Saturday, October 20

biskut sarang semut

 assalamualaikum semua

selamat berhari minggu...buat apa agaknya cuti-cuti ni kan, kat rumah, keluar jalan2 atau apa saja...yg penting masa dipenuhi xtvt bermanfaat terutama bersama keluarga tersayang
kita.. kita.kat rumah je hari ni main masak2 la he he
 anak teruna dan anak dara kita tak ada ikut mak sedara @ sil ke Sepang sunyi sikit rumah sb
tinggal si anak dara kecik ni je
melayan cerita kartun dia la tp dia jg yg  temankan mama kat dapur. Dah janji nak buat mcm2 kenalah kotakan...tgk je nanti

lagi seminggu nak raya aidiladha keluarlah n3 ni he he 
biasanya raya haji tak buat biskut2 pun, kek2 je adalah
kat kg nanti masak makanan2 berat cam laksa ke nasi tomato
tak taulah mak larat wat lemang atau tak, memandangkan raya hari jumaat nk balik pula petang khamis manalah sempat nk tolong mak ni. kalu ketupat daun palas mungkinlah bolehkan malam2 tu buat 


 masa raya puasa lpas tak sempat nk publishkan biskut ni
ada rupa sarang semut ke??? he he
rasa biskut ni ala-ala semperit jg kan


BISKUT SARANG SEMUT
Oleh: Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Resepi oleh: Bondaku 

Bahan-bahan :

  • 6 auns(oz)/ 170 gm butter
  • 4 auns(zo)/ 120 gm gula
  • 1/2 tsp vanilla asen
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 6 auns(oz)/ 170 gm tepung gandum
  • 4 auns(oz)/ 120 gm tepung kastad
  • Coklat rice secukupnya sebagai hiasan


Cara-cara :
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan asen vanilla dan baking powder. Pukul rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Gaul dan uli hingga sebati.
  4. Sagat adunan ke dalam mangkuk besar. Buat hingga habis semua adunan disagat.
  5. Sudukan adunan yang telah disagat ke dalam cawan kertas. Taburkan coklat rice di atasnya.
  6. Bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.


7 comments:

  1. wah! biskut raya .. mala mmg suka biskut sarang semut ni. sama la mcm samperit favourite jugak!

    ReplyDelete
  2. kak zu tiap tahun mesti ada biskut nih ..tapi raya haji mmg x buat biskut ler...

    ReplyDelete
  3. amboiii.. dah siap sekut raya dia rupanya.. sedap sarang semut ni..

    ReplyDelete
  4. amboi rajinnya.kita tak buat pun biskut raya haji ni

    ReplyDelete
  5. Raya tahun depan boleh buat....hehehe.Raya haji jarang buat biskut bagai.

    ReplyDelete
  6. rajinya mama,ank zila pun suka mkn sarang semut..sedapp jew kan:)

    ReplyDelete
  7. rindunya nak makan biskut sarang semut ni..last makan masa darjah 6...kalau tak silap saya pastu dah tak makan dah..tq share resipi..nanti saya nak try buat...

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...