iklan

Wednesday, 9 May 2012

cucur gelang keledek @ keria

assalamualaikum

meh makan cucur gelang ye, takpun nama yg glamour sikit kuih keria. Kitaorg biasa panggil cucur gelang je. he he. kuih kesukaan anakanda2, Masa zaman sekolah rendah dulu selalu nampak mak susun atas meja pagi2 untuk dihantar ke kedai kopi. Masa bila mak duk ngentel entahlah sb anak2nya tau tido je. 
Bezanya mak wat cucur gelang versi ubi kayu.
Dapatlah tumpang seketul dua tuk sarapan pagi sebelum g sekolah.  sedapkan cucur gelang ni nak2 lagi sb bergula diluarnya tu. Gula sira kaler putih. S ebab si mama suker makanya si anak2 pun ikut suker cucur ni terutama si abang Is. Balik kampung mesti dan wajib membuatnya he he 


Tp kan balik kampung kali ni tak korek ubi kayu la pulakkk maklumlah musim hujan kata mak ubi tak elok. So tu yg jadinya cucur gelang ni kaler oren sb guna keledek oren tu. Keledek dari Penang tu jauhhh Sil bawa balik sb katanya keledek ni lawa je he he


 mak kita buat memang tak sukat2 pun, yg penting bila campur tepung tu pastikan elok je lembutnya. senang nak wat gelang tu. Kalau tepung banyak kang mesti keras lak kalu kurang pun tak jadi gak. Susah gak mula2 tu nak agak tp lama 2ok la kan he he dua tiga kali wat baru pas ni tau. Bab sira gula tu lagilah kadang jadinya elok bila putih cantik dan rata.

CUCUR GELANG

Bahan-bahan

  • 2 ketul ubi keledek oren yg sederhana
  • 1 cawan tepung gandum@ 1/2 Cawan lagi utk letak masa nak wat gelang tu(elakkan tangan meleket)
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Rebus ubi keledek bersama sedikit garam  hingga empuk.
  2. dah empuk Toskan airnya 
  3. Lenyek 2 hancur masa ubi masih panas.
  4.  kemudian bolehlah  sejukkan dulu
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
  6. dan buatlah bentuk seperti gelang 
  7. siap semua baru di goreng. 
 sira gula
  1. masak gula dgn air dalam kuali lain.
  2. Didihkan gula hingga pekat.
  3. Masukkacucur tadi  dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  4. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  5. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  6. siap

TERIMA KASIH




4 comments:

  1. sedapnya dh lama xbuat n makan..hehehe

    ReplyDelete
  2. oo..sy ingt slamani gula yg dimesin tu ditabur cmtu jer..hihih

    ReplyDelete

kata-kata manis