iklan

Monday, 16 April 2012

Greyson Chance -autograph session


assalamualaikum dan selamat malam semua

Nak mula cerita dari mana pun tak tau ni , he he entry khas layan karenah anak remaja.  Semalam kan ahad coti so terima ajakan adik ipar ke One Utama Damansara. Si anak daranya nak ambik autograph penyanyi pujaannya yg datang ke Malaysia ni.Biasa la kan budak2 kalu yg comel2 tu minat lah. Sekarang  Greyson Chance, lepas musim sudah Justin Beiber. Tp JB dah tak minat.Si Sarah yg kecik ni pun pandai cerita katanya kak Nina dah x minat kat Justin sebab dia pakai anting2 he he macam2 . 
Sekali pandang si Greyson ni lebih kurang je ngan JB kan, anak mat saleh yg comel lote sb tu kot jadi kegilaan remaja2 skrg. Entahlah...he he dulu2 pun kita camtu kan kalu muka cute tu memang minat. Tp kan dulu minat gitu2 je la, tempek penuh gambar2 artis pujaan kat buku2 sekolah, locker asrama he he tu je yg mampu, mana ada can nak jumpa ke nak tgk kat luar selain TV atau Majalah ni kan. Untung la budak2 zaman la..actually kisahnya anak sedaraku sorang ni. Maklumlah anak tunggal kesayangan apa yg dihajati mesti terlaksana...semua dipenuhi oleh si ibu dan ayah yg berkemampuan. Masa Si Justin dtg Malaysia pun sanggup pi tgk, ni Bila si Greyson dtg mestilah tgk gak kan. Ni baru sessi autograp, selasa ni konsert lak. emmmm...



isshhh ramai betul budak2 minat giler kat si Greyson ni. Pening pening duk dengar depa menjerit sakan hu hu begitu fanatik. mak aiii time Beratur bukan main panjang berjela...nun sampai ke luar pun sanggup asalkan dpt autograph si Greyson. Kelakar pun ada bila tgk gelagat remaja2 kota tak mengira bangsa dan agama ni. Masyaallah excitednya hai ada jg  yg melebihi kewarasan. Sarah ngan mama duk jauh2 je sb biggit telinga.
yg naik sawan pun ada he he sebaik la anak sedaraku & anak2 ku tak excited sampai lagu tu. Masih dlm kawalan .insyaallah semoga tidaklah sebegitu kan. Minat tu boleh bukanlah tak boleh tp biarlah berpada ye tak...ingat pada batas2nya lagi2 kita yg beragama Islam ni. Awal2 pesan kat anak2..zaman sekarang zaman teknologi canggih2 anak2 memang mudah terdedah. Tengoklah 5 tahun dah tau penyanyi itu ini siap lagu2 nya pun tau hu hu nak wat camno ...


 sb penat dah duk bawah tu sesak2. ktorg intai dari atas la pulak he he
smentara menunggu diorg habis baik duduk2 sambil makan2 jajan...
Comel kan ..muka cute miut la masih muda remaja,orgnya pun kecik je lagi kena.ambik gambar poster je  sb Greyson memang dikawal ketat, nak bergambor jangan harap. Masa autograph pun tak dibenarkan bergambor, y e la kan berderet duk beratur kalu sorang kan semua nak posink ngan dia, bila pulak la nak habissss 




dah habis kita isi perut la pulak wehh...lapor dari tengahari tadi he he senyum lebar je budak sorang ni

SELAMAT MALAM DAN TERIMA KASIH YE

10 comments:

  1. Salam Mamasaranur.budak2 gitulahkan..bila dah minat.mcm zaman kita dulu2...tp dulu tak ada internet...utube.dengar lagu kat radio dg tv je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm mamasya
      he he zaman dah berubah kan, banyak kemudahan terkini dan senang pun nak dpt

      Delete
  2. Assalamualaikum Mama Sara Nur,
    tak dapat bayangkan kalau dah jadi glamour...dikerumun macam semut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm
      he he tu la kan, kita tgk pun rimas sb tu taknaklah k.Amie glamour2...

      Delete
  3. amboiii suke nyer anak dara tu ye.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang izah kalu dpt jalan2 sukerr he he

      Delete
  4. zaman kita dulu zaman rahim maarof, siap ada tahi lalat lagi k tepi bibir...ingat lagi tak lagu dia cinta kystal..tangkap leleh beb...hahahha..

    ReplyDelete
  5. Budak2 kat umah ni pun sama gak... Kena la layan gak...

    ReplyDelete
  6. biasalah kan nuri...budak2 skrg mcm kita dulu2.. tp betul spt kata nuri budak2 skrg ni terutama yg dok dibandar ni lebih menonjol bila dah minat pd satu2 artis.. zaman kita dulu.. setakat tampal2 gambar.. salin2 lagu jer.. hehe..

    comel ler sarah tu... geram acik tengokkan...

    ReplyDelete
  7. Salam Kak..wahhhh seronoklah budak-budak tu yaaa dapat pluang nak jumpa artis kegemaran mereka

    ReplyDelete

kata-kata manis