Friday, 16 November 2012

kek karemel angry bird for birthday Anissa

Assalamualaikum
semoga sehat2 hendaknya kita semua
Bila cuti, keja, cuti dan keja selangseli ni mood pun sambung2 kejap ok kejap tak ok he hee macam angry bird tp bila bab keja tetap kena ok ..

kek birthday anak buah yg sambut besdaynya awal November lepas baru nk tayang disini. Anak buah sorang ni memang suker sgt kek karemel, sorang pun  blh dia hadap dan habiskan dlm sehari je heeehh dasyattt kata maknya.
memandangkan besdaynya kena jg ada kek , maknye suruh akak je buatkan  sebiji tp bukan saiz biasa sb ramai jg nak makan nanti...akak tambah 1/2 adunan lg jadilah kek besar ni dan utk cantikan kek hias dgn butter krim yg simple bersama gambar angry bird gini. Bolehlah kan..yg penting besday girl memang suker ...


KEK PUDING KARAMEL

Sumber Asal: Puan Munira, Puan Shasha Rahmat & Puan Sha Hafizi (KR)

Sumber: Anna Qawina


(A)-Gula Hangus

2 sudu besar gula (utk gula hangus)

*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)

Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas

1 cawan susu cair

1 cawan susu pekat manis-

1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)


(C) - Lapisan Kek

140 gm tepung gandum * sy guna tepung kek

70 gm gula kastor

3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak

D) Merinque

6 bj putih telur

70 gm gula kastor

1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :
  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
TIPS:Jika tak pasti puding dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,

Bila masak angkat & rehatkan sekurang2nya 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.

Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.

Sedap dimakan sejuk. Selamat Mencuba..!!



12 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak...
tudiaaaaaaaaaaaaaa... lawanya...
dah boleh amik tempahan camni.. kemas je tengok..
kek karamel ni mmg sedap.. suka tang karamel tu manis2.. tapi based dia tu plak rasa soft2 je.. cam eskrem.. :) geram tengok deco2 tu.. lawa sangat..

Acik Erna said...

assalam MSN..cantiknya kek dan dah tentu sedap..sebab acik pun dah cuba kek karamel ni

mala said...

bila nak cuba ni ... resepi munira ni belum pernah cuba lagi. dulu buat ikut resepi Yani kalau tak silap dari myresepi.

Ucu Faridah said...

kek ni mmg berhantu.. klau dah masuk tekak susah nk suruh stop mkn...melainkan kalau org tgh diet mmg harus mkn sikit jer....
hepi belated besday utk anak buah tu yer nurin...

munna said...

sedapnya.... baru pernah cuba buat kek ni sekali je... tak berapa menjadi kena cuba buat lagi

Chik Mimi said...

cantiknyaaa
psstttt rm300 je tak termasuk postage

gadisBunga™ said...

kek tu dalam rupa asal pun dah cukup cantik. :)

zila norazila said...

cantiknya mama..sayang pulak nk potong klu dh cantik camtu kan.:)

Totie@Tomy said...

teringin nak makan kek ni..tp tak tahu mcm mana nak buat..

Amie said...

Cantik ooo kombinasi warna yang digunakan tu... rasanya lagilah... ampun! Sedap tu kek karamel...

Fariena Amerien said...

Cantikknyaa.. Syg nak makan hehe

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum ..
cantik belang kek tu. Dah hias lagi cantik. Rasa sayang lak nak potong dengan gambar angry bird yg comel tu....

biskut kacang hijau

assalamualaikum   tqqq AlongRoz kongsi resei BISKUT KACANG PEAS Resepi :  AlongRoz@HomeKreation BAHAN-BAHAN:- ...