iklan

Friday, 2 March 2012

pau kaya

assalamualaikum

salah satu kuih yg jadi kegemaran  keluarga kami  pau berintikan kaya ataupun inti kelapa. kalau buat pau ni selalunya malam sb boleh jadikan sarapan utk pagi esok sekali. kalau sempat sampailah pagi kalau tak malam tu jg habis he he


 resepi pau yg ni c/p di myresepi..TERIMA KASIH dan share disini sbgai rujukan

Bahan-bahannya

  • 300g tepung gandum
  • 6g baking powder
  • 2g garam
  • 162g air suam
  • 6g dry yeast
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur

Cara-caranya

  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula 
  3. dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  4. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  5. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  6. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
    Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang,maknanya doh dah naik
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
  10. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  11. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

JOM MAKAN PAU

TERIMA KASIH

3 comments:

  1. sedapnyer...nk panggil akak ker, k'ida lebih tua kut,dh 36 taun,,..atau sebaya kita erk...maaf kalau tersilap, namanyer sebenarnya Sara ker??sedapnyer pau, ari tu ada buat pau 3S,tak sempat dia nk b'possing pon

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah kembali sara, nk panggil apa ye? Suka pau gebu...kak chah suka kalau inti kacang merah, hubby suka inti kelapa...

    ReplyDelete
  3. ida..lebih kuranglah kita tp kalu akak pun tak kisah
    sara tu nama ank yg bungsu...he he

    tq Chah..
    panggil akak pun ok, he he
    kalu inti kelapa memang lg sedapkan, akak pun sama tp budak2 skrg tak reti inti kelapa ni, kalu kaya atau kacang diorg makan..

    ReplyDelete

kata-kata manis