Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

kek butter mood nak balik kampung

assalamualaikum
salam hari jumaat yg indah ini. Kesibukan melanda sebelum balik kampung. hu hu tak menang tangan dibuatnya. Kali boleh macam2 nak buat utk bawa ke kampong tp apakan daya, setakat terdaya je la kan. tup-tup ada pula org order kek karemel lagilah buzyy, apapun syukur kan rezeki sebelum balik.

Citer pasal balik Kampung ni, Lazimnya la kalau sembang2 ngan org baru kenal  mesti tanya duk mana? kita jawab la duk  Perak he he perak kat mana? kat TaipingTaiping kat mana? Kat Batu Kurauooooo Bt Kurauuuu(panjang sikit ) tempat yg Buah duyan banyak tu, sedap2 pulak tu kan he he Bt Kurau kat kampung apa? he he banyak kan soalannya (dalam hati je)
Sy Bt Kurau ke dalam lagi nun di kampung Sungai Jerneh Ijok dekat nak ke Selama dah he heoooo sana banyak kawasan lata ,sedara makcik ada kat Ijok tu kampung hapa tah,  he he he
Wat CK ck  dah siap sedia semuanya ke? Rupanya CK ni org Perak juga, sedara-mara ramai kat Taiping dan Bt Kurau.  Dan Ummizzkitchen jg asal Perak,Jom moh kite s…

kuih lompang gula merah @ kasui

assalamualaikum semua
alhamdulillah sehat-sehat je kan, dan masih boleh meneruskan xtvt harian. Anak2 je kurang sehat sikit, si kakak demam selsema dan si smlm si abang pulak. Dua-dua bawa Klinik, sorang suka ubat cecair sorang nak ubat pil, macam2  peragai dan ragam. Harap2 jangan berlarutan, cepat sembuh sb  minggu ni dah la nak balik ke kampung kat Bt Kurau Taiping he he Tak sabar dah ni , rasa rindu sesagt.  Adik bungsuku sibuk sms macam2 pesanan he he berkali-kali pesan kek caremel feberet dia sekarang tu.  Bila demam ni memang tak ada selera nak makan kan, emmm yg susahnya si abang Is ni ha, sampai masuk angin, gastrik la tu cam mama ni.Budak2 ni dah lah susah nak makan, memilih sokmo, pening mama. Jadi try wat lompang ni kot2 nak makan. Sikit je makannya hu hu
kuih lompang @ kasui ni sedap kalau kena gayanya. Lembut kenyal2 memang tentulah sedap, gaul kelapa parut memanglah mama sukerrrr he he resepinya pun macam2 ada, macam2 versi, kaler hijau, coklat kehitaman tp yg ni cokl…

tiramisu

assalamualaikum
salam di pagi isnin yg tenang damai ni,,,,firstime pepagi wat entry he he sebelum siapkan diri menjalankan tugas seperti biasa. seblm princess kecikku terjaga. Jap g kena kejutkan mandi nak g ke Taska.Tak leh citer panjang2 meh layan Tiramisu yg tinggal bekas je ni he he. Tiramisu ni terhasil malam sabtu lepas lg, pagi2 budak2 kat umah dah makan separuh, malam lg separuh terus habissss. Si abang memang la suka sesgt tiramisu ni, jadinya dia je makan, Sarah pun suka gak he he

dah lama dah nak buat tp entahlah nape tak terhasil juga. Mula2 makan tiramisu ni beli kat SR memang terus jatuh cinta isshhhh sedapnya kan. Pastu terus belajar kat Bagus bakery Melawati dgn Cheff Han namanya. Citer ni beberapa tahn sudahhh he he belajor je tp tak wat pun. Balik simpan bertapa dlm simpanan Sebbnya tak berani nk beli bila tgk harga cheese ni . Tp kan bila berblog ni ni ada tgk tiramisu yg guna biskut, cam mudah sikit kan takyah wat wat finger sponge lg. Teruja jg dan terus beli biskut…

pajeri nenas

ASSALAMUALAIKUM
 Jumaat lepas  ke Giant nak cari buah-buahan yg telah kering di rumah ni ,bila habis kerja tu singgahlah kejap ,ternampaklah nenas2 yg bertinbun-tinbun banyaknya he he dgn harga yg murah beli 2 biji RM2.00. Apalagi  terus ambik 2 bijik, nak beli lebih kot2 masam ke hapa ke kan baik try dulu sikit, jangan tamak kan. Baliknya terus kopek aduhhhh mak manisnya aiii kejap je la ni habis sebijik kena ngap he he memang manis giler nenas ni tau, rasa nak pi lagi beli je


hari sabtunya masih berbaki sebiji kan, rasa teringin lak nak makan pajeri yg dimasak sendiri he he asyik beli je. En Suami pun suke jugak ni kalau kena dgn ikan goreng dan nasi panas mesti sedapkan. Macam kat kampung cuma takda ulam sambal je hu hu  takpelah no janji ada lauk makan tengahari. Sb pasni kena fikir lak menu anak2 ..nak makan apa lee....


resepi ikut sesuka hati he he

Pajeri nenas
bahan-bahannya
sebiji nenas-kopek dan potong pastu celur ngan air panas didih santan kelapa rempah kari udang kering baw…

buah mulong @ buah melaka

assalamualaikum
salam hari sabtu, hari yg di tunggu olehku he he pagi2 ni dpt duk ngadap pc update entry. Selelum putera dan puteri bangun. Biasa la kan kalu takda program ni sabtu mesti lewat bangun depa ni. Penah dengar nama buah mulong ni he he nama yg kitaorg panggil kalu kat kg di belah2 Bt Kurau Perak. Tp kat Kolumpur dikenali dgn buah Melaka. Besanya kalu bulan Posa memang nilah yg mesti terhidang kat meja makan, Hari2 pun takpa. Kadang2 sampai ke sahur. Feberet bebenor la kan he he buah mulong ni intinya kelapa yg dimasak dgn gula merah tu. Kalu buah melaka org letak inti gula enau kan. Tu beza dia kot. Semua adik beradik gemar, buatlah banyak mana mesti habisss he he


Anak yg sulong pun ikut suka dah , ni wat pun atas permintaan dia. Entah malam semalam tiba-tiba teringat nak makan ni. Ye la kan lama jugak tak makan ni. Mama yg rajin pun segeralah buat, sb tepung pulut memang duk ada, inti kelapa sikit ada tinggal lg. Gula enau pun ada duk kat peti ais tu.Apalagi meh layan bu…

kek coklat versi cupcake

assalamualaikum dan salam sejahtera 
lama jugak tak wat kek coklat ni kan sampailah si kakak ingatkan hari tu maknanya nak makan lah tu he he selalunya kalu wat kek coklat dlm loyang makan tak habis, bila dah masuk peti asi tu biar je la hu hu baik wat kecik2 dlm cup ni, laju sikit pas satu satu kena ngap..masuk peti ais pun takpa..nak makan keluarkan je. Si Sarah pun suka kalu dlm cup ni, mudah kot nak ngap.. macam2 kan ragam anak2 ni


paling suka dgn resepi kek coklat yg ni, mudah dan tak payah guna susu cair. yg pastinya ianya moist tak payah letak topping coklat pun takper. tetap sedap cuma letak coklat rice warna warni ni kasi menarik anak2. Makin lama makin moist tau. Guna blender je pun boleh. tak pasti resepi ni sumber dari mana sbnya tak pula tertulis kat buku resepi ni. yg ingat dulu2 memang selalu tulis dan simpan resepi2 dari jom kongsi resepi  masa tu belum ada blog , memang hobby tulis resepi2 yg rasa best dlam buku note kesayangan ni  ( dah takda rupa buku pun) he he Ka…

Greyson Chance -autograph session

assalamualaikum dan selamat malam semua
Nak mula cerita dari mana pun tak tau ni , he he entry khas layan karenah anak remaja.  Semalam kan ahad coti so terima ajakan adik ipar ke One Utama Damansara. Si anak daranya nak ambik autograph penyanyi pujaannya yg datang ke Malaysia ni.Biasa la kan budak2 kalu yg comel2 tu minat lah. Sekarang  Greyson Chance, lepas musim sudah Justin Beiber. Tp JB dah tak minat.Si Sarah yg kecik ni pun pandai cerita katanya kak Nina dah x minat kat Justin sebab dia pakai anting2 he he macam2 . 
Sekali pandang si Greyson ni lebih kurang je ngan JB kan, anak mat saleh yg comel lote sb tu kot jadi kegilaan remaja2 skrg. Entahlah...he he dulu2 pun kita camtu kan kalu muka cute tu memang minat. Tp kan dulu minat gitu2 je la, tempek penuh gambar2 artis pujaan kat buku2 sekolah, locker asrama he he tu je yg mampu, mana ada can nak jumpa ke nak tgk kat luar selain TV atau Majalah ni kan. Untung la budak2 zaman la..actually kisahnya anak sedaraku sorang ni. Maklumlah …

PENGAT UBI KELEDEK BERSAM SAGU

 assalamualaikum
salam petang sabtu. Dari tengahri tadi memang mendung je pastu bila petang terus hujan lebat. Bila hujan ni rasanya malas nak kemana-mana w/pun anak2 sibuk ajak keluar. Biasalah kan budak2 ni kecik2 dah pandai boring kalu cuti2 kat umah je. Kejanya nak jalan2 je he he isshhh kan. Sebaik tiba2 SIL dtg ofer nak bawa  budak2 ni ke Wangsa Walk , tengok wayanglah tu apalagi he he bolehlah mama rilex2 kat umah ngadap pc sambil tu makan pengat ubi keledek ni he he meh jemput semua ye
 Lama juga tak layan tekak sendiri, sekali sekala buat pengat ubi ni memang sedap gak Teringat akan bonda dan ayahanda di kampung, mesti suka kalu makan pengat2 ni. Nak pulak hujan2 ni lapo je kan.

tapi kat sini pengat2 tak laku hu hu sorang2 je makan tau. Jadinya wat ciput je dapt semangkuk dua cukuplah. Mama yg kena perabihkan. Sarah yg kecik ni makan tang sagu mata ikan tu je he he ubinya tolak ke tepi. Tak reti budak2 ni bila disuruh makan ubi yg lembut sedap nihhh. Si abang  & kakakkal…

pulut kuning + rendang ayam

assalamualaikumSyukur kepadaNya diatas segala limpahan kurniaannya. AminAlhamdulillah tercapai jg hajat nak pastikan si abang Is khatam Quran tahun ni, sebelum melangkah ke alam sekolah menengah. Ini pun kiranya dah lambat kan, kalu sepupu2nya tahun 4 dan 5 dah siap khatam. Lambat jugaklah, apapun syukur alhamdulillah. 
Anak2 mengaji dengan SIL @ maklong diorg je, cuma tahun lepas bila Fil jatuh sakit memang jarang2 mengaji sb SIL kena jaga FIL , kadang2 kat hospital ,boleh dikatakan  byk masa kat spital hinggalah lepas raya Arwah FIL telah menghembuskan nafas terakhir. Baru anak2 sambung mengaji dgn teratur semula.Si kakak pula ada beberapa juz lagi.


Buat pulut kuning ni tak plan pun, ingatkan nak suh mak wat masa balik kg nanti tp bil dan encik suami yg beriya-iya nak wat dulu. Bukan makan di rumah tp bawa ke tempat encik suami belajar. Baca doa di sana. Buat pun tak banyak beli sekilo je dan seekor ayam pastu tambah sambal ikan bilis.
Balik kol 6 terus bergegas ke dapur masak rendan…

donut paaaling sedappp izahdaut

assalamualaikum
salam sejahtera dan selamat bercuti sempena Pertabalan Yg Dipertuan Agung. Alhamdulillah hidup mesti diteruskan selagi dikurniakan kesihatan yg baik. Dapat bersantai2 hari ni, dek cuti umum. He he suker kalu cuti2 ni kannnn.  yessssssss paling gembira sebab dpt menguli doh donut paaaaling sedapp Izahdaut ni. Celik je mata memang teringat akan donut ni he he tak sabar nak menerai. Memang betul tak tipu arr donut ni sedap bangat dan lembut gebussss. pas goreng je terus merasa, ngap kemulut seketul he he Emmm esok dah plan nak wat lg utk budak2 taska.Tengah suker bebenor he he Sayangggggggg izah he he TQ VERY2 MUCH YE
Resepinya pun mudah je dan paling penting tak yah tunggu lama 2.
utk resepi asal boleh ke blog izah ye http://izahdaut.blogspot.com/2012/04/donut-paaaaling-sedap.html

 akak salin resepi disini ye izah wat rujukan


DONUT KELEDEK JEPUNolahan dari donut kentang kak 1by: izah 
200 gm tepung gandum1 1/2 sk yis segera mauripan100gm ubi kentang *izah guna keledek jepu…