikit. Bentuk pun bagai2 he he inilah yg nampak agak cantik wakakaaa bolehlah kan...rupa kat tepi tu penting utk menampakkan rupa cucur jawa ni
for 
resepi ikut http://syakitchen.blogspot.com TQQQQQQQ


sumber resepi:surieya ariffin
olahan:sha ahmad

bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan air kelapa(sha guna air paip je)
1 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir(sha kurangkan 3/4 cawan je)
secubit garam

cara-cara:
1)sebatikan semua bahan perap seketika
2)kemudian goreng menggunakan minyak yang agak banyak sehingga tenggelam paras kuihnyer
3)goreng dengan api perlahan

Monday, February 18

jumpa kzu HITAM2 SI TAMPOK MANGGIS

assalamualaikum

Alhamdulillah permulaan hari yg menceriakan setelah seminggu bercuti. Hari ni melangkah masuk kerja dgn bersemangat he heee rinduuu sangat dgn anak2 kat Taska ni sebenarnya. Biasa duk dengar suara2 merdu diorg kan setiaphari.
Digital IXUS 125 HS - Canon Malaysia - Personal

Tp kannnn dlm hati  ni masih berduka sebenarnya, hanya Allah lebih mengetahui  sabar sabarrrr setiap hari pujuk hati utk menerima ketentuan Nya. Sabar dan redha menerima semuanya...sebaik ada blog boleh jg luahkan rasa hati ni kan. nak luahkan mana lg utk legakan diri sendiri. Bukanlah menyesali, walaupun mula2 tu memang nak menjerit je rasanya
Baru2 ni sebelum menjelang raya cina dikejutkan dgn perkhabaran kurang enak bila umah pak mak kena ceroboh lg. Yg sedihnya saat2 begini dgn keadaan pak tu. Entah mcmana boleh tertinggal duit sbyk 2500 kat biliknya tu pd hari dimasukkan kat spital. Bukan rezeki namanya kan.
 Paling kecewa satu-satunya Kamera kesayangan ku itu pun turut sama kena kebas uwaaaaaaa sedih sgt2 ni. Bertahun duk jaga elok2 sampaikan anak2 nak pinjam pun fikir byk kali. Dahlah banyak gambar2 dlm tu . Nak cakap apalagi kan, menangis pun tak guna makanya mampu jerit sekuat-kuatnya dlm hati ni je . Pujuk diri terima ketentuanNya dgn redha. Mungkin lepas ni dapat kamera lain kan....aminnnnn


okeylah tu takyah sedih2 kan, terus ke cerita seperti tajuk diatas ni. Jumaat baru2 ni jg sempat singgah jumpa k.zu http://ibuaniszulaikha.blogspot.com/Blogger Hitam2 si tampuk manggis
Rumahnya kat Kamunting. Alhamdulillah tercapai sudah hajat nak bersua he he sebelum ni kenal hanya di alam maya je kan.
Terima kasihlah k.zu sudi jemput datang rumah walaupun kesihatannya yg kurang memuaskan (demam) masa tu, sempat masak2 utk hidangan tengahri lg. Ingatkan nak jumpa di luar je pun jadilah tp  diundang sampai ke rumah pula.
Sedap masakan k.zu tu asben pun puji lagi he he 


kebetulan petang dah nak balik KL singgah Taiping rumah kakak dan pak pula selepas habis dialisis tu memang nak kena tinggal kat rumah kakak sb kat kg tak ada sesiapa.
kalau nak harapkan Mak sorang2 risaulah  sb adakala pak datang pening2 memang kelam kelibutlah kan bila duk umah kakak ada jg anak buah yg tolong tgk2kan tokki tu.

Terima kasih ye kzu harap2 lepas ni jumpa lg ye. Insyaallah bila ktorg balik kampung bolehlah kzu datang ke kampung sy pula .



Saturday, February 16

anniversary 14 years,,,TQ my husben




Walaupun terlepas tarihknya tetap nak abadikan disini  ucapan
HAPPY ANNIVERSARY KE 14 for me and asben tersayang  Sulaiman Mohd Rashid semoga ikatan ini berkekalan hingga ke hujung nyawa
Tahun ni tak berkesempatan lg nak baking kek special sempena ulangtahun sb berada di kampung. Takper kan esok2  ada masa boleh jugak kan. Yg penting tarihk nya tidak dilupakan






Monday, February 11

balik kampungggggg


Assalamualaikum
 mood balik kampung skrag ni so kita letak entry dan gambar2 masa kat kampunglah he he 

mengimbas kenangan2  waktu zaman kanak2 sekarang giliran anak2 pula walaupun taklah seperti zaman dulu2 heeeeehe tp basikal ni penuh dgn nostalgia ....saat belajar kat jalan raya ni pastu jatuh berulang kali tanpa kenal erti kecewa. Penrnah sekali jatuh dalam parit tepi jalan tu huwaaaaa parut pun masih ada di lutut. akhirnya inilah transport utama nak kemana2 round kampung atau ke kedai runcit beli jajan kegemaran tu...banyak kenangan manis yg tetap terpahat dlm ingatan kan. 

ok doakan perjalanan kami selamat ke destinasi dgn selamat ye

Sunday, February 10

segment-Bagi Pi penbiru


ASSALAMUALAIKUM

Selamat berhari minggu..alhamdulillah masih diberi kesempatan berada disini

inilah  kali keduanya nak join segment  giveaway . Al maklumlah kita baru berblog memang sebelm ni selalu jg tgk kan tgk blogger bersegment tp blm berkesempatan nak joinkan diri.
Demi memeriahkan dan memberi sokongan pada rakan yg dikenal melalui alam maya ini

suker tgk blog http://www.penbiru.com/ .....hasil penulisan yg bersahaja tak menjemukan atau celoteh panjang meleret, tgklah kan setia dgn loghat Kedahnya entry2nya jg banyak berkesan di hati adakala ada persamaan dgnku bila mengimbas kenangan2 lama tu he heee 
 bukan itu saje penulisnya jg sgt kreatif dan dianugerahkan tangan yg berseni utk menjahit manik2 yg pelbagai cantik2...sgt2 menarikkk oooo. Alhamdulillah beliau tidak lokek utk berkongsi ilmunya itu
bukan semua ada keistimewaan begini tau
nak tgk detail sila scroll blog beliau k
banyak nak dicerita tp utk lebih kenal silalah berkunjung dan join segmen ni ye. Org Kedah cakap Bagi Pi la kat hang he heeee

Saturday, February 9

oreo crepe lagiiiiiii

assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Selamat bercuti jg semperna Tahun Baru Cina bg tahun 2013. Ramai yg ambil kesempatan cuti2 4 hari ni utk pelbagai xtvt terancang kan. Tak kiralah apapun  samada pulang ke kampung halaman atau cuti2 Malaysia kan. Selamat menempuh perjalanan yg selamat buat yg berada di jalan2 raya hari ni k.

Kita ouhhhh masih di sini Kuala Lumpur he he perjalanan kami hari Isnin nanti dan esok pula insyaallah menghadiri majlis kenduri kawen cousin sebelah asben di  kampung jg tp kg Dengkil ..sekali sekala kena turun sana walaupun hanya tinggal kenangan asben dan familynya suatu ketika. Emmm sedara mara masih ramai disana.


OK sambung cerita menu masak2 pula ye. Jangan boring ekkk he heee menu sama je walaupun musimnya dah reda.
Sekarang musim lain dah kan.

Sebenarnya saja nak perabihkan whipping cream yg masih ada lebih sikit tu jadinya buatlah crepe ni cuma beli oreo .
 ok jom layan ye




Friday, February 8

kek coklat indulgent

ASSALAMUALAIKUM

Selamat bercuti buat semua ye bermula esok  kan .cuti lagi sempena Chinness New Year yeeeeeeho  4 hari tu . 
Kenduri kendara pun banyak ni kan maklumlah cuti panjang, sekolah anak2 pula cuti seminggu. Plan kita nak blk kg tgk pak kat Taiping yg buat masa duk diumah kakak . Mesti sesak jalan2 ni nak lg ke utara tu, memandangkan ada jemputan kenduri kawen sepupu asben di Klang dan Dengkil terpaksalah blk kg hari Isnin. 
takperlah asalkan dpt balik.

 ok hasil ekperiment hari cuti minggu lepas, Kek coklat indulgent..he he ada rupa ker? Ni kes nak cepat sb nak hampir ke maghrib dah. Yg putih tu main belasah je he he letak satu layer je.
Kek mahal niiiiiiii bukan itu saja masa jg kena peruntukan lebih, sehari suntuk duk ngadap kek ni sambil2 keja lain jg.
Sedap tu memanglah sedap sampaikan  anak dara kita tu terus request besdaynya Ogos nanti nak kek ni he he uwaaaaaaaa ni yg malas ni kan he he
Mula2 proses membuat kek span coklat, dah masak kena sejukkan dulu sb nak potong 3 lapis la kununn he he
pastu krimnya 2 kan satu versi coklat dan satu lg versi putih. Ikutkan sesetengah kata krim putih kena simpan dulu semalaman
tp kita tak sabau punya pasal belasah je he he
hasil carian resepi mula2 intai2 resepi di blog http://manismanismasam.blogspot.com/2012/02/resepi-kek-chocolate-indulgence-ala-ala.
pastu tgk jg di blog kak zu semanisgula.blogspot.com cuma kek span cp dari secuitrasaumiejazz.blogspot.com 
TQQQQQQQ semua ye


Resepinya memang panjang berjela tau...so cp sbgai rujukan

CHOCLATE INDULGENCE
CHOCOLATE CHIFFON
resepi oleh manismanismasam.blogspot.com


BAHAN A

30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)

4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING)

100GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRI
1/2 TSP BAKING POWDER
1/2 TSP SODA BICARBONATE
60ML MENTEGA (DICAIRKAN)/MINYAK JAGUNG
1 TSP ESEN VANILA



BAHAN B

4 BIJI PUTIH TELUR

60GM GULA KASTOR

1/4 TSP CREAM OF TARTAR


CARA-CARA

1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED.

2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED.

3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK.
4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BETUL-BETUL SEJUK BARU DI POTONG KEPADA 4 LAPISAN.



FILLING : MOUSSE COKLAT HITAM :

200GM CHOCOLATE MASAKAN HITAM

2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)

2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
1/2 TBSP MENTEGA
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
1 1/2 TBSP GELATIN
50ML AIR


1. RENDAM GELATIN DGN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN

2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI MENTEGA DAN GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.

3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR, GAUL HINGGA RATA.


SIMPAN SEDIKIT ADUNAN UNTUK DI SAPU TIPIS KEPADA KEK)



FILLING : MOUSSE COKLAT PUTIH :

200GM COKLAT MASAKAN PUTIH

100ML SUSU SEGAR UHT

2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
2 TBSP GELATIN
50ML AIR


1. RENDAM GELATIN DAN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN.
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN PUTIH SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR DAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR. GAUL HINGGA RATA.
4. MASUKKAN MOUSSE KE DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM SEHINGGA BEKU. KEMUDIAN KELUARKAN DAN PUKUL DENGAN WHISK MENGGUNAKAN HIGH SPEED HINGGA PEKAT DAN BERTANDUK. SEELOKNYA MOUSSE COKLAT PUTIH DI BUAT SEHARI LEBIH AWAL. *** DAN DI SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK. APABILA HENDAK DI GUNAKAN, WHISK SEMULA HINGGA KEMBANG BARU DI SAPU KE ATAS KEK.




TOPPING COKLAT GANACHE

150ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR)

350GM COKLAT MASAKAN HITAM

1 TBSP MENTEGA CAIR
(MASAK SECARA DOUBLE BOILER, PANASKAN WHIPPING CREAM *** HINGGA BERBUIH DI TEPI PERIUK, MASUKKAN COKLAT DAN MENTEGA, KACAU HINGGA CAIR DAN TUANG KE ATAS KEK)



*** HIASAN : UNTUK PIPING COKLAT GANACHE DI ATAS KEK, SEJUKKAN DAHULU COKLAT DI DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM. KELUARKAN DARI PETI SEJUK DAN KACAU DENGAN HAND WHISK HINGGA RATA, MASUKKAN KE DALAM PIPING BAG DENGAN NOZZLE PILIHAN DAN PIPE DI ATAS KEK ATAU DI TEPINYA. SETELAH SIAP MASUKKAN KEMBALI KEK YANG DI HIAS DENGAN COKLAT KE DALAM PETI SEJUK.



*** UNTUK MENDAPATKAN COKLAT GANACHE YANG LEBIH KERAS TAMBAHKAN SUKATAN COKLAT MASAKAN LAGI BANYAK LAGI PEKAT TEKSTURNYA DAN SESUAI UNTUK MEMBUAT BUNGA ATAU BORDER.


CARA-CARA :
1. POTONG CHIFFON KEK KEPADA 4 LAPISAN.
2. LAPISAN PERTAMA : LETAK KEK KE DALAM LOYANG 9" (LOOSE BASE TIN). TUANG MOUSSE COKLAT PUTIH DI ATASNYA DAN RATAKAN.
3. LAPISAN KEDUA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN PERTAMA, TUANG MOUSSE COKLAT HITAM DI ATASNYA DAN RATAKAN.
4. LAPISAN KETIGA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KEDUA, TUANG BAKI MOUSSE COKLAT PUTIH DAN RATAKAN.
5. UNTUK LAPISAN TERAKHIR, LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KETIGA DAN SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN.
6. KELUARKAN KEK DARI ACUAN, SAPU TIPIS DENGAN MOUSSE COKLAT HITAM KESELURUH KEK DAN SIMPAN SEKEJAP DI DALAM PETI SEJUK HINGGA BEKU.
7. LETAK CAKE DI ATAS WIRE RACK DAN TUANG TOPPING COKLAT GANACHE, BIAR COKLAT MENGERAS BARU DI HIAS.
8. POTONG MENGGUNAKAN PISAU YANG DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS, LAP DAN POTONG KEK.



 Assalamualaikum selamat berpuasa ♥️ lamaa ciknur  tak buat bengkang ni. Kalau saje saje memang malas nak buat he hee nak makan. seketul dua...