Thursday, July 12

manggis oh manggis


Salah satu buah-buahan tempatan kegemaran saya ialah buah manggis. Pasti ramai  yang sukakan buah manggis ni kan.  pokok manggis ni berbuah di musim buah durian. Kata orang, kalau banyak makan buah durian, bolehlah makan buah manggis banyak-banyak kerana buah ini menyejukkan badan.
 Paling tak lupa saat kait buah manggis  masak yang berwarna ungu dan memakannya di bawah pokok memang syok he he tu dulu2 masa zaman sekolah aaar . Sebab pokok manggis ni memang banyak di tanam orang dulu2. Bersepah kat kampung Yg rendah siapleh panjat lagi. pastu Berebut-rebut ngan kenkawan sapa paling banyak dapat kait. Sedapnya makan pula kat tepi sungai rumah arwah Toklong. 
Tp arwah tok jg selalu pesan jangan makan buah ni kalu dalam pantang  , nak lagi kalu menyusu badan , nanti urat kembang


Sumber mengatakan manggis berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku (Moluccas) di Indonesia. Pokok manggis boleh mencapai ketinggian dari 7 hingga 25 m tinggi (20~80 kaki). Putik manggis berwarna hijau pucat atau putih, semasa dua hingga tiga bulan pembesaran, buah manggis akan berwarna hijau yang lebih pekat. 

Rasa isinya yang lembut dapat digambarkan sebagai manis-manis masam .Manggis memang sedap dimakan pada bila-bila masa, paling sedap ketika menghadapi ‘morning sickness’. Salah satu keunikan manggis ialah, walaupun dari mana datangnya buah manggis itu, rasa isinya tetap sama, berlainan sekali dengan buah durian, rasa isinya banyak dipengaruhi oleh jenis dan di mana ia ditanam. Maknanya, tidak kiralah sama ada ia manggis negeri Perak atau Johor atau Pahang atau Siam sekalipun, rasa isinya tetap sama.



Terlalu banyak khasiat dan kebaikan manggis terhadap kesihatan tubuh. Kandungan flavonoid dan flavon di dalam isi buahnya dikatakan mampu merangsang antioksidan lain termasuklah vitamin C dan E. ini sekaligus menguatkan sistem imun tubuh. Ðari hasil satu penyelidikan, buah asli Asia Tenggara, buah manggis dikatakan dapat menghasilkan xanthone iaitu zat yang terbentuk dari hasil penyisihan kulit buah manggis. Xanthone mempunyai aktiviti anti-inflamasi dan anti-oksidan.

Alpha-mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthone dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit serta mempunyai kesan anti radang lebih baik daripada ubat anti inflamasi lain.

Xanthone jenis ini juga dikatakan mampu menghindarkan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti arthritis dan Alzheimer serta bermanafaat mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor. Kangungan alpha-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria.

Manggis juga mempunyai Cathechins, Polifenol dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen antioksida semulajadi dan juga bahan anti bakteria dan anti kulat. Selain itu, buah manggis juga mengandungi zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.
Selain isi buah manggis yang banyak khasiat, bahagian lain juga boleh digunakan untuk tujuan ubatan. 


Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dn mengandungi astringen.


Masyarakat Cina mengunakan kulit pokok manggis bagi mengubat cirit-birit. Kulit manggis yang telah direbus dikatakan mampu dijadikan ubat sapu bagi melegakan masalah sistitis. Manakala kulit manggis yang telah direndam semalaman dikatakan mampu dijadikan sebagai ramuan masalah cirit-birit kronik.

Hirisan kulit manggis kering yang telah dijadikan serbuk boleh digunakan sebagai ubat yang cirit-birit yang teruk diiringi darah . Ramuan serbuk kulit manggis yang telah dijadikan minyak pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat sapu masalah kulit seperti ekzema



Daun dan kulit pokok manggis pula dikatakan boleh dijadikan sebagai ramuan bagi merawat masalah jangkitan seriawan, cirit-birit, disentri dan masalah urinari. Air rebusan akar pokok manggis pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi mengatur haid. Ekstrak kulit yang dikenali sebagai ‘amibiasine’ pula dikatakan mampu dijadikan ubat bagi rawatan ameba disentri.

13 comments:

  1. Salam mamasara.buah manggis antara buah yg pasti beli bila musimnya. kat Cairo ni pernah jumpa kedai yg jual dt Thai...tp dah kecut sgt buahnya...tak selera nengok nak beli...
    bgmana keadaan ayah mamasaranur...moga bertambah naik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Mamasya, ayah alhamdulillah agak ok cuma masih perlukan jagaan rapi utk sembuh

      Delete
  2. salam mamsara
    baru lps mkn manggis n durian aritu tp semuanya berbeli la..nampak pic tue terasa2 nk mkn lg.

    ReplyDelete
  3. salam Mama SaraNur...tak balik BK ke? ni tgh musim doyan, manggis, rambutan ni !! kalo balik, kirim saya seguni yer...hehehe....(dua hari lepas anak sedara balik BK, katanya buah2 tengah menimbun...biasalah kalau kat BK,durian boleh dapat sebijik 50sen kan...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. CK minggu lepas balik tu yg merasa makan manggis ni he he memang bertinbum durian, lambak2 je
      rambutan kurang manggis ada jg. he he kena bawa lori baru leh bawa blk KL
      insyaallah awal puasa blk lg sb tgk ayah yg tak berapa sehat

      Delete
  4. Selamat pagi Mama Sara Nur,
    banyak khasiat manggis ye Mama Sara Nur.
    Masa kecik-kecik dulu memang suka panjat pokok manggis kat rumah nenek, manggis belum sempat masak pun kami kekah macam monyet! Habis keluar getah manggis dari kulitnya yang masih keras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita, bila musim memang duk bawah pokok manggis je he he
      kalu yg belum masak pun sedap isinya keras2 he he

      Delete
  5. Ooo.. lamanya tak makan manggis. Dulu masa kecil kalau musim buah manggis tempat bundo adalah dicelah-celah dahan pokok manggis.

    ReplyDelete
  6. suka sangat makan manggis...rupenya manggis ni kalau masak kena petik kalau dh jatuh ketanah akan jd keras....sebb kt kpg ucu jarang@takde org tanam manggis
    tpi kalau ucu pulak makan manggis dgn durian sekaligus sah2 kepala pusing 360 darjah..

    ReplyDelete
  7. lama tk makan manggis. kat sini ada jual tapi tersangat mahal kalau tukaran matawang 4 biji RM16. huhu..

    ReplyDelete
  8. jarang jumpa buah manggis..klu durian/rambutan tu melambak jumpa kat sini.Ingat dulu kat kg byk tanam pokok manggis..skrg semua habih ditebang.

    ReplyDelete
  9. alahai sedapnye...lama dah tak makan manggis nih

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...