Skip to main content

RVC for Birthday brother Salam

 Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali

Seminggu tak jengguk blog, rinduuuu sgt rasanya. Tentu dah banyak ketinggalan ni kan. Alhamdulillah malam minggu ni berkesempatan nak update dan ngadap pc puas2 tanpa gangguan .
Lepas balik dari kampung ni barulah ada peluang nak ngadap. pasni  nak edit gambar 2 kecerian di kampong wat kenangan dan tatapan yg sudi. 
Sebelum tu layan dulu kek RVC  topping cheese ni ye, kek birthday utk brother Salam @ adik lelakiku yg duk di Penang sanun. Birthdaynya jatuh pada 21hb april yg lalu dan sebelum tu 20hb april birthday kakak yg duk Taiping. Share kek sebab dekat2 tarihknya he he

 Alhamdulillah kek rvc ni jadi elok dan rasanya pun sedap . Disukai ramai he he Mula2 pening jugak duk fikir kek apa la wat ni last2 yg nilah jadinya. Sebelum ni ada try kali pertama utk besday kakak Tisha tp guna resepi lain, besar betul keknya tp kali ni cari-cari resepi yg sukatan sikit. Taklah besar kira sedang2 je. Letak krim cheese emmm memang la sedapkan cuma kaler tak merah .

RED VELVET 

resepi oleh Ila Ahmad my resepi
olahan Mama saranur

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cwn  tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan sebuk koko
  • 1/2 cwn mentega
  • 1 1/2 cwn gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cwn susu segar (dicampur dgn perahan 1 sudu makan cuka dan dibiarkan 10 minit)
  • 1 sudu teh  pewarna merah - warna dia kurang merah
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 dudu teh baking soda 
  •  
  • BAHAN TOPPING
  • 250gm cream cheese, 30 gm mentega, dan 1 sudu makan susu segar.

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan sebuk koko . ketepikan.
  2. Pukul mentega hingga lembut  Tambah gula dan pukul hingga ringan 
  3. Masukkan telur satu persatu dan tambah esen vanila. Pukul semula hingga sebati.
  4. Masukkan buttermilk selanseli dgn tepung pukul dengan kelajuan sederhana 
  5. Masukkan pewarna merah.
  6. Dalam mangkuk kecil, campurkan bhn cuka dan baking soda(biarkan berbuih dan tuang ke dalam adunan kek . kacau sebati menggunakan senduk.
  7. Bakar 170 C selama 25-30 (bergantung pada oven masing-masing.
  8. sejukkan dan hias dengan cheese cream topping. 
 CREAM CHEESE TOPPING
  1. pukul cream cheese dan mentega hingga lembut dan gebu. campurkan perahan lemon dan esen vanila.
  2. sapukan pada keseluruhan kek dan boleh hiaskan  mengikut selera masing2. 

Comments

  1. cantik deco kek ni...simple n kemas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq QH masih dlm pembelajaran he he

      Delete
  2. TQ Rohah
    sikit2 je he he tp kalu tgk betul2 taklah cantik

    ReplyDelete
  3. salam sara,

    mala ambik resepi ya. ntah bila boleh start baking balik. anak dah teringin nak makan homemade cake.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Mala
      ambik le he he taper bila dah ok nanti mesti berdesup menu2 kek mala

      Delete
  4. Salam Mamasaranur.RVC..bila nak buat lagi..anak2 suka kek ni.

    ReplyDelete
  5. salam mama sara..sib baik arittu ada org faraid sebiji RV kapkek kt teman...kalo tak jenuh plak lap air lior nengok kek sedap tu..
    skrang tepen musim apa..ada derian k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Ummi
      kat tepen derian lum masak he he bln 6 atau 7 kot

      Delete

Post a Comment

kata-kata manis

Popular posts from this blog

bengkang ubi gula merah

assalamualaikum 
apa khabar semua ye? alhamdulillah sehat2 hendaknyalah kan walaupun penat sb baru balik dari Pulau Pangkor tp gagahkan jg wat entry tau. he hee semangat ni selepas mendengar taklimat2 disana . Rindu kalau tak buat enrty lebih 3 hari Ke Pangkor bkn suka2 tp ikut boss ke Seminar, nanti next enrty kita wat ceritanya ye
ok hari ni nak cerita pasal kuih bengkang ubi kayu ni.  Dulu ada tayang versi kuning sb letak gula putih tp kali ni tukar kaler coklat ni sb letak gula merah. Ubi ni dpt masa blk kg ujung cuti sekolah hari tu. Seminggu jglah baru rajin kopek dan parut ubi ni, sebaik masih elok sb tak ada luka2 pada ubi tu. So dptlah buat bengkang ni @ bingka org KL panggil kan. Aduhhh sedap weh layan bengkang ni, sgt2 lembut dan emmm sedaplah.  wat utk sarapan mama pagi minggu he heee 
Masih resepi sama cuma ukuran agak lebih dari hari tu je dan kita tambah sedikit lg santan  resepi dulu DISINI
okey sampai disini dulu ye....TQQQQ pada ucapkan hepi besday mendoakan yg baik2 dan ucap…

kuih lapis dwi warna

assalamualaikum
salam sejahtera semua terima kasih banyak2 pada yg masih sudi kunjung dan memberi sepatah dua kata disini. Sangat2 menghargainya... semoga anda tak jemu utk dtg lagi ye
Agak sibuk sekarang ni kan, tentu semua sedia maklum, utk menjalankan tanggungjawab baru kini. Kepenatan jg sb tu siang dah tak dpt layan lappy, balik umah pula dlm keletihan kena layan anak2 pula. Kalu letak kepala je kat bantal memang terlelap teruslah he heee ok semalam hari ahad baru berkesempatan main masak2...kebetulan  sambil baking kek pisang pastu terus bancuh buat kuih lapis ni. Bolehlah wat utk sarapan. 2 org anak daraku pula tak sehat demam on off je dlm minggu ni, selera makan pun kurang,,,emmm pening fikir nak kasi makan apa dah. 
Sedap jg layan kuih lapis ni , selak selapis-selapis macam budak kecik... ok resepi sama jg masih guna resepi k.ann dan sukatan digandakan shj. boleh tgk disini

 kuih lapis
sumber resepi kak ann Periuk Tanah. disini olahan Mama Saranur (Sukatan digandakan) bahan-bahannya 3 c…

semperit @biskut dahlia

assalamualaikum
selamat berhari minggu semua hari ke 5 kita semua berada dalam bulan Ramadhan yg mulia ini alhamdulillah, masih blh berpuasa dgn sempurna tanpa sebarang masalah. 
awal lg ikutkan nak baking biskut2 raya ni kan he hee tp terpaksa buat semperit ni awal sebenarnya sb ada request. nak makan2 dlm bulan puasa bukan utk raya. Tak kisahlah tu kan tuan biskut ni nak wat kudapan . Katanya bila raya tak dan nak kunyah2 biskut lg alhamdulillah rezeki kita terima. Lagipun si kenit kat rumah ni pun duk usha suh buat biskut upin ipin ni he hee bolehlah wat kat dia sekali. Kali ni kita wat ikut resepi lain. Biasa resepi lama yg hanya tepung jagung, sgt2 gebus dan rapuh. Resepi kakak sulongku ini resepi rakan fb kak zu, jadi kita cp dari blog kak zu lah ye. tqqq kak zu



SEMPERIT
sumber kak zu
200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan
3/4 cawan gula icing 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepun custard 1 sudu kecil esen vanilla ~ tak letak 1 kuning telor ceri merah ~ hiasan


CARAnya Putar but…