Skip to main content

raya tahun 2012

assalamualaikum.

salam aidilfitri buat semua....masih beraya lg kan. masih di bulan syawal...  org2 bandar time ni la nk beraya dgn kawan2 jiran2selepas beraya di kg halaman. Seronok beraya? biasanya ank2 yg seronokkk mcm masa kita kanak2 duluuuu. pakai baju baru dan dpt duit raya, jln2 pusing satu kg pun tak kisah. Seronoknya bila kenang dikala zaman itu. cuma skrg tgk ank2 byk dpn tv layan cerita. bukan apa nk biarkan ank2 jaln sendiri risau kan sb skrg mcm2 hall.. tp thn ni raya kat kg  kurang satu family je kakak sulong dan anak2nya beraya di Pekan pahang x blk kalu tidak tak muat penuhh umah tokki opah.
bayangkanlah 6 keluarga, 2 masih single, cucu seramai 23 orang  4 cucu masing2 dah berkeluarga dan cicit pulak dah 6 orang. memang riuh kalau semua ada.

bergambar pun x cukup semuanya ni abang kakak ipar anak beranak, adik dan isterinya tak dada masa ni, masing2 ada yg kat dapur blm bersiap dan ada yg dah keluar entah mana he he nak tunggu karang hilang mood mak pak nak bergambar pulak so snap je yg mana ada je la kan

sempat bergambar dgn mak dan pak. alhamdulillah syukur sgt2 dpt beraya di kg. tahun ni pak tak pakai baju melayu pun hu hu walaupun adik ada beli sepasang. Memang kurang ceria sikit tp lepas suruh bergambar baru pak tukar baju cantik ni. Mood raya tak ada memandangkan kesihatan yg tak memuaskan. pak x dpt berpuasa maybe sb tu mood raya tak ada.kalu tahun2 sudah pagi2 raya pak awal2 dah kena ke masjid untuk uruskan apa yg patut baru kami anak beranak ikut ke sana utk solat aidilfitri tp thn ni pertama kali pak x dpt solat hari raya memang rasa lain sgt. kalu solat pak kena duduk kat kerusi sb kakinya tak dpt dibengkokkan.  ni kira oklah sb pak nampak bertambah sihat berbanding masa di bulan puasa. Tak dptlah nk beraya ke rumah sedara mara pak kat Kuala Kangsar dan kat Lenggung.
ni adikku yg keja kat Penang ngan 2 anaknya tema coklat, 2 budak baju hitam tu anak abang tema campur2 he he mamanya cheff sibuk kat dapur je.

yg bergambar kakak kat Taiping bersama anak teruna dan 2 anak daranya. baju merah 3 anak bujang kakak no 2.

 tokki kalah dgn pujukan cucunya utk bergambar tahun ni he he

OK SELAMAT BERHARI RAYA BUAT SEMUA....AMPUN MAAF ANDAI ADA KEKHILAFAN

Comments

  1. hehe..biasala atok susah nak amek gambar kan hee

    ReplyDelete
  2. cantik & comel si baju kurung oren tu :)

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri Nuri...

    Alhamdulillah pak Nuri dah beransur sihat sikit... dpt juga melayan anak2 & cucu2 bergambar kan...

    ramai dah cucu & dah bercicit mak & pak Nuri ye... memang gamatlah kan bila dah berkumpul ramai2 tu... sama mcm rumah mertua akak.. bila berkumpul semua masa raya memang gamat umah opahnya.. adik beradik ada 8 org.. itupun baru 4 org je yg dah kawin.. kalau semua dah kawin & ada anak2 masing2 memang haruslah tak muat rumah opahnya.. hehe.. adik beradik akak cuma 4 org.. jd kuranglah sikit meriahnya berbanding dgn yg ada adik beradik ramai... hmmm... bila fikir tu semua.. baru terasa mcm sikit sgt je ada anak 3.. hihihi....

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya kak! Saya suka betul tengok gambar raya sebab masa ni la dpt ambil gambar ramai2 dengan family. Kenangan gitu kan. :D

    ReplyDelete
  5. dah keluar gambar raya best.. suka tengok suasana raya di kampung....
    alahai tok ki tak sihat kan mmg tak hepi...
    nasib anak cucu pandai memujuk senyum jugaklah...

    ReplyDelete
  6. Hi Mama, I really enjoyed looking thru all the pics here, very nice, so colourful too.
    Beautiful family. I love pakciks shirt......
    Here's wishing you and family selamat hari merdeka.
    Keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  7. Manisnya perawan cilik posing kat atas tu... seronokkan mama Sara dapat berkumpul beraya bersama!

    ReplyDelete
  8. wah tema oren jugak yer...nmpk sgt akak sgt hppy bile mlihat pak Nuri sihat kembali...baru la ceria n bmaknakan hari raya ni...

    ReplyDelete
  9. Salam Mamasaranur.meriah beraya bersama keluarga dan sanak saudara......ceria dpt berkumpul dan bergambar begini utk kenang-kenangan.Tok Ki pun nampak bahgia dikelilingi anak dan cucu tersayang..
    Slmt menyambut hari kemerderkaan...

    ReplyDelete
  10. Selamat hari raya akak. Kampung kat Perak juga ke? Sekampung ni hehe, rumah mak ayah saya dekat Kuala Kangsar. Yang kat Gerik tu area Kg Malau, sebelum sampai pekan Gerik lagi kalau ikut dari Kuala Kangsar. Akak duduk area mana ?

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis

Popular posts from this blog

bengkang ubi gula merah

assalamualaikum 
apa khabar semua ye? alhamdulillah sehat2 hendaknyalah kan walaupun penat sb baru balik dari Pulau Pangkor tp gagahkan jg wat entry tau. he hee semangat ni selepas mendengar taklimat2 disana . Rindu kalau tak buat enrty lebih 3 hari Ke Pangkor bkn suka2 tp ikut boss ke Seminar, nanti next enrty kita wat ceritanya ye
ok hari ni nak cerita pasal kuih bengkang ubi kayu ni.  Dulu ada tayang versi kuning sb letak gula putih tp kali ni tukar kaler coklat ni sb letak gula merah. Ubi ni dpt masa blk kg ujung cuti sekolah hari tu. Seminggu jglah baru rajin kopek dan parut ubi ni, sebaik masih elok sb tak ada luka2 pada ubi tu. So dptlah buat bengkang ni @ bingka org KL panggil kan. Aduhhh sedap weh layan bengkang ni, sgt2 lembut dan emmm sedaplah.  wat utk sarapan mama pagi minggu he heee 
Masih resepi sama cuma ukuran agak lebih dari hari tu je dan kita tambah sedikit lg santan  resepi dulu DISINI
okey sampai disini dulu ye....TQQQQ pada ucapkan hepi besday mendoakan yg baik2 dan ucap…

kuih lapis dwi warna

assalamualaikum
salam sejahtera semua terima kasih banyak2 pada yg masih sudi kunjung dan memberi sepatah dua kata disini. Sangat2 menghargainya... semoga anda tak jemu utk dtg lagi ye
Agak sibuk sekarang ni kan, tentu semua sedia maklum, utk menjalankan tanggungjawab baru kini. Kepenatan jg sb tu siang dah tak dpt layan lappy, balik umah pula dlm keletihan kena layan anak2 pula. Kalu letak kepala je kat bantal memang terlelap teruslah he heee ok semalam hari ahad baru berkesempatan main masak2...kebetulan  sambil baking kek pisang pastu terus bancuh buat kuih lapis ni. Bolehlah wat utk sarapan. 2 org anak daraku pula tak sehat demam on off je dlm minggu ni, selera makan pun kurang,,,emmm pening fikir nak kasi makan apa dah. 
Sedap jg layan kuih lapis ni , selak selapis-selapis macam budak kecik... ok resepi sama jg masih guna resepi k.ann dan sukatan digandakan shj. boleh tgk disini

 kuih lapis
sumber resepi kak ann Periuk Tanah. disini olahan Mama Saranur (Sukatan digandakan) bahan-bahannya 3 c…

semperit @biskut dahlia

assalamualaikum
selamat berhari minggu semua hari ke 5 kita semua berada dalam bulan Ramadhan yg mulia ini alhamdulillah, masih blh berpuasa dgn sempurna tanpa sebarang masalah. 
awal lg ikutkan nak baking biskut2 raya ni kan he hee tp terpaksa buat semperit ni awal sebenarnya sb ada request. nak makan2 dlm bulan puasa bukan utk raya. Tak kisahlah tu kan tuan biskut ni nak wat kudapan . Katanya bila raya tak dan nak kunyah2 biskut lg alhamdulillah rezeki kita terima. Lagipun si kenit kat rumah ni pun duk usha suh buat biskut upin ipin ni he hee bolehlah wat kat dia sekali. Kali ni kita wat ikut resepi lain. Biasa resepi lama yg hanya tepung jagung, sgt2 gebus dan rapuh. Resepi kakak sulongku ini resepi rakan fb kak zu, jadi kita cp dari blog kak zu lah ye. tqqq kak zu



SEMPERIT
sumber kak zu
200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan
3/4 cawan gula icing 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepun custard 1 sudu kecil esen vanilla ~ tak letak 1 kuning telor ceri merah ~ hiasan


CARAnya Putar but…