Skip to main content

kek pisang berkismis


assalamualaikum

alhamdulillah masih ada ruang utk menulis malam ni kerana diberi  kesihatan yg baik. Aminnn
ok mari-mari rasa kek pisang yg masih panas ni, sedap tau.

 
sedap tau kek pisang ni, he he hari tu melawat anak sedara yg baru dpt baby sebagai buahtangan kat anak2 yg lain ku buat kek pisang ni. Esoknya dptlah sms boleh tak nak order 2 biji kek pisang he he katanya sedap sampai tak cukup ha ha itulah bukti kek ni memang sedap

Biasalah kan nak buahku sorang ni ..pasal makan. memang nombor satu

terhasilnya kek pisang ni  setelah sangat tertarik dgn kek pisang di blog singgahsana kitchen apalagi terus cari pisang dan mencubanya. Sebelum ni ada gak try resepi lain tp tak menepati citarasaku. Yg ni dah compem tak wat resepi lain dah...
boleh lihat disini ya

KEK PISANG BERKISMIS

recipe asal  : kak besah@MyResepi
c/p dari : Iza Akma SSK

BAHAN-BAHAN :
  • 3 cawan (300gm) tepung gandum
  • 2 cawan pisang lecek/lenyek
  • 1 1/4 cawan (230gm) minyak masak
  • 1 cawan (200gm) gula pasir
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 sudu besar soda bicarbonate
  • secubit garam
  • 60 gm kismis~yg ini sendiri tambah

CARA MENYEDIAKAN :
 
❀  Lenyekkan pisang (jangan diblend nanti tak nampak jalur2/urat2 pisang pada kek...tak cantik). Campurkan soda bicarbonate & lenyek lagi hingga pisang berbuih...(jika soda berketul, ayak dengan penapis teh terus ke dalam pisang).

❀  Blend telur & gula (guna blender cili je) hingga berbuih & gula hancur. Kemudian masukkan minyak dan blend lagi dalam 5 saat. Selepas tu campurkan bahan yang diblend tadi dengan pisang, gaul dengan senduk. Akhir sekali campurkan tepung sambil digaul sebati...jangan diblend ya, guna senduk saja.

❀  Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu minyak/majerin, serta telah dipanaskan terlebih dulu. Bakar dengan suhu 180'c selama lebihkurang 40 minit. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong. Kek akan bertambah gelap dengan jalur-jalur pisang yang ketara.

Selamat Mencuba. dan pasti anda menyukainya..

TERIMA KASIH

Comments

  1. Assalamualaikum Mama Sara Nur... kalau dah namanya kek pisang, memang makan tak tahu berhenti....

    ReplyDelete
  2. as-salam
    sedapnye kek pisang..npk gebu kek tu..

    ReplyDelete
  3. Salam Mama..emmmm gebusss nya kek pisang ni..kaler dia pun cantik....

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis

Popular posts from this blog

bengkang ubi gula merah

assalamualaikum 
apa khabar semua ye? alhamdulillah sehat2 hendaknyalah kan walaupun penat sb baru balik dari Pulau Pangkor tp gagahkan jg wat entry tau. he hee semangat ni selepas mendengar taklimat2 disana . Rindu kalau tak buat enrty lebih 3 hari Ke Pangkor bkn suka2 tp ikut boss ke Seminar, nanti next enrty kita wat ceritanya ye
ok hari ni nak cerita pasal kuih bengkang ubi kayu ni.  Dulu ada tayang versi kuning sb letak gula putih tp kali ni tukar kaler coklat ni sb letak gula merah. Ubi ni dpt masa blk kg ujung cuti sekolah hari tu. Seminggu jglah baru rajin kopek dan parut ubi ni, sebaik masih elok sb tak ada luka2 pada ubi tu. So dptlah buat bengkang ni @ bingka org KL panggil kan. Aduhhh sedap weh layan bengkang ni, sgt2 lembut dan emmm sedaplah.  wat utk sarapan mama pagi minggu he heee 
Masih resepi sama cuma ukuran agak lebih dari hari tu je dan kita tambah sedikit lg santan  resepi dulu DISINI
okey sampai disini dulu ye....TQQQQ pada ucapkan hepi besday mendoakan yg baik2 dan ucap…

kuih lapis dwi warna

assalamualaikum
salam sejahtera semua terima kasih banyak2 pada yg masih sudi kunjung dan memberi sepatah dua kata disini. Sangat2 menghargainya... semoga anda tak jemu utk dtg lagi ye
Agak sibuk sekarang ni kan, tentu semua sedia maklum, utk menjalankan tanggungjawab baru kini. Kepenatan jg sb tu siang dah tak dpt layan lappy, balik umah pula dlm keletihan kena layan anak2 pula. Kalu letak kepala je kat bantal memang terlelap teruslah he heee ok semalam hari ahad baru berkesempatan main masak2...kebetulan  sambil baking kek pisang pastu terus bancuh buat kuih lapis ni. Bolehlah wat utk sarapan. 2 org anak daraku pula tak sehat demam on off je dlm minggu ni, selera makan pun kurang,,,emmm pening fikir nak kasi makan apa dah. 
Sedap jg layan kuih lapis ni , selak selapis-selapis macam budak kecik... ok resepi sama jg masih guna resepi k.ann dan sukatan digandakan shj. boleh tgk disini

 kuih lapis
sumber resepi kak ann Periuk Tanah. disini olahan Mama Saranur (Sukatan digandakan) bahan-bahannya 3 c…

semperit @biskut dahlia

assalamualaikum
selamat berhari minggu semua hari ke 5 kita semua berada dalam bulan Ramadhan yg mulia ini alhamdulillah, masih blh berpuasa dgn sempurna tanpa sebarang masalah. 
awal lg ikutkan nak baking biskut2 raya ni kan he hee tp terpaksa buat semperit ni awal sebenarnya sb ada request. nak makan2 dlm bulan puasa bukan utk raya. Tak kisahlah tu kan tuan biskut ni nak wat kudapan . Katanya bila raya tak dan nak kunyah2 biskut lg alhamdulillah rezeki kita terima. Lagipun si kenit kat rumah ni pun duk usha suh buat biskut upin ipin ni he hee bolehlah wat kat dia sekali. Kali ni kita wat ikut resepi lain. Biasa resepi lama yg hanya tepung jagung, sgt2 gebus dan rapuh. Resepi kakak sulongku ini resepi rakan fb kak zu, jadi kita cp dari blog kak zu lah ye. tqqq kak zu



SEMPERIT
sumber kak zu
200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan
3/4 cawan gula icing 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepun custard 1 sudu kecil esen vanilla ~ tak letak 1 kuning telor ceri merah ~ hiasan


CARAnya Putar but…