Wednesday, 30 May 2012

ubi keledek ball

 assalamualaikum


tinggal sehari lg akan melangkah ke bulan June...jap je kan
takleh citer banyak2 sb kesihatan agak kurang baik hari ni hu hu gastrik melanda lg, tu la salah sendiri semalam buzy membaking cc sampai tak ingat nak makan pagi ,tengahari, makan pun dah lewat petang
sendiri bikin susahkan..bila dtg gastrik ni kepala pun ting tong macam2lah macam dipusing terbalik je..


projek hari ahad lepas  ubi keledek kuning dibuat bola bulat2 he he wwalaupun plan asal masa beli ubi ni nak wat cucur gelang. last2 bulat-bulatkan je senang cepat habis kan. taburkan dgn gula halus
isshhh malas punya kerja ni
apapun yg penting laku, sekejap je nih habissss dibaham oleh si abang Is tu

tinggal 2 biji je utk mama he he
resepi sama cam wat cucur gelang ataupun keria ye
utk resepi boleh jenggah disini .http://www.myresipi.com/top/detail/3858


ok semoga bertemu lagi
salam terima kasihhh

Tuesday, 29 May 2012

kek pisang lagi



assalamualaikum

hari kedua cuti persekolahan yg amat amat kecoh huwaaaa bising gamat ngan suara budak2 ni. dari tiga tambah lagi 3.  3 orang lagi budak (anak SIL) memang kecoh habisss
hyperaktif  kot..he he


dari pening2 kepala marah2 kat diorg baik baking apa yg patut ye tak he he lagi baik
wat kek pisang boleh juga makan waktu petang2. Kek pisang entah kali keberapa dah buat ni. Selalu anak buah yg duk Desa Pandan tu duk request order. memang feberet dia anak beranak. Kalau order mesti 2 ketul kalu satu x cukup kang abahnya x dapat rasa, habis kat anak2nya 4 orang tu je.

resepi pun masih sama, suker ngan resepi ni sedappp. lembut gebus.


Sunday, 27 May 2012

selamat bercuti & sedapnye tepung bungkus



gambar dari google


 assalamualaikum

selamat bercuti...cuti persekolahan pengal kedua 
sukenya adik-adik  bila bgtau cuti kan  tp tidak pada yg akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR , SPM DAN STPM kan. Walaupun cuti tp dipenuhi dgn kelas tambahan dan sebagainya ye tak..

riuhrendahlah umah tok wan, tokki, opah, nenek, atuk2 kat kampung time cuti ni ye bila anakcucu pakat balik ramai2. citer balik kg haa kita pun tak sabar nak balik kampung ni tp kena minggu kedua cuti hu hu minggu pertama ni kena penuhi permintaan anak sedara wat cupcake utk majlis perkahwinannya.
Walaupun cuti mama buzy tau...buzy ngadap oven lak he he

hari ni kita tayang gambar tepung bungkus, inti kelapa gula merah. sedappp woo he he kesukaanku dulu kini dan selamanya. layan je lah ye. Mungkin ada yg tak penah makan, rasanya lemak2 dan bila ada inti kelapa gula merah ni jadinya lemak2 manis he he
tepung bungkus ni diperbuat daripada tepung beras dimasak dgn santan sehingga pekat agak2 boleh cedok letak dlm daun pisang,pastu baru dibungkus dlm daun pisang dan letakkan sedikit intinya akhirnya pula dikukus. Barulah siap utk dimakan.
my mum suke hasilkan tepung beras sendiri bila nak wat tepung bungkus ni. Beras direndam kemudian blend hingga hancur. tu yang lagi sedapppp

resepi maaf ye, masa ni tak wat sukatan main agak2 je. lainkali buat nak sukat. he he sapa-sapa nak try boleh tengok di sini ye tepung-bungkus.  resepinya lebih kurang je

terima kasih yg dusi kunjung dan komen disni

Friday, 25 May 2012

puding peach kastad



assalamualaikum

salam pagi jumaat penghulu segala hari. Semoga kita semua diberikan kesihatan yg baik hendaknya.
alhamdulillah masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan bersama insan-insan yg dikasihi.

Tentu ramai yg berpuasa kan  ambil peluang mengutip pahala di bulan Rejab .
cerita pasal puasa inilah menu desert untuk berbuka puasa  he he dah lama tak layan desert cam gini, kebetulan ada peach dlm tin lebihan wat tart fruirt baru2 ni.  kalu lama2 tersimpan nanti sure x elok kan nanti masam. Sayangnya..jangan membazir tak elok yee Jadinya inilah puding peach sebagai desert @ pencuci mulut

memang sedap makan sejuk2. dapat satu acuan bulat dan 2  mangkuk desert ni. Bezanya acuan besar ni kita letakkan sikit kastad biar nampak kuning sikit.


puding peach
resepi oleh mama saranur

bahan-bahannya
1/2 drpd sepeket agar-agar bertali yg 20 gm
4 cawan air
1 cawan gula
1/2 cawan susu cair
1 sb kastad
buah peach dlm tin

cara-caranya

masak agar-agar bertali bersama 4 cawan air sehingga hancur
masukkan gula dan susu cair
bancuh tepung kastad dgn sedikit air kemudian masukkan  bhn2 tadi
kacau
akhir sekali masukkan 1/2 cawan air buah peachtapiskan dan masukkan dlm acuan disukai
biarkan sehingga beku (daku letakkan dlm peti ais)
kemudian bolehlah susun buah peach bersama airnya
dan makannn

siap utk hidangan berbuka he he

TERIMA KASIH BANYAK2 PADA YG SUDI KUNJUNG KESINI...

Thursday, 24 May 2012

susu Dutch lady & nutella



assalamualaikum

pantaskan masa berlalu, sekejap je dah masuk bulan Rejab , x lama lg menyusul Syaaban dan menghampiri Ramadhan pula.  Puasa ganti dah langsai lum he he ke alhamdulillah kalu dah langsai kan senang hati. Daku tinggal lg 4 hari hu hu rejab ni nak ambik peluang berpuasa ganti dan puasa sunat insyaallah semoga diberikan kesihatan yg baik...Aminn

Selain berpuasa di bulan Rejab, kita dianjurkan memperbanyakkan berdoa’, solat sunat, berselawat, bersedeqah, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir. Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi ada menyebutkan “Malam awal Rejab mustajab doa’nya”.

Marilah sama-sama kita merebut peluang-peluang keemasan yang terdapat dalam bulan Rejab ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan. Namun begitu, setiap amalan mestilah bersandarkan kebenaran dan tidak terkeluar dari batas yang dibenarkan termasuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara bid’ah.

jangan pelik ye hari ni tayang gambar susu kotak camni he he
Mari mari beli  jualan murah, alhamdulillah ahad lepas nasib baiklah awal2 baca metro tau, haaha dapatlah info berguna ni Giant  wat jualan istimewanya, susu Dutch lady 3 kotak dengan harga RM10.45 . Tengok org lain beli pun banyak berkotak-kotak walaupun tulis 1 family 3 kotak shj he he tp kita beli 2 kali tengahari dan malamnya pergi lg sekali ha ha dptlah 9 kotak, orait la tu kan.. murah ni berbanding harga biasa RM5 lebih . Susu ni hidangan wajib breakfast anak2 sebelum g sekolah pagi-pagi tu, makan dgn koko cruch. Memang si abang suker minum dutch lady ni sekotak 1 liter paling lama tahan 2 hari je. Balik sekolah pun minum gak. Nutella pulak makan dgn roti gardenia, wajib ada stok ni kat umah
paling kecik ni cuma RM8 lebih je.


  10 kebaikan susu Dutch Lady ialah…
sumber:  dutchlady.com.my

1. Kalsium
Kalsium membantu pertumbuhan tulang yang kuat serta pembentukan gigi yang sihat. Pertumbuhan tulang akan berterusan sehingga umur kita mencapai 35 tahun. Jadi adik mesti minum susu Dutch Lady selalu untuk membesar dengan sepenuhnya.

2. Protein
Susu merupakan sumber bekalan asid-asid amino yang seimbang. Ia menyokong pembentukan blok-blok protein yang diperlukan untuk kebaikan fungsi-fungsi otak dan tubuh. Protein juga membantu pembentukan otot dan memperbaiki tisu-tisu otot.

3. Vitamin A
Vitamin A amat penting bukan sahaja untuk penglihatan yang baik malah juga untuk pertumbuhan badan serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi imun yang baik.

4. Vitamin B12
Fungsi utama vitamin B12 termasuklah pembentukan sel-sel darah merah. Sel-sel darah merah adalah sangat penting kerana ia membawa bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan tubuh badan.

5. Thiamin (Vitamin B1)
Thiamin merupakan salah satu daripada lapan vitamin B yang boleh larut dalam air. Vitamin ini membantu tubuh menukarkan karbohidrat kepada glukosa (gula) yang akhirnya akan diproseskan untuk menghasilkan tenaga.

6. Vitamin D
Kekurangan vitamin D akan meyebabkan badan kita hanya mampu menyerap 10 hingga 15 peratus kalsium daripada pemakanan kita. Bekalan Vitamin D yang mencukupi amat penting untuk merangsang penyerapan kalsium dan mengoptimumkan kandungan mineral di dalam tulang.

7. Zat Besi
Zat besi adalah komponen penting hemoglobin, iaitu protein di dalam sel-sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh bahagian badan. Ia juga memainkan peranan penting dalam tindakbalas metabolik serta mengawal pertumbuhan.

8. Zink
Zink diperlukan untuk aktiviti-aktiviti enzim bagi pertumbuhan dan pembahagian sel. Zink, yang didapati di dalam hampir kesemua sel, juga menyokong kesihatan system imun kita.

9. Riboflavin (Vitamin B2)
Riboflavin merupakan satu vitamin yang boleh larut di dalam air. Ia membantu tubuh badan memperoleh tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat semasa proses metabolisme berlaku.

10. Kerana ibu paling mengetahui!
Ibu sentiasa inginkan yang terbaik untuk si manjanya. Sebab itu, ibu pasti akan membekalkan adik 3 gelas susu Dutch Lady setiap hari agar mendapat segala khasiat susu!
terima kasih pada yg sudi kunjung kesini.

Monday, 21 May 2012

roti manis kaler hijau


assalamualaikum

selamat malam semua. masih lagi makan roti tuan umah ni kan...sambungan roti manis sebelum ni cuma kali ni tambah perisa pandan dan kaler hijau epal ni dan letak juga kismis. Ni lah bila terlebih rajin kan.
 layan gambar2 je ye sb xleh citer panjang2

 

disebabkan nak cepat kita letak je dlm acuan gini, jadilah seketul besar he he pastu nanti potong2 kannya.
selit2 sambil bakar kek coklat dan cup cake. tunggu turn masuk oven.
resepipun masih sama. tq banyak2 kepada tuan blog kerana sudi share resepi roti.


terima kasih pada yg sudi kunjung dan komen ye...tq tq very2 muchhh

Sunday, 20 May 2012

roti manis pertamaku

assalamualaikum

alhamdulillah dpt bertemu kembali
hari ni hati memang sangat2 gembira he he gembira melihat hasil roti manis pertamaku ini yg menjadi.
yessssssss excited telebih sudah. Memang la kan happy, jenuh menguli dengan sepenuh tenaga tau. Nak dptkan hasil gini maklumlah kita tak ada bm utk meroti. guna tangan pun ok tengoklah jadinya lembut juga dan pastinya pasni tak sabar nak buat lagi tau


nampak tak lembut je kan he he cicah ngan air teh memang sedap tau. Namanya roti manis tp taklah manis pun ye. kita ambik resepi roti manis disini http://www.jintanmanis.com/roti/434-dohasasrotimanis
terima kasih banyak2 ye. sy c/p disini sebagai rujukan

Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com


Bahan-bahanya

300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam ( SY GUNA AIR SUAM JE)
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, , bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.


 TERIMA KASIH

Friday, 18 May 2012

hari Istimewa buat IBU dan CIKGU-CIKGU


  assalamualaikum

SALAM sejahtera pada semua, salam penuh kecerian

 may bulan Istimewa kerana ada hari untuk meraikan semua yg bergelar Ibu dan  Cikgu-cikgu di Malaysia tak lupa jg ada hari Jururawat sekali kan. Semuanya insan-insan yg mempunyai tugas besar dan penting dalam kehidupan kita. Ibu yg mengandungkan, melahirkan dan membesarkan dgn kasihsayangnya, Guru-guru yg mendidik anak bangsa hingga menjadi insan berguna berjaya dan Jururawat pula tidak kurang penting dgn tugasnya.

TERIMA KASIH MALAYSIA kerana memberi peluang ibu-ibu, Guru-guru dan Jururawat2 menyambut hari-hari Istimewa ini. TERIMA KASIH kerana menghargai insan-insan ini. 

Bermula disini anak2 kecl ini mengenal ABC 123, dsbnya.
  wajah-wajah anak2 yg ceria, banyak ragam ada kalanya. Biasa la kan tu namanya zaman paling indah dlm kehidupan kita. Lebih banyak masa untuk berkejaran sana sini.
walaupun begitu wajah2 inilah yg membuatkan hati sering tersenyum dgn gelagat dan adakalanya kenakalan 


jasa cikgu2 yg mengajar dari awal persekolahan sehinggalah ke akhirnya akan tetap dikenang walaupun tanpa perkhabaran lagi. Entah dimana berada, terutama cikgu2 masa sekolah rendah. Namun masih terbayang wajah2 mereka satu persatu...







Tuesday, 15 May 2012

pengat pisang + nangka + sagu


assalamualaikum

 hari ni nak tayang pengat pisang campur nangka pula ye, sedap tau he he  Pisang dan nangka yg dibawa balik dari kampung hari tu. Pisang batu , pisang ni memang sedap wat goreng pisang dan pengat, masam2 manis bila dicampur ngan nangka lagilah sedap dan tak boleh mis sagu mata ikan
Nangka madu pun dari kampung, bawa balik sebiji je dapatlahpotong kasi jiran belakang dan bawa ke taska. Org kata nangka ni 'angin' he he sb tu tak semua nak makan nangka ni kan. Bila makan nangka asyik buang angin, ye ker he he 
Kalu kat kampung tu memang daku seorang je dewasa yg duk ngadap he he yg lain budak2 sb mak2 budak tak nak takut angin satu badan.
isshhh rugi la kan, dahlah manis ....




Jemput ye semua makan pengatku ini. he he banyak ni satu periuk .

TERIMA KASIH

Monday, 14 May 2012

CUPCAKE COKLAT DARI KAKAK & ADIK UTK MAMA

 Assalamualaikum semua

cantik tak kek ni mama? he he wah cantikkkk nye. kenalah gembirakan bila anak2 tunjukkan hasil tangannya. Terima kasih sayang2 mama...suker sangat.
inilah projek hari minggu kami semalam he he projek cupcake coklat. Kebetulan duk keluar iklan kat TV Selamat Hari Ibu dan walaupun taklah menyambutnya tp sekadar terima ucapan hari Ibu jg dari anak2.Hari paling istimewa bolehkan, cara kita bukan cara org barat . Rasanya seperti kita menyambut Hari pekerja hari guru dan kebetulan may ini ada hari jururawat juga.. Hari jumaat tu lagi duk plan projek ni tp sabtunya x dpt nak penuhi So utk ahad baru dptmemenuhi axtv santai2 dirumah...taraaaaaaa inilah hasilnya. 
Kakak yg beriya-iya nak buat sendiri tp mama jg yg kena sukatkan bahan-bahan cc ni. Baru tau dia penat jg baking kek kan he he si Adik cam biasa tukang sibuk jg tolong ayakkan tepung, memang suker sgt dia dpt tolong hu hu tp alahai sepah2 tepungnya..apapun asalkan anak2 hepi kan

 masih guna resepi sebelum ni yg mudah dan pastinya sedap
deco ikut suker hati dia je..he he bolehlahkan...


TERIMA KASIH

Thursday, 10 May 2012

TIRAMISU LAGI

ASSALAMUALAIKUM

Tiramisu lagi sb nak habiskan belen cheese mascarpone dan biskut hari tu. cuma  kali wat dlm satu bekas besar dan kecik camni senang sikit budak2 ni makan. Cedok je guna sudu kan.


layan ni memang sedap sampai menjilat jari. Resepi pun  sebelum ni dah cuba. Alhamdulillah burrrrr kenyang si abang Is he he Sekali sekala je boleh buat ni ye.

Wednesday, 9 May 2012

cucur gelang keledek @ keria

assalamualaikum

meh makan cucur gelang ye, takpun nama yg glamour sikit kuih keria. Kitaorg biasa panggil cucur gelang je. he he. kuih kesukaan anakanda2, Masa zaman sekolah rendah dulu selalu nampak mak susun atas meja pagi2 untuk dihantar ke kedai kopi. Masa bila mak duk ngentel entahlah sb anak2nya tau tido je. 
Bezanya mak wat cucur gelang versi ubi kayu.
Dapatlah tumpang seketul dua tuk sarapan pagi sebelum g sekolah.  sedapkan cucur gelang ni nak2 lagi sb bergula diluarnya tu. Gula sira kaler putih. S ebab si mama suker makanya si anak2 pun ikut suker cucur ni terutama si abang Is. Balik kampung mesti dan wajib membuatnya he he 


Tp kan balik kampung kali ni tak korek ubi kayu la pulakkk maklumlah musim hujan kata mak ubi tak elok. So tu yg jadinya cucur gelang ni kaler oren sb guna keledek oren tu. Keledek dari Penang tu jauhhh Sil bawa balik sb katanya keledek ni lawa je he he


 mak kita buat memang tak sukat2 pun, yg penting bila campur tepung tu pastikan elok je lembutnya. senang nak wat gelang tu. Kalau tepung banyak kang mesti keras lak kalu kurang pun tak jadi gak. Susah gak mula2 tu nak agak tp lama 2ok la kan he he dua tiga kali wat baru pas ni tau. Bab sira gula tu lagilah kadang jadinya elok bila putih cantik dan rata.

CUCUR GELANG

Bahan-bahan

  • 2 ketul ubi keledek oren yg sederhana
  • 1 cawan tepung gandum@ 1/2 Cawan lagi utk letak masa nak wat gelang tu(elakkan tangan meleket)
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Rebus ubi keledek bersama sedikit garam  hingga empuk.
  2. dah empuk Toskan airnya 
  3. Lenyek 2 hancur masa ubi masih panas.
  4.  kemudian bolehlah  sejukkan dulu
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
  6. dan buatlah bentuk seperti gelang 
  7. siap semua baru di goreng. 
 sira gula
  1. masak gula dgn air dalam kuali lain.
  2. Didihkan gula hingga pekat.
  3. Masukkacucur tadi  dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  4. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  5. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  6. siap

TERIMA KASIH




Monday, 7 May 2012

kampungku tercinta


Assalamualaikum semua

masih terasa suasana di kampung bila tatap gambar2 ni kan. Nilah satu-satunya kawasan bendang  yg masih diusahakan. Masa balik baru2 lalu kawasan ni tengok keindahan dan kehijauan pokok2 padi yg  cantik . Tiba-tiba rindu dgn suasana ketika dulu bila bersama arwah tok. Duk bercerita kat anak2 masa mama zaman sekolah rendah dulu bendang lah tempat bermain selain terjun sungai2 he he kutip siput, ngail ikan keli dan haruan dan penah gak merasa cari belalang bendang waktu malam. Pastu Arwah Tok goreng w/pun tak reti makan belalang tp tgk je org lain makan he he Waktu tengahari pulak duk santai di bawah pohon kelapa menikmati angin sepoi2 he he Arwah tok (ibu ayahku) rajin sungguh walaupun anak2 nya tak benarkan wat keja ni katanya daripada terbiar bolehlah makan nasi hasil beras sendiri. Anak2 cucu memang suka bukan apa dpt temankan tok duk bendang time cuti2. Seronok sungguh tau walaupun nampak senang tp penat sebenarnya. Sekarag ok dah ada teknologi moden guna mesin dari gembur tanah, cucuk tanam dulu2 cucuk tanam sendiri je. Dptlah merasa tgk tp biasa lakan dulu2 budak2 aii malas tau nak seronok bermain je.

 cam biasa tiapkali ada kat kg inilah kerjanya he he memancing di kolam  tokki , memang tak sah tak lepak2 disini. Cuma kali ni sekitar kolam agak semak, pokok2 dikeliling dah banyak sb kesihatan tokki yg tak mengizinkan tu. Doktor pesan tokki kena berehat dari wat kerja apa-apapun kena rest sepenuhnyapaling kurang pun 3 bulan, karang takut urat mata tak baik .
aksen je budak dua orang ni he he dapatnya ikan kecik je. tu.


  sempat juga jengah pokok2 nangka yg tak terjaga ni, balut mana yg sempat. Sayang bila tgk buah-buahnya, nanti busuk camtu je. tak ada sapa yg nak petik makan.




dua model Visit Perak he he waktu berenti rehat di  Tapah tumpang posink jap
pantas sungguh masa berlalu, dah pun kena balik Kolumpur kalaulah leh lama2 lagi .

Saturday, 5 May 2012

RVC for Birthday brother Salam

 Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali

Seminggu tak jengguk blog, rinduuuu sgt rasanya. Tentu dah banyak ketinggalan ni kan. Alhamdulillah malam minggu ni berkesempatan nak update dan ngadap pc puas2 tanpa gangguan .
Lepas balik dari kampung ni barulah ada peluang nak ngadap. pasni  nak edit gambar 2 kecerian di kampong wat kenangan dan tatapan yg sudi. 
Sebelum tu layan dulu kek RVC  topping cheese ni ye, kek birthday utk brother Salam @ adik lelakiku yg duk di Penang sanun. Birthdaynya jatuh pada 21hb april yg lalu dan sebelum tu 20hb april birthday kakak yg duk Taiping. Share kek sebab dekat2 tarihknya he he

 Alhamdulillah kek rvc ni jadi elok dan rasanya pun sedap . Disukai ramai he he Mula2 pening jugak duk fikir kek apa la wat ni last2 yg nilah jadinya. Sebelum ni ada try kali pertama utk besday kakak Tisha tp guna resepi lain, besar betul keknya tp kali ni cari-cari resepi yg sukatan sikit. Taklah besar kira sedang2 je. Letak krim cheese emmm memang la sedapkan cuma kaler tak merah .

RED VELVET 

resepi oleh Ila Ahmad my resepi
olahan Mama saranur

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cwn  tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan sebuk koko
  • 1/2 cwn mentega
  • 1 1/2 cwn gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cwn susu segar (dicampur dgn perahan 1 sudu makan cuka dan dibiarkan 10 minit)
  • 1 sudu teh  pewarna merah - warna dia kurang merah
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 dudu teh baking soda 
  •  
  • BAHAN TOPPING
  • 250gm cream cheese, 30 gm mentega, dan 1 sudu makan susu segar.

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan sebuk koko . ketepikan.
  2. Pukul mentega hingga lembut  Tambah gula dan pukul hingga ringan 
  3. Masukkan telur satu persatu dan tambah esen vanila. Pukul semula hingga sebati.
  4. Masukkan buttermilk selanseli dgn tepung pukul dengan kelajuan sederhana 
  5. Masukkan pewarna merah.
  6. Dalam mangkuk kecil, campurkan bhn cuka dan baking soda(biarkan berbuih dan tuang ke dalam adunan kek . kacau sebati menggunakan senduk.
  7. Bakar 170 C selama 25-30 (bergantung pada oven masing-masing.
  8. sejukkan dan hias dengan cheese cream topping. 
 CREAM CHEESE TOPPING
  1. pukul cream cheese dan mentega hingga lembut dan gebu. campurkan perahan lemon dan esen vanila.
  2. sapukan pada keseluruhan kek dan boleh hiaskan  mengikut selera masing2. 

biskut kacang hijau

assalamualaikum   tqqq AlongRoz kongsi resei BISKUT KACANG PEAS Resepi :  AlongRoz@HomeKreation BAHAN-BAHAN:- ...