Saturday, April 14

PENGAT UBI KELEDEK BERSAM SAGU

 assalamualaikum

salam petang sabtu. Dari tengahri tadi memang mendung je pastu bila petang terus hujan lebat. Bila hujan ni rasanya malas nak kemana-mana w/pun anak2 sibuk ajak keluar. Biasalah kan budak2 ni kecik2 dah pandai boring kalu cuti2 kat umah je. Kejanya nak jalan2 je he he isshhh kan. Sebaik tiba2 SIL dtg ofer nak bawa  budak2 ni ke Wangsa Walk , tengok wayanglah tu apalagi he he bolehlah mama rilex2 kat umah ngadap pc sambil tu makan pengat ubi keledek ni he he meh jemput semua ye

 Lama juga tak layan tekak sendiri, sekali sekala buat pengat ubi ni memang sedap gak Teringat akan bonda dan ayahanda di kampung, mesti suka kalu makan pengat2 ni. Nak pulak hujan2 ni lapo je kan.

tapi kat sini pengat2 tak laku hu hu sorang2 je makan tau. Jadinya wat ciput je dapt semangkuk dua cukuplah. Mama yg kena perabihkan. Sarah yg kecik ni makan tang sagu mata ikan tu je he he ubinya tolak ke tepi. Tak reti budak2 ni bila disuruh makan ubi yg lembut sedap nihhh. Si abang  & kakakkalu wat kuih keria baru makan lah.

resepi yg amat simple rasanya semua wanita2 @ mama2 tau kot kan. he he
daku guna keledek kuning je dlm 2 ketul sederhana. pastu santan pun sederhana pekat. boh gula, garam daun pandan utk harumkan sikit. Masak sampai mendidih. ooppps lupa sagu mata ikan tu penting he he pas basuh tos masukkan dlm periuk sekali. nak sedap lagi tambah gula merah sikit
dah mendidih dan ubinya empuk bolehlah makan he he

ok jom makan...

TERIMA KASIH YG SUDI BERKUNJUNG KE SINI YE


4 comments:

  1. Assalamualaikum Mama sara Nur,
    memng sedap hirup pengat di petang hari... lagilah kalau cuaca dingin, hangat rasa tubuh badan!

    ReplyDelete
  2. Salam ..saya suka pelbagai jenis pengat...keledek pun sedappppp

    ReplyDelete
  3. wahh.. sedapnya layan pengat keledek petang2 ni nuri... ada lagi dak?? mintak semangkuk.. hehe...

    ReplyDelete
  4. salam mama sara..iza memang suka pengat cuma pangat yg ada pisang x minat sikit.

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

  ✌️Gambar2 raya blm ada sepenuhnya