Saturday, March 3

bingka labu berbijan @ bengkang labu

assalamualaikum
salam di hari minggu, masak2 apa hari ni, tentu menu special kan, maklumlah hari cuti dihujung minggu ni anak2 pun ada kat rumah ye tak.Meriah lah kalau ramai2 ni kan.



 menu kat atas ni bukanlah dimasak hari ni dah berhari-hari yg lalu he he lupa dah hari apa mengodeknya. Wat pun waku malam2 sebelum baring lelapkan mata . dah masak biarkan je esok pagi2 baru potong wat bekalan g taska. Dapat la Alas perut sebelum makan tengahari jam 12.00 tu. Pagi2 memang tak makan yg berat2 tp kena juga makan nanti perut masuk angin...gastrik lagi susah kan. he he

paling bestlah bingka labu yg guna resepi ni tau..terbaik he he memang sedap 
resepinya ambik bLog RENCAH KEHIDUPAN oleh Sue
Asal dari Datin Lulu @myresepi dan  kita c/p kat sini pula wat rujukan.

BINGKA LABU

bahan-bahan utama
  • 600gm labu (berat selepas di rebus/kukus) - dilecek sedikit kasar
  • 2 @ 3 sudu besar kelapa kering ~  tak letak
  • bijan secukupnya untuk taburan
Bahan-Bahan diblend sehingga sebati

  • *2 cwn tepung gandum
  • *2 sb (mumbung) tepung kastad
  • *200ml santan kotak + air = 2 cawan santan( kita guna santan kelapa fresh)
  • *3/4 - 1 cawan gula
  • *2 sudu besar butter @ marjerin - dicairkn
  • *½ cwn susu pekat manis/krimer manis
  • *1 sk (rata) garam halus
  • *5 biji telur (saiz B/C)( guna 4 biji telur A)
PENYEDIAANNYA
  1. Oven dipanas terlebih dahulu, 180°c
  2. Bahan2 yang diblend tadi dimasukkan ke dalam labu yang dilecek...Kacau sehingga sebati 
  3. Masukkan 1 sudu besar butter/marjerin kedalam loyang dan panaskan sebentar dengan api yang kecil..
  4. Tuangkn adunan tadi kedalam loyang...Tabur bijan...
  5. Bakar lebih kurang 1 jam @ sehingga masak/ biar garing cikit kat atas lagi sedap...

SELAMAT MENCUBA

TERIMA KASIH

5 comments:

  1. kita tengok saja la orang buat bengkang. kat rumah ni tak dak peminat bengkang. nak mkn beli la sepotong dua kat mak cik juai kuih :-)

    ReplyDelete
  2. sgt rajin buat bengkang....kejadiannya pon cantik..elok je kena bedah....
    larat mkn kui je b4 lunch? terernya.. kalo sy mesti dh berguling2 kelaparan!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak..
    sedapnya bingka. dapat kerak2 kat aats tu kan, warne pun cantik. saya nah juga buat bingka labu tapi guna resepi cik mat.. mmg feberet seisi rumah. sampai buat kat kampung pun kene buat 2 hari berturut2. hehe

    ReplyDelete
  4. wslm izah
    feberet akak ngan husben tp kalu kat kg ramai yg suke kan he he sekejap je habis..

    ReplyDelete
  5. Ummi... rajin bila nak makan he he
    alhamdulillah kali ni memang elok leh potong
    akak suka makan kuihmuih je pepagi ni he he yg berat cam nasi lemak kadang2 beli jg

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

  ✌️Gambar2 raya blm ada sepenuhnya