Skip to main content

buah sentul...kian pupus di telan zaman

 assalamualaikum

Hari nak ni share satu kisah buah tempatan yg tidak dikenali lg, terutama generasi skrg. Nama pun bila disebut diketawakan dek anak2. Buah apa tu ??? penuh persoalan. Tak penah la tengok, macam2 ditanya dek anak2.Yg depa kenal buah durian, manggis rambutan, langsat  cempedak, nangka. Kalu zaman mama kanak2 dulu dulu2 macam2 jenis lg buahan tempatan yg sedap. Buah staq, buah rambai, buah tampoi, buah sengkuang.buah salak.semuanya belasah je he he tak kira buah memang suker sgt.
 Bila tiba musim durian, buah sentul jg pun ada kira semusim yg sama.


 

Tapi sekarang susah nak jumpa sebab tu kebanyakan generasi muda tidak mengenali buah ini.
Buah yang mempunyai keluarga yang sama dengan buah nangka ini berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi kuning apabila masak. Dikampung-kampung di Malaysia terdapat 2 jenis buah sentul. satu jenis mempunyai kulit yang tebal dan rasanya masam-masam kelat.Satu jenis lagi mempunyai kulit yang nipis dan kurang masam dan tidak berapa kelat.Buah sentul jenis ini juga dikenali dengan nama buah stia. Bahagian isinya sama sahaja dengan yang berkulit tebal. isi Buah sentul berulas-ulas seakan-akan buah manggis. Isinya melekat pada biji dan tidak akan tertanggal dari bijinya.Kulit buahnya juga dimakan .
kalu dihiris kulit luarnya , kulit dalam dalam masih boleh dimakan.

Pokok sentul besar dan merupakan antara jenis pokok balak. Sentul membiak menggunakan biji benih. penyebaran biji benih dilakukan oleh haiwan terutamanya burung.
 

 pokok sentul yg ni kata ayah kacukan sb tu buahnya agak besar berbanding sentul kampung. Nasib baik kan ayahku menanamnya kat kebun belakang umah ,dptlah merasa dan tunjuk kat anak2. Pokok lama2 tu semua dah tinggal kenangaN. Dulu berebut ngan kawan2 cari buah ni tau, tnggu yg gugur kalernya kekuningan. Tp yg ni daku jolok he he sb kalu tak jolok tak merasalah, jadi habuan haiwan lain dulu.

Rasanya masam2 manis. Bila suruh anak2 rasa masamnya kata kakak he he tp kalu dah cukup masak taklah masam sgt.


Comments

  1. Pernah makan,sedap juga isi buah sentul ni.Betul tu skg susah nak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa masam manis kan, alhamdulillah ada kat kg dekat rumah ayah akak

      Delete
  2. hehe...QH pon xkenalll buah sentul ni...baru tahu skrg ni..tq bkongsi info..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. QH he he sama2 nanti boleh jalan2 kampung akak kat Perak tgk ye

      Delete
  3. Salam Mamasaranur.buah sentul....lama tak jumpa buah ni,betul tu skrg susah nak jumpa buah ni. suka buah sentul jeruk....kalau mkn gitu tak tahan masamnya....
    cantik kek chiffon 3 warna kat bawah tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wat jeruk sedap
      alhamdulillah sb ayah ada tanam pokok sentul ni dekat dgn rumah di kg tu dptlah merasa lagi bila berbuah. pokok2 yg dulu semua dah tak ada ditebang atau terbiar semak. entah ada ke lagi he he

      Delete
  4. salam rindu mama sara...takyah le budak2..yg tua ni pon tak penah tgk...hehehe..cam tu roper nya yea...timer ksih cikgu!

    ReplyDelete
  5. Asslm mama sara...first time tgk buah sentul... tq 4 sharing. btw, kita dah buat kuih laps paling besttt mamasara...mmg bestttt...puas hati dpt makan kuih lapis kat nihon

    ReplyDelete
  6. namanya selalu dengar....tapi tak pernah makan buah tu..jakunnzzz

    ReplyDelete
  7. assalam nuri...
    akak pun suka ngan buah sentul tu... selain mkn mcm tu je kalau belah t'ganu biasanya dibuat jeruk mcm akak buat jeruk buah kedondong kat dlm fp tu. mmg sedaplah.. tiba2 kecur air liur.. kami pulak selalu mkn collek atau cicah ngan garam belacan kata org bandar...

    p/s: dpt juga jumpa dgn nuri kan... comel kecik molek orgnya... ada rezeki nnt kita jumpa lagi ye... hari tu segan2 nak sembang byk.. hehe..

    ReplyDelete
  8. greetings!!

    can someone please tell me where I can buy sentul? I need to give it to a friend as a promise.

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis

Popular posts from this blog

bengkang ubi gula merah

assalamualaikum 
apa khabar semua ye? alhamdulillah sehat2 hendaknyalah kan walaupun penat sb baru balik dari Pulau Pangkor tp gagahkan jg wat entry tau. he hee semangat ni selepas mendengar taklimat2 disana . Rindu kalau tak buat enrty lebih 3 hari Ke Pangkor bkn suka2 tp ikut boss ke Seminar, nanti next enrty kita wat ceritanya ye
ok hari ni nak cerita pasal kuih bengkang ubi kayu ni.  Dulu ada tayang versi kuning sb letak gula putih tp kali ni tukar kaler coklat ni sb letak gula merah. Ubi ni dpt masa blk kg ujung cuti sekolah hari tu. Seminggu jglah baru rajin kopek dan parut ubi ni, sebaik masih elok sb tak ada luka2 pada ubi tu. So dptlah buat bengkang ni @ bingka org KL panggil kan. Aduhhh sedap weh layan bengkang ni, sgt2 lembut dan emmm sedaplah.  wat utk sarapan mama pagi minggu he heee 
Masih resepi sama cuma ukuran agak lebih dari hari tu je dan kita tambah sedikit lg santan  resepi dulu DISINI
okey sampai disini dulu ye....TQQQQ pada ucapkan hepi besday mendoakan yg baik2 dan ucap…

kuih lapis dwi warna

assalamualaikum
salam sejahtera semua terima kasih banyak2 pada yg masih sudi kunjung dan memberi sepatah dua kata disini. Sangat2 menghargainya... semoga anda tak jemu utk dtg lagi ye
Agak sibuk sekarang ni kan, tentu semua sedia maklum, utk menjalankan tanggungjawab baru kini. Kepenatan jg sb tu siang dah tak dpt layan lappy, balik umah pula dlm keletihan kena layan anak2 pula. Kalu letak kepala je kat bantal memang terlelap teruslah he heee ok semalam hari ahad baru berkesempatan main masak2...kebetulan  sambil baking kek pisang pastu terus bancuh buat kuih lapis ni. Bolehlah wat utk sarapan. 2 org anak daraku pula tak sehat demam on off je dlm minggu ni, selera makan pun kurang,,,emmm pening fikir nak kasi makan apa dah. 
Sedap jg layan kuih lapis ni , selak selapis-selapis macam budak kecik... ok resepi sama jg masih guna resepi k.ann dan sukatan digandakan shj. boleh tgk disini

 kuih lapis
sumber resepi kak ann Periuk Tanah. disini olahan Mama Saranur (Sukatan digandakan) bahan-bahannya 3 c…

semperit @biskut dahlia

assalamualaikum
selamat berhari minggu semua hari ke 5 kita semua berada dalam bulan Ramadhan yg mulia ini alhamdulillah, masih blh berpuasa dgn sempurna tanpa sebarang masalah. 
awal lg ikutkan nak baking biskut2 raya ni kan he hee tp terpaksa buat semperit ni awal sebenarnya sb ada request. nak makan2 dlm bulan puasa bukan utk raya. Tak kisahlah tu kan tuan biskut ni nak wat kudapan . Katanya bila raya tak dan nak kunyah2 biskut lg alhamdulillah rezeki kita terima. Lagipun si kenit kat rumah ni pun duk usha suh buat biskut upin ipin ni he hee bolehlah wat kat dia sekali. Kali ni kita wat ikut resepi lain. Biasa resepi lama yg hanya tepung jagung, sgt2 gebus dan rapuh. Resepi kakak sulongku ini resepi rakan fb kak zu, jadi kita cp dari blog kak zu lah ye. tqqq kak zu



SEMPERIT
sumber kak zu
200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan
3/4 cawan gula icing 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepun custard 1 sudu kecil esen vanilla ~ tak letak 1 kuning telor ceri merah ~ hiasan


CARAnya Putar but…