Tuesday, July 31

kuih lapis lg


assalamualaikum

Satu keseronokan di bulan Ramadan ialah bila berpeluang tukar-tukar makanan dengan jiran-jiran kan. Menambah penuhkan meja takkala berbuka puasa. Kalau kat kampung dulu2 zaman sekolah rendah ada la trend macam ni tp skrg ni jarang dah kot.  Entah mana hilangnya, semangat kejiranan....Dulu tak ada bazar ramadan skrg kat kg bukan main ramai lg yg duk meniaga makanan ni, kuihmuih pun macam2 ada. Sb tu org kat kg pun keluar beli setakat singgit dua kuihmuih ni.
tp kat Kolumpur alhamdulillah masih ada jiran2 yg rajin hantar makanan ni. Walaupun tak semua, hari ni jiran sebelah kiri  esok jiran belakang. Untungkan...
tp bila org ngantor makanya kita kenalah membalasnya ye tak. he he Sebenarnya elok la gini kan kadang2 teringin nak makan bila buat mcm banyak la pulak so nilah peluang kasi jiran2 rasa airtangan kita. daripada tak habis membazir..

macam kuih lapis ni la, buatnya seloyang, makannya takpun habis seloyang pun, maklumlah menu lain tersedia tu. Bila bg jiran sepiring , dibalasnya semangkuk meehon goreng, bukanlah mengharapkan balasan tp terasa nikmat di bulan mulia ni...bertambah semangat rajin nak masak2 lg kan
Semangat kejiranan tu yg penting,,,

oklah jap lg budak2 nursery nak bangun, baik cepat2 menulis he he
kuih lapis ni dah beberapa kali tayang kat entry , masih resepi yg sama.  boleh tgk kat enty sebelum ni ye.
tak sempat nk c/p resepi lg sekali

SELAMAT BERBUKA PUASA..

9 comments:

  1. Boleh lah kita tukar2 kuih yer Mama... k.gee ada kuih talam pisang yg sedap dan teringin nk merasa kuih lapis merah mengancam tu....

    ReplyDelete
  2. Seronokkan jiran tetangga hulur menghulur bila dah petang nak buka puasa... memang betul tu Mama Sara Nur, kalau buat kuih tak habis nak jamah semua, eloklah bagi2 sesama jiran.

    ReplyDelete
  3. amboii rajinnye mlapis...bestnye klau jdi jiran Mama..dpt mrasa kuih lapis yg sedap tu...

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat bertukar2 juadah kan..terasa erat hubugan kejiranan..rajin tul melapis..yummy dh lsms x msksn kuih lapis.:)

    ReplyDelete
  5. ms sya kecik2 dlu suka makan kuih ni sbb warna dia pink2... :)

    ReplyDelete
  6. betul kata nuri.. dulu2 kat kg mcm dah jd tradisi tiap kali bulan puasa... beberapa jiran terdekat pasti dtg hantar kuih berbuka.. bukan setakat kuih berbuka.. malah pagi raya pun masing2 dtg dengan pinggan besar ngan kuih2 kering & kuih2 basah hantar dari satu rumah ke rumah... mak2 kita pulak kalau buat kuih pun kena bulat lebih sbb nak bagi jiran2 juga.. kdg jiran tak bagi.. kita yang bagi.. esoknya.. dia pulak bg kita kuih nak pulangkan piring kita.. hehe... seronok dpt bertukar2 kuih... skrg ni keadaan tu dah semakin hilang.. kalau ada pun mungkin hanya jiran2 sebelah rumah je...tu pun sekali sekala je kan... mungkin faktor usia mak2 kita... dorang pun dah semakin tua.. dah tak rajin nak buat2 kuih2 lagi sedangkan yang mkn cuma dua mulut... anak2 semua dah bekeluarga... jd taknak membazir.. disamping tu mungkin dorang sendiri pun kurang sihat.. tak boleh nak mkan mcm2 sperti dulu2 masa waktu muda zaman kita kecik dulu.... lagipun.. mcm zila kata skrg ni dah byk bazar2 ramadhan yg jual mcm2 jenis kuih.. jd kalau teringin sgt beli je seringgit dua... pun dah cukup utk mereka kan... now giliran kita pula bertukar2 juadah ngan jiran tetangga.. entah2 bila kita dah tua esok2.. dah malas juga nak buat mcm skrg ni.. hehehe... ibarat mcm roda kan...

    ReplyDelete
  7. betul tu kak, kadang2 kita makan pun tak habis, tp kalau dah pasang niat nak bagi kat jiran laagilah elok.

    ReplyDelete
  8. kemas dan cantik lapisannya. sedap!

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...