Tuesday, March 13

kek pisang berkismis


assalamualaikum

alhamdulillah masih ada ruang utk menulis malam ni kerana diberi  kesihatan yg baik. Aminnn
ok mari-mari rasa kek pisang yg masih panas ni, sedap tau.

 
sedap tau kek pisang ni, he he hari tu melawat anak sedara yg baru dpt baby sebagai buahtangan kat anak2 yg lain ku buat kek pisang ni. Esoknya dptlah sms boleh tak nak order 2 biji kek pisang he he katanya sedap sampai tak cukup ha ha itulah bukti kek ni memang sedap

Biasalah kan nak buahku sorang ni ..pasal makan. memang nombor satu

terhasilnya kek pisang ni  setelah sangat tertarik dgn kek pisang di blog singgahsana kitchen apalagi terus cari pisang dan mencubanya. Sebelum ni ada gak try resepi lain tp tak menepati citarasaku. Yg ni dah compem tak wat resepi lain dah...
boleh lihat disini ya

KEK PISANG BERKISMIS

recipe asal  : kak besah@MyResepi
c/p dari : Iza Akma SSK

BAHAN-BAHAN :
  • 3 cawan (300gm) tepung gandum
  • 2 cawan pisang lecek/lenyek
  • 1 1/4 cawan (230gm) minyak masak
  • 1 cawan (200gm) gula pasir
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 sudu besar soda bicarbonate
  • secubit garam
  • 60 gm kismis~yg ini sendiri tambah

CARA MENYEDIAKAN :
 
❀  Lenyekkan pisang (jangan diblend nanti tak nampak jalur2/urat2 pisang pada kek...tak cantik). Campurkan soda bicarbonate & lenyek lagi hingga pisang berbuih...(jika soda berketul, ayak dengan penapis teh terus ke dalam pisang).

❀  Blend telur & gula (guna blender cili je) hingga berbuih & gula hancur. Kemudian masukkan minyak dan blend lagi dalam 5 saat. Selepas tu campurkan bahan yang diblend tadi dengan pisang, gaul dengan senduk. Akhir sekali campurkan tepung sambil digaul sebati...jangan diblend ya, guna senduk saja.

❀  Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu minyak/majerin, serta telah dipanaskan terlebih dulu. Bakar dengan suhu 180'c selama lebihkurang 40 minit. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong. Kek akan bertambah gelap dengan jalur-jalur pisang yang ketara.

Selamat Mencuba. dan pasti anda menyukainya..

TERIMA KASIH

4 comments:

  1. Assalamualaikum Mama Sara Nur... kalau dah namanya kek pisang, memang makan tak tahu berhenti....

    ReplyDelete
  2. as-salam
    sedapnye kek pisang..npk gebu kek tu..

    ReplyDelete
  3. Salam Mama..emmmm gebusss nya kek pisang ni..kaler dia pun cantik....

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...