Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

kuih lapis lg

assalamualaikum
Satu keseronokan di bulan Ramadan ialah bila berpeluang tukar-tukar makanan dengan jiran-jiran kan. Menambah penuhkan meja takkala berbuka puasa. Kalau kat kampung dulu2 zaman sekolah rendah ada la trend macam ni tp skrg ni jarang dah kot.  Entah mana hilangnya, semangat kejiranan....Dulu tak ada bazar ramadan skrg kat kg bukan main ramai lg yg duk meniaga makanan ni, kuihmuih pun macam2 ada. Sb tu org kat kg pun keluar beli setakat singgit dua kuihmuih ni. tp kat Kolumpur alhamdulillah masih ada jiran2 yg rajin hantar makanan ni. Walaupun tak semua, hari ni jiran sebelah kiri  esok jiran belakang. Untungkan... tp bila org ngantor makanya kita kenalah membalasnya ye tak. he he Sebenarnya elok la gini kan kadang2 teringin nak makan bila buat mcm banyak la pulak so nilah peluang kasi jiran2 rasa airtangan kita. daripada tak habis membazir..
macam kuih lapis ni la, buatnya seloyang, makannya takpun habis seloyang pun, maklumlah menu lain tersedia tu. Bila bg jiran sepiri…

ubi kayu rebus gula merah

assalamualaikum
Selamat menjalani ibadah berpuasa buat semua. Alhamdulillah hari ke sepuluh sudah kita berada dlm bulan ramadhan yg mulia ini. pejam celik je kan, rata-rata dah sibuk tayang biskut raya ye tak.

semalam sempat rebus ubi kayu yg dibeli kat nsk ni, beli seketul je untuk lepaskan keinginan. Lama jugak tak layan ubi kayu ni, kalu balik kg tu selalunya mak tanya nak ke korek ubi tp kebelakangan ni balik x sempatlah sb balik pun sb keaadaan pak yg tak sehat. Jadinya tak berpeluang intai apa yg ada sekeliling.
masa g nsk ternampak ubi ni terus ambik seketul.

feberet dulu2 takkala zaman sekolah lg ni.

resepinya simple jugak cuma bersihkan ubi dan rebus dgn air dan sedikit garam
dah agak empuk bolehlah toskan dulu
dlm periuk lain masakkan gula merah campur sedikit gula putih bersama sedikit air,
utk lebih harum masukkan sehelai daun pandan
jgn banyak sgt air nanti kuahnya banyak sb ikut cara mak sedap pekat2
dah pekat gula bolehlah masukkan ubi yg telah ditos tadi
dan siap utk…

alhamdulillah.....fruit coktail utk berbuka

assalamualaikum semua alhamdulillah...perkhabaran yg mengembirakan bila pak dibenarkan utk balik rumah  setelah 5 hari berada kat wad. Syukur sangat2, pak jg nampak baik dari sebelumnya. Tak putus2 doa dipanjatkan agar kesihatan ayahandaku pulih walaupun tak sepenuhnya tp tetap bersyukur. Ya Allah  Berilah kami anak-anaknya ini peluang untuk terus berbakti kepada ibu dan bapa diatas segala pergorbanan mereka berdua. Sukar nak digambarkan takkala melihat pak menanggung kesakitan seperti ini..kalaulah boleh kutanggung pasti aku akan menerimanya..

seminggu sudah kita menjalani ibadah berpuasa, pantas kan masa berlalu. Hari sebelum ni memang asyik tapau je, tak ada mood pun nak masak2. Tp tiba-tiba sangat teringin nak makan fruit coktail ni.
ahhh lega dpt hirup buah-buah dalam tin gini...sedapp.
resepi yg simple cuma masukkan dlm mangkuk dan Tambah air  laici dalam tin serta hirisan tembikai.letak ais batu sikit. nak lg sedap letak aiskrim vanila kan.
memang sedap. Semalam jenuh jg cari…

tapau hari-hari....terima kasih semua

assalamualaikum
hari ni hari ke 6 kita berpuasa ..hari ke 4 jg pak berada di wad. Hari2 juadah berbuka beli ala kadar,  bungkus mee goreng pun ok dah.cukuplah alas perut kan. Pak pulak alhamdulillah ok sikit ,walaupun masih lemah sb tak ada selera nak makan. nak lagi makanan kat spital ni kan. Kesian tgk pak, makan ini tak sedap, itu tak sedap macam2 pulak tu pantang larangnya, berminyak, manis ,masin semua tak boleh. Makan buah pulak menjadi-jadi batuknya. Aisshh pening jugak duk fikir apa yg nak suh pak makan ni..
dlm pada tu duk tertanya-tanya apa agaknya en. suami dan anak -anak  beli utk  berbuka disana.
mesti kakak dan abang is beli mcm2 ni, tau je lah kan budak2. Masa lapar semua nak, nampak sedap je tp bila time berbuka sikit je makannya. Abang is paling suka buah melaka, si kakak kalu ada nasi beriyani ok sangatlah tu. air pulak mesti sorang 2 gelas...betul2 melantak depa ni..kan


Berbanyak-banyak terima kasih pada yg memberi kata2 semangat dan mendoakan ayahandaku ini cepat …

dugaan di bulan Ramadhan

Assalamualaikum
Hari ke 4 kita semua menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yg mulia...seronok tgk yg berkesempatan menyediakan menu2 utk berbuka mahupun bersahur buat keluarga tersayang. Pastinya lazat2 dan memenuhi selera kan. Insyaallah ada kesempatan teringin sekali nak menyediakan jg. Cuma masa dan keadaan  tidak mengizinkan.
Bila jadi begini berbuka dgn segelas air pun kenyang rasanya. Dah tak terfikir makanan2 lazat yg sebelum ni terbayang-bayang... Dalam kepala ikutkan macam2 plan nak masak. apapun Tetap bersyukur walaupun puasa kali ini keluargaku diuji dengan keadaan kesihatan pak(ayah) kat kampung yg tidak memuaskan. Dugaan..
 Hari ke 3 puasa pak kena tahan di wad lg sebab sakit dada dan sesak nafas.  Hati ni memang la sedih. tp akan sentiasa cuba ingat pada kata2 Hidup kita manusia akan sentiasa diberi musibah dan ujian di dunia sementara ini. Pasti Allah telah aturkan yg terbaik buat kita kerana setiap yg berlaku ada hikmahnya

sebagai anak tetap mendoakan pak sembuh sep…

Selamat berpuasa semua

assalamualaikum semua
alhamdulillah ...sampai jg akhir Ramadhan kali ini. Syukur kerana masih diberi peluang utk menjalani ibadah kali ini. Semoga kita semua sama2 menghayati erti ramadhan yg sebenarnya.
SELAMAT BERPUASA SEMUA

hari ni nak tayang masak lemak kuning ikan kap rumput yg en.suami dapat tempohari. Dah beberapa minggu masaknya tp baru hari teringat nk letak entry he he ikan kap ni suami dpt hasil dgn jala di kolam ye , kat kampung hari tu. Alhamdulillah memang sedap ikan ni isinya putih je, manis sb ikan baru dpt dan dari kolam air bukit pulak tu emmm memang sedap tau rasanya blogger pakar dlm bab masak2 lemak ni kan. Biasa2 je masaknya janji ada kunyit, santan cukup lemaknya, cili padi sikit sb sI sara ni tak mau pedas tp masak lemak memang feberet dia.  nak lagi kalu yg opah buat uihhh laju je dia makan nasi. suker tgk kalu dia makan nasi ngan masak lemak kuning stail opah ni he he
okey jumpa lagi ye... SELAMAT BERPUASA YE BUAT SEMUA TEMAN2..

birthday adryn Mariam @ cucuku

macaroni goreng





pulut durian santan ganti nasi

ASSALAMUALAIKUM

mood nak memasak memang tak ada, masak pun yg mudah ahamdulillah dikurniakan anak2 dan hubby  yg suka makan simple goreng fries, goreng nugget, goreng telur hu hu terukkan mama ni rentah kenapa, makan pun rasanya malas hu hu tp terpaksa makan jg kan...alangkah bagusny kalau tak makan tp masih boleh kan kehidupan tanpa masalah lapar atau peningg
merepek agaknya hu hu

balik kg baru2 ni dpt merasa lg pulut durian dgn santan gini, kali ni memang pulun sakan. memang tak pandang nasi dh kalu ada pulut ni.

jom layan ye..

http://www.youtube.com/watch?v=bKzXPIqrx6k&feature=player_embedded

manggis oh manggis

Salah satu buah-buahan tempatan kegemaran saya ialah buah manggis. Pasti ramai  yang sukakan buah manggis ni kan.  pokok manggis ni berbuah di musim buah durian. Kata orang, kalau banyak makan buah durian, bolehlah makan buah manggis banyak-banyak kerana buah ini menyejukkan badan.
 Paling tak lupa saat kait buah manggis  masak yang berwarna ungu dan memakannya di bawah pokok memang syok he he tu dulu2 masa zaman sekolah aaar . Sebab pokok manggis ni memang banyak di tanam orang dulu2. Bersepah kat kampung Yg rendah siapleh panjat lagi. pastu Berebut-rebut ngan kenkawan sapa paling banyak dapat kait. Sedapnya makan pula kat tepi sungai rumah arwah Toklong. 
Tp arwah tok jg selalu pesan jangan makan buah ni kalu dalam pantang  , nak lagi kalu menyusu badan , nanti urat kembang


Sumber mengatakan manggis berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku (Moluccas) di Indonesia. Pokok manggis boleh mencapai ketinggian dari 7 hingga 25 m tinggi (20~80 kaki). Putik manggis berwarna hijau pucat atau puti…

kek pelangi-semoga serimu menyinariku

assalamualaikum
alhamdulillah bertemu lagi...dah siap pakai baju ye kek rainbow ku he he dah tak seksiiiii ala pakai baju yg comot2 je, sb tukang pakaikan tu tak berapa gembira. Hati masih lg berduka lara  hu hu hentam je lah...minggu yg cukup serabai rasanya,macam2 dlm fikiran ni,badan je masih disini hati fikiran melayang-layang kat kg tu, kalaulah boleh terbang sekarang jg pasti terbang ke sana. setiap hari mendoakan..semoga ayah tercinta kembali seperti biasa.
namun dari kejauhan ini hanya doa yg dpt dilakukan...
insyaallah, petang jumaat akan bertolak ke kampung menjenguk ayah dan mak. Apapun yg berlaku kelak akan diterima dgn redha. Keluarga adalah segalanya walaupun kerjaya kini amat disenangi.. Doakan yg terbaik ye buat kami sekeluarga...
ok jumpa lg babaiiiiiiiiiiii

kek rainbow yg tak pakai baju

assalamualaikum semua
taraaaaaaaaaa kek raibow impian sudah keluar tp malu la he he post gambar kek tanpa baju ni.  tak sabau2 nk posink kan. dahlah comot-comot tu
kes tak cukup krim he he kena ke kedai cari krimwell dulu la pulak.
kek rainbow ni terhasil ada bersebab tau he he ....ceritanya bila tinggal telur putih dlm mangkuk , telur kuningnya sudah kena adun utk sapu biskut mazola dan jg wat krim kastad tart fruit. Itulah maka terhasilnya kek rainbow ni...
tak nk citer panjang2 ye sb hati tengah berduka, tp cuba ceriakan dgn kek warna warni ni. nanti post lg gambar yg siap make-up ok.
resepi boleh rujuk  disini ye blog JUICY CAFE
TERIMA KASIH ...jumpa lggggiiii