Thursday, 27 September 2012

Sarah Nur Izzati----cahaya kekuatanku

 ASSALAMUALAIKUM

Pelik tak hari ni entry gambar anak dara bungsuku ini ...bukan hari istimewanya pun besdaynya lambat lg bulan januari. tp hari2 tanya kenapa besday adik lambat lagi mama..hu hu dah beri jawapan tp tetap x puashati..tanya lagi...lagi dan lagi. last2 mama x jawab dah he he

tahun depan 6 tahun dah prasekolah..sekali pandang kecik je macamnan la agaknya nanti kalu g tadika tanpa mama ni kan... bila bgtau dia ok je katanya adik baik2 je kat sekolah nanti. cikgu kan ada.
pantang disuruh berposink....nak je..kamera mama penuh gambar dia je he he
kat taska ni bibik paggil nenek Sarah, sbnya mulutnya yg tak bereti ngomel ngalahkan maknenek tau..
kawan2nya habis kalu bab bercakap dialah dulu.
entah mana diikutnya ramahtamah gitu, bila bila jumpa kawan2 sekolah mama dulu semuanya terkejut...isshhhh lain benor dgn mamanya zaman sekolah..yg sunyi sepi he he

sebenarnya post gambar ni bila rasa rinduuu pulak kat kampung halaman ..dah sebulan kan tak balik
bila belek2 ternampak anak dara sorang berposig atas kereta hu hu amat2 rasa rindu. Telepon mak ayah lepas raya tentu sunyi kan,,,, adik terua yg ada sorang tu, jangan haraplah tak lekat punya kat rumah..kalu tak g keja tidur je lah sepanjang hari.

harap2 hujung minggu ni dpt  gaji dan dpt balik ke kampung....h he h bestnya
yg pastinya dptlah terjah kolam ikan . Buah durian kecik2 lagi.



Tuesday, 25 September 2012

tart fruit again

ASSALAMUALAIKUM

salam sejahtera buat semua yg sudi berkunjung ke sini. Terima kasih jg yg sudi komen...sayang semua muahhhhhh
hari ke 2 ank2 tahun 6 menghadapi PSRA....semoga anak2 dpt dpt mejawab soalan2 dg baik ye.

nak mulakan dgn apa ye...sgt ketandusan kata2
apa kata layan je lah gambar2ya he he tart fruit  yg entah kali keberapa cuba..cuma skrg buat utk tambah pendapatan sampingan. Alhamdulillah rezeki kan..jadi kesukaan anak2 jg.
sedap sungguh kalu dpt layan tart ni kan

resepi sebelum ni dah ada letak rujukan blog  http://www.tiffinbiru.com/2011/12/ yg sgt dikagumi kerna kreatif dan kerajinannya memasak berbagai menu. tq ye en Mat


JUMPA LAGI ....INSYAALLAH...

Monday, 24 September 2012

chicken chop & lamb steak sempena besday abah


assalamualaikum

alhamdulillah bersua lg ye. n3 makan2 layan besday en suami yg jatuh pada jumaat 21 september..usia berapa?? he he agak2 berapa ye. Tak kisahlah kan angka je tu yg pasti darling ku tetap dihati he he
sempena besday kita makan2 je...mama memang takde mood nak membaking kek sendiri macam sudah2. sorry ye abah..mama belanja makan steak tp nanti abah bayaor balik ye ha ha
abah pilih lamb steak emmm sedapplah dan anak2 teruna dan dara sorang tu macam biasa chicken chop dan adik funfries lah apalagi.
sebelum makan disini  ke Wangsa Walk cari kek besday,abah tp bila sampai kat sr tu masing2 ada kek pilihan sendiri pulak si adik and mama memang suka coklat indulgent ataupun cheese kakak biasa la carrot cheese seb baik la kek carrt tu habiss he he tp abang ni pula minat sgt ket kek pecan buttercorch.takkan 3 sekali nak kot.kempis la poket kalu beli dua2 ni dahlah whole 85++ hu hu pengsan mama akhirnya buat kata sepakat beli 3 potong indulgent dan 3 buttercorch...baru puashati masing2 dpt makan ikut citarasa sendiri kan..besday boy si abah no komennnnnn he he korang yg nak makan kan abah layan lamb steak dahhh





dah kenyang la tu....layu je mata si adik. makan kat sini best sb pemandangan belakangnya KLCC dari jauh la ye he he
sedapkan adikk kek ni he he
si abang Is kusyuk layan chiken chop dia...tak pandang kiri kanan dah...sedapnya
kakak tiasha layan indulgent kek sb carrot kek habiss ...alim kakak malam ni berbaju kurung dan bertudung sb baru balik dari sekolah agamanya yg adakan solat hajat.

Azeezah Al-Ansar berdekatan SRAI Taman Keramat de kat rumah je ni he he memang pilihan dari dulu lg cuma dulu kalu x salah ownernya lain skrg lain rasa pun ada la sikit lain tp stil sedap
harga chicken chop RM9.50 dan lamb 10.50. nasi goreng cina RM 4.50
air2 buahnya RM 2.50.

kalu suka layan steak bolehlah singgah disini makan2

Friday, 21 September 2012

udang ala rendang

 assalamualaikum

apa khabar semua hari ni...harap2 sehat belaka kan. sudah menikmati makan tengahari  agaknya kan kita belum lg entah nak makan apa ...
hari ni dahpun hari jumaat.kan.penghulu segala hari... 21 hb september besday encik suami ..hampir terlupa walaupun awal2 dia ada duk hint2 je he he saja je buat x tau ...tgk apa agaknya reaksi. kek pun x buat @ beli pun tgklah esok nak wat surprise.. belilah je malas pulak nk membaking skrg ni Anak2 dah tanya dari minggu lepas lg nak beli apa hadiah utk abah ni...dah tak ada idea  tiaptahun minyak wangi je tahun ni nak bg kelainan lah. Tgk tepon abah tu lama dari dulu sama...beli tepon ok gak kan he he tp nanti claim balikkk okeyy  boleh gituu


sebelum tayang kek besday kita tgk je udang yg masak ala2 rendang ni yek..udang ni memang feberet encik suami tersayang...kalu ada depa mata tak hinggat dia kat isteri dah...lupa yg isterinya ini tak makan udang hu hu kesiankan...sebenarnya ada cerita disebalik kenapa tak makan udang..story dulu2 lagi. bukan sb elegik ye tp memang tak makan. kalu ak cerita panjang...biarlah jadi rahsiaku he he

okey resepi udang ni macam rendang biasa je macam rendang ayam tu...serai kunyit santan, cili padi kalu suka pedas kerisik bahan2 utamanya. cuma bezanya tukar ke udang je. main blend semua pastu masak hingga kering. simple kan
mesti tahu kan..


okey tak leh story mory panjang sb tengah lapar kena cari makan dulu 

jumpa lagi

Wednesday, 19 September 2012

jamuan raya Taska di penghujung raya

assalamualaikum

hari ni nak masukkan n3 jamuan raya taska di penghujung syawal..buat kenangan akan datang
jemputan para ibubapa yg menghantar anak ke nursery dan jg yg anaknya transit disini.
Alhamdulillah ramai yg dpt hadirkan diri, dptlah beramah mesra he he ada jg yg tak dpt hadir maklumlah cuti 3 hari kan ada yg nak balik kg atau bercuti ke luar.
Hari yg banyak jemputan rumah terbuka jg tp tak dptlah hadir hu hu sb kena menyibukkan diri kat taska
antara tetamu awal sampai...sempatlah snap bila dah ramai kamera entah kemana dah sibuk nk layan pula. Gaya anak2 yg riang gembira...

antara menu2 yg sempat disnap...mula jamuan jam 1 tengahari hidangan utama nasi puti dan laukpauk beserta ulam sambal tempoyak. sambal udang, masak lemak rebung, ayam masak kicap ayam goreng ikan masin pun ada. Laukpauk i semua dimasak oleh my boss @ cikgu Lina dan dibaNtu oleh kami semua. tP tolong potong je apa yg patut he he Kuihmuih order dan ada jg makanan dibawa oleh ibubapa yg baikhati.  mAMA  xdan makan pun hu hu sibuk menyambut tetamu tengok2 dah habis he he

kuihmuih pun ada, nugget utk budak2 dan macaroni goreng. Bila dah habis nasi baru keluarkan mee kari, laksa ,lemang dan rendang, roti jala, dan putu mayam. Air soya, taufu fa dan cendol pun ada..

tamat 6 petang...siap berkemas apa yg patut he he tapau lebihan air cendol dan taufu fa. pastu balik dah kepenatan...seb baik isnin tu cuti kan dptlah merehatkan diri

last baru dpt menyelit he he ok ye ceritanya...JUMPA LAGI

Monday, 17 September 2012

roti jala + kari ayam

 assalamualaikum semua

Selamat memulakan tugas kembali....alhamdulillah hari ni cuaca sgt2 elok kan.
tadi terlupa jg yg hari dahpun hari selasa, ingatkan isnin tadi he he maklumlah selalunya mula masuk isnin kan. Duk belek2 gambar mana yg nak masukkan n3 dulu ni...Tgk gambar takde idea pulak apa yg nak ditullis..gambar2 raya, jamuan raya kalau masuk blog boleh jg wat kenangan di hari kemudian kan..
last2 letak je n3 roti jala he he

roti jala ni kesukaan kakak Tisha anak dara  kat rumah ni. Mama pun suka jugak, kalu ke open house tu bila nampak hidangan ni itulah yg dimakan dulu. kena dgn kuah dari yg sedap, sedaplah kan. Ada jg yg sediakan kuah durian tp mama kurengg sikit kuah durian ni. kalu cicah roti tu ok. Ragam2 manusia namanya kan...lain org lain seleranya, betul tak??
kalu buat sendiri sikitpun cukup dah ..sekali makan. Sebab tu kalu teringin baik beli je 3 hinggit. masa last puasa hari tu kat mak kat kg request SIL suh wat..memanglah kena sekilo tepung, itupun sekali hadap dek anak2 buah langsai sekelip mata he he

wokey cerita pasal resepinya ada yg bubuh santan ada yg letak susu cair dan ada jg yg letak air biasa je kan...rasanya kalu buh susu cair lemak2 rasanya dan letak santan pun sama sedap jg ehh

cuma disini nak share resepi yg dicopy kat myresep ihttp://www.myresipi.com/top/detail/3243

ROTI JALA

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.



ok bolehlah cuba siapa yg nak cuba ye.


Sunday, 16 September 2012

Selamat Hari Malaysia & biskut makmur



 ASSALAMUALAIKUM

Salam satu MALAYSIA sempena hari Malaysia hari ini...alhamdulillah sangat2 bangga jadi anak Malaysia yg aman dan makmur ini.
Semangat patriotik perlu mekar di sanubari setiap warga Malaysia sepanjang masa kan. Malaysia adalah tanahair kita sejak dilahirkan hinggalah ke hujung nyawa.
Semoga apa ada hari ini akan kekal hingga ke anak cucu cicit...keAmanan dan ketenteramannya..
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE 49...tgh bersemangat dengar ucapan PM
Kat TV tadi. 
Mmemandangkan hari Malaysia kita semua akan bercuti esok kan hari isnin wah syoklah 3 hari ni. Ramai pulak tu yg nk wat OH di hari2 akhir bulan syawal. Hari ni Taska pun wat OH utk jemput para ibubapa tak dptlah nk hadirkan diri ke oh kawan2 yg jemput huh uh sedeyyy tp takper esk boleh jalan2 kan he he
 cerita pasal Makmur mari layan biskut my feberet jg ni..biskut makmur yg putih melepak disaluti gula.
dah lepas raya baru dpt update n3 biskut ni he he suka dgn bau minyak sapi...i likeeeeeeeeeeee dari dulu dan kini tau. Zaman dulu2 belum kawen rajin gak membuat biskut ni dengan kakak tp tolong dia gentel2 je nak mempercepatkan sb nanti leh wat biskut lain heeeeeeee suka tu suka jugak kan tp cumanya x boleh ngadap sepanjang masa je comfirm nanti akan bertambah naik kilogram he he
biskut ni tak banyak bahan2nya kan ..senang cuma kalu guna tepung gandum mesti sangai ( goreng tanpa minyak supaya ringan jadinya biskut ni gebus kan
tp yg ni cuba ikut resepi Mokwo http://mokwonik.blogspot.com/2011/11/makan-at-pjsyed-bistro.html  guna tepung red rose yg stoknya masih berbaki tu. ...tq ye Mokwo

 Biskut makmur II
sumber; Mokwo

bahan-bahan utk doh:

1 cawan minyak sapi tulen
3 1/2 sudu besar gula icing
3 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil garam
3 cawan tepung gandum (mokwo guna tepung red rose lagi sedap )
-guna tepung redrose

inti:
1/2 cawan kacang tanah--goreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar
3 sudu besar gula pasir
--kisar kering semua bahan inti. ketepikan

hiasan:
gula icing secukupnya

cara2:
  1.  satukan bahan2 doh. uli sebati
  2. balut doh dengan cling flim dan simpan dalam peti sejuk utk 2 jam
  3. bila nak mencanai doh, keluarkan doh dan biarkan pada suhu bilik.
  4. ambil 1/2 sudu besar doh, sudukan 1/4 sudu kecil inti dan bulat2 kan
  5. ulang proses tersebut sampai habis
  6. bakar pada suhu 160 C dalam masa sekitar 20 minit..bergantung pada oven masing2 lah yek!
  7. bila biskut dah agak sejuk sedikit bolehlah golek2 kan dalam gula icing


sekali lg nak ucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA buat semua rakyat Malaysia..


TERIMA KASIH DIATAS KUNJUNGAN TEMAN2 DI ALAM MAYA KESINI..TERIMA KASIH PADA YG SUDI BERKENALAN
SAYANG SEMUAAAAAAAAAA

Friday, 14 September 2012

kek gula hangus


assalamualaikum

Cuaca kat sini mendung dari tadi bila pandang ke luar kellihatan rintik2 hujan mula turun ke bumi....sejukkk nyaman. makin Lena anak2 kat taska tido nampaknya bila sejuk camni.

. Macamna agaknya adik2 anak2  harap2 semuanya tenang ...Insyaallah berkat usaha pasti berjaya.
Bukan anak2 je yg mendebar ibuayah ni lagilah kan kan.tak putus2 berdoa ..Buat  pelajar2 SRAI  belum berakhir lg minggu dpan kena bersedia untuk soalan2 PSRA pulak kan


Ok ye. skrg boleh kita n3 masak2 kembali....mari layan kek gula hangus pula ataupun setengahnya panggil kek sarang semut. Mana2 pun bolehlah kan. Buat sebelum raya hari tu kirim kat SIL sebijik. Lama jg tak membaking kek gula hangus ni sampailah dah lupa tp bila belek2 buku resepi alhamdulillah masih ada resepinya tp sayangnya tak tertulis nama empunya resepi la pulak


resepinya dpt seketul kecik je..mama wat dlm bekas yg memanjang oklah. bila google resepi kebanyakannya sama sahaja. Mungkin salah satuya masa copy dulu kot. Harap2 siapa empunya resepi yg asal tak marah ye.

Resepi Kek Gula Hangus


Resepi Kek Gula Hangus

Bahan-bahan

1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanilla

Cara Menyediakannya.
1.    Gula digoreng dengan api sederhana besar.
2.     Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas.
3.    Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.
4.    Kemudian, pukul telor sampai kembang & pekat.
5.    Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
6.    Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak.
7.    Tuangkan esen vanilla. Kacau.
8.    Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul sebati.
9.    Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10.    Dan bakar selama 60 minit di mana suhu oven 160 °c.


Wednesday, 12 September 2012

UPSR 2012...GOOD LUCK semua anak2

assalamualaikum.

masuk hari kedua UPSR hari ini...dah selesai BM dan Matematik kertas 1 & 2 ....
buat anak2 tahun enam semoga  Allah permudahkan dan dapat menjawab kertas2 soalan dgn tenang dan baik ye..
Insyaallah semua akan mencapai kejayaan cemerlang diatas berkat usaha kalian selama ini

Buat anak bujangku Saif Al Muqmin,dan rakan2 seperjuangannya di SRAI Taman Keramat serta  anak2 saudara Aina Saffa, Nur dini, Hanny dan Nor Hidayah yg tahun ni sama2 berjuang dlm upsr serta anak2 semua semoga kalian  berjaya dgn cemerlang 5A ye..tinggi harapan setiap ibubapa utk melihat kejayaan anak2 ni
Mama sentiasa mendoakan yg terbaik..good luck & try the best ok



Sunday, 9 September 2012

cucur badak punya nama

 assalamualaikum

2 hari sudah sibuk kunjung mengunjung ke open house, kenduri kawen aii imakin malas rasanya nak masak2 lagi. Syoknya kan kalu hari-hari dpt makan -makan camni dahlah free sedap2 pulak tu he he 
melampau la tu kan hahaaa  Alhamdulillah rezeki bulan syawal, semoga bertambah-tambah lg rezeki org yg menjamu orang ni kan
 ok cerit pasal makan-makan ni jangan lupa pada kesihatan masing2 ye...kena jg beringat-ingat. Sebenarnya bila ke OH ni taklah makan banyak pun, rasa sana sikit sini sikit je, yg penting dpt hadir tanda terima kasih di atas jemputan. Betul takkkk...
mai layan cucur badak ni pulak ye, entah dari mana datangnya nama badak ni pun taktaulah. tak kisahlah ye janji sedappp he he
  ada kena mengena jg dgn open house jg ni sebenarnya kalu idak takdelah rajin  membuat kuih yg satu ni. Kuih ni untuk jamuan raya opis adikku. Tiaptahun bila jamuan raya memang adikku sorang ni akan menempah 2 jenis kuih, kuih manis dan kuih pedas setiap jenis 100 ketul. Cuma tahun ni lain sikit permintaan nak cucur badak . Selalunya karipap dan kuih koci. Gusar jg sebenarnya sb tak penah buat cucur badak sampai seratus setakat beberapa ketul tu ada la ....resepi pun selalu main agak2 je inikalu dah banyak kenalah cari resepi yg bersukat kan he he
alhamdulillah seb baik banyak blogger dah ada letak resepinya....cari punya cari pilih punya pilih maka sangat2 berkenan akan resepi di blog
http://mas-dapurmas.blogspot.com/2012/02/cucur-badak.html

tq ye akak c/p disini sebagai rujukan


Cucur Badak
Resepi : Quinnie

Bahan :
Untuk inti:
 1/3 biji kelapa parut
2 sudu besar udang kering - rendam dan kisar
 2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 tangkai cili kering
1 batang serai
sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula 
  garam secukup rasa

Untuk doh :
 500 gram keledek -
 kalau color merah lagi sedap 
 
 1 - 3/4 cawan tepung gandum (bergantung kepada kelembutan ubi yg direbus..kalau lembut sgt leh tambah tepung gandum tapi jgn byk sgt) 
  1/4 cawan tepung kanji 

 

Cara membuatnya :
Untuk inti:

1) 
 cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus. 
2) Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. Gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
Untuk Doh :
1)  Rebus ubi keledek sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas, lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata. 
2)  Ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. Lepas tu bulat2 kan kasi cantik. Letak kuih yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti. 
3)  Selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. Selalu balik2 kan kuih agar kuih masak sekata. Bila kekuningan boleh lah diangkat. 

SELAMAT MENCUBA

Saturday, 8 September 2012

hepi besday kakak yg ke 11


assalamualaikum

cerita yg agak basi dah ni..masa raya ke 2. Tahun ni besday kakak Tisha anak daraku jatuh padahari raya aidilfitri 2 syawal tarihk omputihnya 20 hb ogos. Genaplah umur kakak 11 tahun sudah tp kan rasa macam baru je mengandung dan melahirkan ..
 mengimbas kenangan 11 tahun lalu...kakak di lahirkan kat Damai Hospital Melawati tepat jam 1 pagi. Paling mudah lahirkan kakak, tak sempat Doktor sambut pun. Petang 19hb tu pergi jamuan besday anak jiran sebelah makan kek bagai pastu hantar adik alik ke Petaling Jaya. Samapi umah 9 malam tu air jernih keluar membasahi baju, ok lagi masuk tido bila terjaga 11 malam rasa macam air banyak sgt keluar terus telefon SIL tanya dan SIL suruh ke spital cepat2 katanya .seb baik si abang Is (anak sulong) tgh tidur lena. Sampai spital dlm 20 minit terus Nurse suruh tukar baju spital..bila.masuk je bilik bersalin terus rasa macam meluncur keluar si kakak ni he he Doktor pun masih dlm lift...ingat balik lucu jg kan. walaupun anak ke 2 tp macam blur masa tu,  ye la kan tak sama pengalamannya. Firstime memang sakit sb kena induce paksa bersalin tp kedua pula tak sabar2 nak keluar sampai x sempat..

.Hari ni dah besar panjang kan anak mama. Bolehlah diharap tolong yg mana patut he he Alhamdulillah..

memandangkan raya ke 2 tu masih di kampung, takdelah kek special ye kak. Ni kira nasib baik kek karemel blm sempat dimakan oleh pokcik ha ha , sebab pokcik kena habiskan kek pandan kastad tu dulu...

Apapun mama dan abah sentiasa mendoakan yg terbaik...jadi anak yg solehah berjaya di dunia dan akhirat.
sentiasa ingat pesan mama buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali-kali ye sayang

dapatlah makan2 dan nyanyi dgn cousin2 kamcengnya ni kak long, azwa dan Aina. Petang masa ke Taiping   umah cousin mama dpt makan2 mcd pula sb duk bodek2 tokki suh belanja kfc he he yg jumpa mcd...jadi la kan

awal2 lg dah plan balik KL baru nak wat besday jemput kawan2 sekelasnya macam tahun sudah...siap merayu-rayu kat mama dan sanggup guna duit rayanya tu. Tengoklah macamana nanti. Memandangkan masa dipenuhi undangan OH ni entahlah boleh ke idak. insyaallah


SELAMAT HARI LAHIR BUAT KAKAK SITI FATIMAH FIRASYAH BT SULAIMAN
jadilah anak yg baik ye sentiasa mendengar kata  dan BELAJAR RAJIN2 AGAR JADI INSAN YG BERGUNA pada agama bangsa dan negara..
Aminnn

Thursday, 6 September 2012

kek pandan kastad



assalamualaikum semua teman-teman tersayang

apa khabar semuanya...harap2 sehat belaka an dptlah memenuhi jemputan majlis2 rumah terbuka dalam bulan syawal ini kan. Sana sini undangan makan-makan. Yg berkemampuan apa salahnya kan..
bg kami walaupun tak ada OH tp rumah sentiasa terbuka utk menerima tetamu..
Minggu lepas 3 keluarga kawan2 rapat en suami datang beraya...bila dah bgtau awal2 senang sikit kan dpt sediakan apa yg patut he he kalu tidak makan biskut raya je lah..


hari ni nk jg tayang kek pandan kastad yg tak berapa lawa ni...buat masa nk blk kg beraya hari tu lagi.
saja nk tukar pulak sekali sekala bawa kek lain suh adik2 rasa. Firstime try...resepi duk lama simpan bila tgk blog kawan2. macam sedap tgk dan memang sedaplah kek sponge pandannya lembut gebus dan lapis pulak dgn kastad pandan...yummy
sikit je rasa dptlah sepotong kan,yg lain ada org perabihkan..macam biasa le..kebetulan raya ke2 tu besday kakak Tisha kononnya nk jadikan kek besday dia tp x sempat raya pertama dah kena potong hu hu seb baik sempat wat kek karemel bolehlah jadi kek besday kakak makan dgn sepupu sepapatnya..nanti nak post entry besday kakak pulak
resepi kita c/p dari blog http://idaddapur.blogspot.com/2010/08/kek-kastard-pandan.html

tq ye ida


selamat mencuba











biskut kacang hijau

assalamualaikum   tqqq AlongRoz kongsi resei BISKUT KACANG PEAS Resepi :  AlongRoz@HomeKreation BAHAN-BAHAN:- ...