iklan

Friday, 20 April 2012

buah mulong @ buah melaka


assalamualaikum

salam hari sabtu, hari yg di tunggu olehku he he pagi2 ni dpt duk ngadap pc update entry. Selelum putera dan puteri bangun. Biasa la kan kalu takda program ni sabtu mesti lewat bangun depa ni.
Penah dengar nama buah mulong ni he he nama yg kitaorg panggil kalu kat kg di belah2 Bt Kurau Perak. Tp kat Kolumpur dikenali dgn buah Melaka. Besanya kalu bulan Posa memang nilah yg mesti terhidang kat meja makan, Hari2 pun takpa. Kadang2 sampai ke sahur. Feberet bebenor la kan he he buah mulong ni intinya kelapa yg dimasak dgn gula merah tu. Kalu buah melaka org letak inti gula enau kan. Tu beza dia kot.
Semua adik beradik gemar, buatlah banyak mana mesti habisss he he


Anak yg sulong pun ikut suka dah , ni wat pun atas permintaan dia. Entah malam semalam tiba-tiba teringat nak makan ni. Ye la kan lama jugak tak makan ni. Mama yg rajin pun segeralah buat, sb tepung pulut memang duk ada, inti kelapa sikit ada tinggal lg. Gula enau pun ada duk kat peti ais tu.Apalagi meh layan buah mulong niiii he he angkat je selesai, angkat je selesai issshhhh tak sempat nak biar sejuk. Lapoo benor budak sorang ni.



BUAH MULONG @ BUAH MELAKA


Bahan-Bahan 

500 gm tepung pulut
  4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula enau (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut

Cara-cara
  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan  gentel menjadi bulat kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
  7. Siap untuk dimakan.

dah selesai, dah habis pun he he

TERIMA KASIH

9 comments:

  1. Salam Mama..emmm sedapnya kuih melaka ni...Dulu2 klu mak masak mesti utk minum petang/berbuka puasa..Tapi klu nak makan panas2 mesti berhati2 ngan gula melakanya yang panas...takut melecurmulut nantiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Sue
      memang sedap terutama di bulan puasa
      he he

      Delete
  2. Mama Sara,

    owh buah mulong ker..tak pernah lak dengar..jakun sekejap!!
    biasa tu banyak tempat banyak gak namanyer kan,
    apappun yang penting kat rumah akak kalau buat tak leh sikit kena buat sekampit tepung pulut tu,kalau idak ada jer ngadu tak dapat makan..padahal dah dua tiga biji kena telan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah jakun k.Asma sb tak penah dengar kan he he
      biasa la tu he he masing2 ckp tak makan lagi tp dah ngap pun tadi hiii

      Delete
  3. Mama Sara,
    buah mulong ke buah melong tu.... pertama kali dengar nama lain untuk buah melaka ni, tambah lagi satu kosa kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HE HE buah mulong k.Amie, pelik jugak kan tp tulah namanya org2 tua di kg sy panggilnya
      mak abah sy sy pun..

      Delete
  4. salam mama
    pertama kali kesini..salam kenal yer....akk panggil buah melaka jew..he hehee cantik ijau tue..:)

    ReplyDelete
  5. assalam,salam kenal.. sedap tgk buah melaka tu..lama tak buat teringin la pula:)

    ReplyDelete
  6. sedap pulak nengok buah melaka tu... selalunya buat mas bulan puasa aje... mintak seketul..

    ReplyDelete

kata-kata manis