Saturday, September 1

buah rambai yg masam manis


assalamualaikum 

bersua kembali masih lg  mood raya kan dengan open house sana sini, sessi menambah berat badan he he
nak lagi hari cuti ni jemputan sana sini, bukan saja oh dgn yg buat majlis kenduri kawen pun ada. yg dekat yg jauh. Yg mana termampu alhamdulillah dptlah tunjukkan muka ye kan bila org jemput tak sampai hati pula taknak dtg. Bukanlah nak makan sangat pun tp utk eratkan ikatan persaudaraan yg telah terjalin.


wokey sebelum sambung entry raya kita layan dulu buah tempatan yg satu ni ye, ada yg tak kenal tak? he he inilah buah rambai namanya buah anggur malaysia kata my son he he buah penghujung musim dah satu2nya buah yg ada masa blk kg beraya, durian rambutan manggis dah selesai . Skrg duk berbunga semula pokok2 durian rambutan dan manggis ni. Nampaknya kalu ada rezeki thn depan dptlah merasa lg.
buah rambai ni anak2 tak reti makan pun dgn rasanya yg masam2 manis tp ada yg betul2 manis bila cukup masaknya ye. Mmeang sedap bila makan memang tak leh berenti tau he he satu satu dikupas masuk dlm mulut. Sedar2 dah habis sebesen ha ha maklumlah kita ni hantu buah semua buah belasah je
pokoknya agak tinggi yg mana dahan rendah tu blhlah dijolok tp yg tinggi terpaksalah org memanjatnya ye.
yg ni anak buah panjat bila dipaksa makciknya. Dpat seguni bawa balik KL, penuh bonet keta.
cakap dgn mak pasni boleh suruh org panjat dan jual. Sbnya dah tak ada sapa yg nak ambik lg daripada membazir camtu je kan. Nampak org duk jual kat tepi2 jalan tp x pasti harganya berapa.
kalu x silap org Negeri Sembilan wat masak lemak kulitnya kan, ikut cerita SIL yg duk sana la tp x penah pulak kami kat Perak masak gitu. Suka makan mentah2 ja. Pokok2 rambai ni lazimnya banyak kat tepi sungai, dulu2 kat sungai rumah arwah tok memang ada je pokok rambai ni. Balik sekolah sambil lepak tepi sungai itu sambil makan rambai he he

12 comments:

  1. Geramnya tengok buah rambai yang lebat dan berjuntai-juntai tu.Sedapkan masam2 manis.

    ReplyDelete
  2. Masak lemak ikan tenggiri dgn kulit rambai.... Lama dah tak msk sbb lama dah tak mkn rambai....

    ReplyDelete
  3. Lebatnya buah rambai... entah berapa puluh tahun tak makan rambai, sebab tak jumpa... masa sekolah rendah dulu suka beli jeruk rambai, 5 sen 5 biji...sedap makan kulitnya!

    ReplyDelete
  4. dh lama x makan buah rambai..
    mcm msim plak skrg..lps ghaya saya dpt mkn buah naga, mata kucing, nangka madu pelam epal yg ayh tanam..
    suke2..

    ReplyDelete
  5. dah lama akak tak makan buah rambai.....masa budak2 dulu suka sangat buah rambai...

    ReplyDelete
  6. susah nak jumpa rambai yg manis ... selalu masam

    ReplyDelete
  7. hari raya haritu jumpa rambai kat rumah kawan punyalah pulun makan sebab dah lama tak makan rambai.. rambai kat rumah opah akak dah kena tebang...

    ReplyDelete
  8. best nye. fresh dari pokok lagi tu

    ReplyDelete
  9. bukan setakat buah... pokoknya pun aku dah x jumpa skrg.... susah nak jumpa kat tempat aku... huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  10. amboi greamnye tgk buah rambai yg bergayut2 ats pokok tu...susah dh nk jmpa buah ni skrg...

    ReplyDelete
  11. lamanya saya tak makan rambai.. dulu kat kebun ada pokok ni. pastu dah kene tebang last makan masa zaman sekolah dulu kot. huhu..

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...