Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

ubi keledek ball

assalamualaikum

tinggal sehari lg akan melangkah ke bulan June...jap je kan takleh citer banyak2 sb kesihatan agak kurang baik hari ni hu hu gastrik melanda lg, tu la salah sendiri semalam buzy membaking cc sampai tak ingat nak makan pagi ,tengahari, makan pun dah lewat petang sendiri bikin susahkan..bila dtg gastrik ni kepala pun ting tong macam2lah macam dipusing terbalik je..

projek hari ahad lepas  ubi keledek kuning dibuat bola bulat2 he he wwalaupun plan asal masa beli ubi ni nak wat cucur gelang. last2 bulat-bulatkan je senang cepat habis kan. taburkan dgn gula halus isshhh malas punya kerja ni apapun yg penting laku, sekejap je nih habissss dibaham oleh si abang Is tu
tinggal 2 biji je utk mama he he resepi sama cam wat cucur gelang ataupun keria ye utk resepi boleh jenggah disini .http://www.myresipi.com/top/detail/3858

ok semoga bertemu lagi salam terima kasihhh

kek pisang lagi

assalamualaikum
hari kedua cuti persekolahan yg amat amat kecoh huwaaaa bising gamat ngan suara budak2 ni. dari tiga tambah lagi 3.  3 orang lagi budak (anak SIL) memang kecoh habisss hyperaktif  kot..he he


dari pening2 kepala marah2 kat diorg baik baking apa yg patut ye tak he he lagi baik wat kek pisang boleh juga makan waktu petang2. Kek pisang entah kali keberapa dah buat ni. Selalu anak buah yg duk Desa Pandan tu duk request order. memang feberet dia anak beranak. Kalau order mesti 2 ketul kalu satu x cukup kang abahnya x dapat rasa, habis kat anak2nya 4 orang tu je.

resepi pun masih sama, suker ngan resepi ni sedappp. lembut gebus.

selamat bercuti & sedapnye tepung bungkus

gambar dari google


 assalamualaikum
selamat bercuti...cuti persekolahan pengal kedua  sukenya adik-adik  bila bgtau cuti kan  tp tidak pada yg akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR , SPM DAN STPM kan. Walaupun cuti tp dipenuhi dgn kelas tambahan dan sebagainya ye tak..
riuhrendahlah umah tok wan, tokki, opah, nenek, atuk2 kat kampung time cuti ni ye bila anakcucu pakat balik ramai2. citer balik kg haa kita pun tak sabar nak balik kampung ni tp kena minggu kedua cuti hu hu minggu pertama ni kena penuhi permintaan anak sedara wat cupcake utk majlis perkahwinannya. Walaupun cuti mama buzy tau...buzy ngadap oven lak he he
hari ni kita tayang gambar tepung bungkus, inti kelapa gula merah. sedappp woo he he kesukaanku dulu kini dan selamanya. layan je lah ye. Mungkin ada yg tak penah makan, rasanya lemak2 dan bila ada inti kelapa gula merah ni jadinya lemak2 manis he he tepung bungkus ni diperbuat daripada tepung beras dimasak dgn santan sehingga pekat agak2 boleh cedok letak dlm daun pisang…

puding peach kastad

assalamualaikum
salam pagi jumaat penghulu segala hari. Semoga kita semua diberikan kesihatan yg baik hendaknya. alhamdulillah masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan bersama insan-insan yg dikasihi.
Tentu ramai yg berpuasa kan  ambil peluang mengutip pahala di bulan Rejab . cerita pasal puasa inilah menu desert untuk berbuka puasa  he he dah lama tak layan desert cam gini, kebetulan ada peach dlm tin lebihan wat tart fruirt baru2 ni.  kalu lama2 tersimpan nanti sure x elok kan nanti masam. Sayangnya..jangan membazir tak elok yee Jadinya inilah puding peach sebagai desert @ pencuci mulut
memang sedap makan sejuk2. dapat satu acuan bulat dan 2  mangkuk desert ni. Bezanya acuan besar ni kita letakkan sikit kastad biar nampak kuning sikit.

puding peach resepi oleh mama saranur
bahan-bahannya 1/2 drpd sepeket agar-agar bertali yg 20 gm 4 cawan air 1 cawan gula 1/2 cawan susu cair 1 sb kastad buah peach dlm tin
cara-caranya
masak agar-agar bertali bersama 4 cawan air sehingga hancur mas…

susu Dutch lady & nutella

assalamualaikum
pantaskan masa berlalu, sekejap je dah masuk bulan Rejab , x lama lg menyusul Syaaban dan menghampiri Ramadhan pula.  Puasa ganti dah langsai lum he he ke alhamdulillah kalu dah langsai kan senang hati. Daku tinggal lg 4 hari hu hu rejab ni nak ambik peluang berpuasa ganti dan puasa sunat insyaallah semoga diberikan kesihatan yg baik...Aminn
Selain berpuasa di bulan Rejab, kita dianjurkan memperbanyakkan berdoa’, solat sunat, berselawat, bersedeqah, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir. Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi ada menyebutkan “Malam awal Rejab mustajab doa’nya”.

Marilah sama-sama kita merebut peluang-peluang keemasan yang terdapat dalam bulan Rejab ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan. Namun begitu, setiap amalan mestilah bersandarkan kebenaran dan tidak terkeluar dari batas yang dibenarkan termasuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara bid’ah.
jangan pelik ye hari ni tayang gambar susu kotak camni he he Mari mari be…

roti manis kaler hijau

assalamualaikum
selamat malam semua. masih lagi makan roti tuan umah ni kan...sambungan roti manis sebelum ni cuma kali ni tambah perisa pandan dan kaler hijau epal ni dan letak juga kismis. Ni lah bila terlebih rajin kan.  layan gambar2 je ye sb xleh citer panjang2

disebabkan nak cepat kita letak je dlm acuan gini, jadilah seketul besar he he pastu nanti potong2 kannya.
selit2 sambil bakar kek coklat dan cup cake. tunggu turn masuk oven.
resepipun masih sama. tq banyak2 kepada tuan blog kerana sudi share resepi roti.

terima kasih pada yg sudi kunjung dan komen ye...tq tq very2 muchhh

roti manis pertamaku

assalamualaikum
alhamdulillah dpt bertemu kembali hari ni hati memang sangat2 gembira he he gembira melihat hasil roti manis pertamaku ini yg menjadi. yessssssss excited telebih sudah. Memang la kan happy, jenuh menguli dengan sepenuh tenaga tau. Nak dptkan hasil gini maklumlah kita tak ada bm utk meroti. guna tangan pun ok tengoklah jadinya lembut juga dan pastinya pasni tak sabar nak buat lagi tau

nampak tak lembut je kan he he cicah ngan air teh memang sedap tau. Namanya roti manis tp taklah manis pun ye. kita ambik resepi roti manis disini http://www.jintanmanis.com/roti/434-dohasasrotimanis terima kasih banyak2 ye. sy c/p disini sebagai rujukan
Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam ( SY GUNA AIR SUAM JE) 2 sudu kecil y…

hari Istimewa buat IBU dan CIKGU-CIKGU

assalamualaikum
SALAM sejahtera pada semua, salam penuh kecerian
 may bulan Istimewa kerana ada hari untuk meraikan semua yg bergelar Ibu dan  Cikgu-cikgu di Malaysia tak lupa jg ada hari Jururawat sekali kan. Semuanya insan-insan yg mempunyai tugas besar dan penting dalam kehidupan kita. Ibu yg mengandungkan, melahirkan dan membesarkan dgn kasihsayangnya, Guru-guru yg mendidik anak bangsa hingga menjadi insan berguna berjaya dan Jururawat pula tidak kurang penting dgn tugasnya.
TERIMA KASIH MALAYSIA kerana memberi peluang ibu-ibu, Guru-guru dan Jururawat2 menyambut hari-hari Istimewa ini. TERIMA KASIH kerana menghargai insan-insan ini. 
Bermula disini anak2 kecl ini mengenal ABC 123, dsbnya.   wajah-wajah anak2 yg ceria, banyak ragam ada kalanya. Biasa la kan tu namanya zaman paling indah dlm kehidupan kita. Lebih banyak masa untuk berkejaran sana sini. walaupun begitu wajah2 inilah yg membuatkan hati sering tersenyum dgn gelagat dan adakalanya kenakalan 

jasa cikgu2 yg menga…

pengat pisang + nangka + sagu

assalamualaikum
 hari ni nak tayang pengat pisang campur nangka pula ye, sedap tau he he  Pisang dan nangka yg dibawa balik dari kampung hari tu. Pisang batu , pisang ni memang sedap wat goreng pisang dan pengat, masam2 manis bila dicampur ngan nangka lagilah sedap dan tak boleh mis sagu mata ikan Nangka madu pun dari kampung, bawa balik sebiji je dapatlahpotong kasi jiran belakang dan bawa ke taska. Org kata nangka ni 'angin' he he sb tu tak semua nak makan nangka ni kan. Bila makan nangka asyik buang angin, ye ker he he  Kalu kat kampung tu memang daku seorang je dewasa yg duk ngadap he he yg lain budak2 sb mak2 budak tak nak takut angin satu badan. isshhh rugi la kan, dahlah manis ....



Jemput ye semua makan pengatku ini. he he banyak ni satu periuk .
TERIMA KASIH

CUPCAKE COKLAT DARI KAKAK & ADIK UTK MAMA

Assalamualaikum semua
cantik tak kek ni mama? he he wah cantikkkk nye. kenalah gembirakan bila anak2 tunjukkan hasil tangannya. Terima kasih sayang2 mama...suker sangat. inilah projek hari minggu kami semalam he he projek cupcake coklat. Kebetulan duk keluar iklan kat TV Selamat Hari Ibu dan walaupun taklah menyambutnya tp sekadar terima ucapan hari Ibu jg dari anak2.Hari paling istimewa bolehkan, cara kita bukan cara org barat . Rasanya seperti kita menyambut Hari pekerja hari guru dan kebetulan may ini ada hari jururawat juga.. Hari jumaat tu lagi duk plan projek ni tp sabtunya x dpt nak penuhi So utk ahad baru dptmemenuhi axtv santai2 dirumah...taraaaaaaa inilah hasilnya.  Kakak yg beriya-iya nak buat sendiri tp mama jg yg kena sukatkan bahan-bahan cc ni. Baru tau dia penat jg baking kek kan he he si Adik cam biasa tukang sibuk jg tolong ayakkan tepung, memang suker sgt dia dpt tolong hu hu tp alahai sepah2 tepungnya..apapun asalkan anak2 hepi kan
 masih guna resepi sebelum ni yg…

TIRAMISU LAGI

ASSALAMUALAIKUM
Tiramisu lagi sb nak habiskan belen cheese mascarpone dan biskut hari tu. cuma  kali wat dlm satu bekas besar dan kecik camni senang sikit budak2 ni makan. Cedok je guna sudu kan.

layan ni memang sedap sampai menjilat jari. Resepi pun  sebelum ni dah cuba. Alhamdulillah burrrrr kenyang si abang Is he he Sekali sekala je boleh buat ni ye.

cucur gelang keledek @ keria

assalamualaikum
meh makan cucur gelang ye, takpun nama yg glamour sikit kuih keria. Kitaorg biasa panggil cucur gelang je. he he. kuih kesukaan anakanda2, Masa zaman sekolah rendah dulu selalu nampak mak susun atas meja pagi2 untuk dihantar ke kedai kopi. Masa bila mak duk ngentel entahlah sb anak2nya tau tido je.  Bezanya mak wat cucur gelang versi ubi kayu. Dapatlah tumpang seketul dua tuk sarapan pagi sebelum g sekolah.  sedapkan cucur gelang ni nak2 lagi sb bergula diluarnya tu. Gula sira kaler putih. S ebab si mama suker makanya si anak2 pun ikut suker cucur ni terutama si abang Is. Balik kampung mesti dan wajib membuatnya he he 

Tp kan balik kampung kali ni tak korek ubi kayu la pulakkk maklumlah musim hujan kata mak ubi tak elok. So tu yg jadinya cucur gelang ni kaler oren sb guna keledek oren tu. Keledek dari Penang tu jauhhh Sil bawa balik sb katanya keledek ni lawa je he he

mak kita buat memang tak sukat2 pun, yg penting bila campur tepung tu pastikan elok je lembutnya. …

kampungku tercinta

Assalamualaikum semua
masih terasa suasana di kampung bila tatap gambar2 ni kan. Nilah satu-satunya kawasan bendang  yg masih diusahakan. Masa balik baru2 lalu kawasan ni tengok keindahan dan kehijauan pokok2 padi yg  cantik . Tiba-tiba rindu dgn suasana ketika dulu bila bersama arwah tok. Duk bercerita kat anak2 masa mama zaman sekolah rendah dulu bendang lah tempat bermain selain terjun sungai2 he he kutip siput, ngail ikan keli dan haruan dan penah gak merasa cari belalang bendang waktu malam. Pastu Arwah Tok goreng w/pun tak reti makan belalang tp tgk je org lain makan he he Waktu tengahari pulak duk santai di bawah pohon kelapa menikmati angin sepoi2 he he Arwah tok (ibu ayahku) rajin sungguh walaupun anak2 nya tak benarkan wat keja ni katanya daripada terbiar bolehlah makan nasi hasil beras sendiri. Anak2 cucu memang suka bukan apa dpt temankan tok duk bendang time cuti2. Seronok sungguh tau walaupun nampak senang tp penat sebenarnya. Sekarag ok dah ada teknologi moden guna mesi…

RVC for Birthday brother Salam

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali
Seminggu tak jengguk blog, rinduuuu sgt rasanya. Tentu dah banyak ketinggalan ni kan. Alhamdulillah malam minggu ni berkesempatan nak update dan ngadap pc puas2 tanpa gangguan . Lepas balik dari kampung ni barulah ada peluang nak ngadap. pasni  nak edit gambar 2 kecerian di kampong wat kenangan dan tatapan yg sudi.  Sebelum tu layan dulu kek RVC  topping cheese ni ye, kek birthday utk brother Salam @ adik lelakiku yg duk di Penang sanun. Birthdaynya jatuh pada 21hb april yg lalu dan sebelum tu 20hb april birthday kakak yg duk Taiping. Share kek sebab dekat2 tarihknya he he
 Alhamdulillah kek rvc ni jadi elok dan rasanya pun sedap . Disukai ramai he he Mula2 pening jugak duk fikir kek apa la wat ni last2 yg nilah jadinya. Sebelum ni ada try kali pertama utk besday kakak Tisha tp guna resepi lain, besar betul keknya tp kali ni cari-cari resepi yg sukatan sikit. Taklah besar kira sedang2 je. Letak krim cheese emmm memang la sedapkan cuma kaler …