Tuesday, April 10

donut paaaling sedappp izahdaut



assalamualaikum

salam sejahtera dan selamat bercuti sempena Pertabalan Yg Dipertuan Agung. Alhamdulillah hidup mesti diteruskan selagi dikurniakan kesihatan yg baik.
Dapat bersantai2 hari ni, dek cuti umum. He he suker kalu cuti2 ni kannnn. 
yessssssss paling gembira sebab dpt menguli doh donut paaaaling sedapp Izahdaut ni. Celik je mata memang teringat akan donut ni he he tak sabar nak menerai. Memang betul tak tipu arr donut ni sedap bangat dan lembut gebussss. pas goreng je terus merasa, ngap kemulut seketul he he
Emmm esok dah plan nak wat lg utk budak2 taska.Tengah suker bebenor he he
Sayangggggggg izah he he TQ VERY2 MUCH YE

Resepinya pun mudah je dan paling penting tak yah tunggu lama 2.
utk resepi asal boleh ke blog izah ye http://izahdaut.blogspot.com/2012/04/donut-paaaaling-sedap.html

 akak salin resepi disini ye izah wat rujukan


DONUT KELEDEK JEPUN
olahan dari donut kentang kak 1
by: izah 

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang *izah guna keledek jepun* Akak guna kentang
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega* akak letak shotening
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahan bahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.


memang sedap sungguh he he buat peminat2 donut mesti suka punya ngan donut ni. dan jangan lupa menerai sendiri ye

TERIMA KASIHHHHH

9 comments:

  1. salam dari oman, kita tengok saja la donut. tak dak mood nak masak2. masih belum settle down di sini. selamat bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauhnya pergi, nanti dah settle mesti dtg mood masak2 tu he he

      Delete
  2. Assalamualaikum Mama Sara Nur,
    ramai juga blogger pagi ni buat donut .... laris betul donut Izahdaut yang paaaaling sedapppp tu ye... he he hehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm k.Amie
      laris he he kat umah pun laris sekejap je habis kena ngap he he

      Delete
  3. sedap donut... tak pernah lagi cuba versi keledek ni, kalo labu pernah laaa... terbau2 apple donut lak...ish, ish,ish,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba pelbagai versi he he labu pun sedap kan...

      Delete
  4. Salam sara nur...tk singgah blog iza,iza pun baru buat pagi tadi donat paling sedap izahdaut tu...memang sadap pun.....iza x sempat n3 lagi gambarnya.

    ReplyDelete
  5. bila ramai kata donut izahdaut ni sedapp...pasti paling sedapppp punya...teringin pula nak mencuba

    salam singgah........

    ReplyDelete
  6. Salam mamasaranur.dah siap terhidang donut paaaalinnng sedap...nampak lembut...pasti sedap.anak2 tentu sukakan.
    Salam takziah dari akak buat mamasaranur sekeluarga. moga roh nenda mamasaranur dicucuri rahmat.Alfatihah

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...