Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

kuih ketayap @ kuih gulong

assalamualaikum
selamat berhari Sabtu he he hari yg ditunggu2 oleh mereka2 yg berkerja ni. Hari utk golek2 kat rumah tp kan tu pun jika dah bereskan kerja2 rumah kan he he Memang la 5 hari duk beri tumpuan pada tugas2 utk mencari rezeki, 2 hari dptlah tumpukan pada family pulak. emmm anak2 hari cuti ni lah sibuk ajak kesana-sini. Yg kecik 5 tahun pun dah pandai merengek-rengek kalu x bawa mana2 hari cuti ni. Mama hmmm kalu boleh nak golek2 je atas katil he he bestnya aduhhh sedapnya titun he he
wokey pagi ni kita sarapan ngan ketayap je, sb inti kelapa tu masih ada , lama2 kang tak sodap. Bila nampak ketayap ni rasa teramatlahlah rinduuuuuuuuunya pada bonda tersayang yg jauh di kampung hu hu mak, makan apa pagi ye mak....w/pun tiap2 minggu tepon tp tak dpt hilangkan rindu yg 3 bulan sudah x bersua nih..Mak ktorg memang paling bestttt kalu wat ketayap ni, intinya pun sedapp sb kelapa tu guna kukur lama kan. Mak kata kalu kalu wat inti yg kelapa mesin , intinya lembik sikit, betul tu. k…

roti kentang pertamaku

assalamualaikum semua
 alhamdulillah akhirnya dpt jg capai hajat nak buat roti ni. Sangat2 gembira he he kegembiraan kalau di share tentulah lagi ok kan. Roti kentang ni mengingatkan pada seseorang ...pada boss @ manager masa kerja opis dulu di Wangsa Melawati he he yg baikhati dan rajin belikan roti kentang panas2 di Carrefour. Sedap sgt masa tu maklumlah panas2 memang lembut sgt roti ni kan. Feberet dia sebenarnya . Kenangan masa 13 tahun yg lalu ni.
 dah lama teringin nak cuba sendiri, bila ke blog Puan izahdaut selalu intai2 resepi ni he he izah yg rajin sangat meroti dan sungguh menjadi. Terliur betul tgk roti2 izah ni. Sapa2 yg nk cuba ke blog izah ni http://izahdaut.blogspot.com/2011/04/roti-kentang-iii.html banyak roti2 disini. TQ ye izah sb sharekan resepi ni.
jadi setelah sekian lama menghayati resepi2 ni dtglah angin ingin menerai pada hari ahad yg lalu. Sementara masak lauk makan tengahari kerja menguli lah dulu. Dah siap masak2 , bakar pulak roti ni. Konon2nya nak kasi si buj…

jom ke pameran orkid & bonsai

ASSALAMUALAIKUM
dpt peluang ke tempat pameran bunga2 ni memang tak tolak he he cuci2 mata dgn keindahan yg tiada tandingan ini. Kebetulan semalam ahad en. suami  tak ada  program jadi tu yg ajak kesini. Alhamdulillah sampai jg,ingatkan dah tak dpt kesini memandangkan cuaca semalam..berdentam dentum bunyi guruh kan. Mungkin hujan kat tempat lain. w/pun siap2 nak kesini jam 2 petang lg tp tunda2 tgk keadaan cuaca akhirnya sampai sana 5.30 petang dah pun ,  dpt jalan2 sini sejam je. Tak byk snap gambar...

cantik orkid kaler ni kan, sungguh berkenan he he macam2 kaler yg ada tp paling suker yg kaler purple dan putih ni



Ini Bonsai pokok ceri  kot, sb dipenuhi buah2 ceri, rasa nak petik je ceri yg masak ranum tu he he

Anak dara sorang ni  nak pose ngan bonsai yg ada kura2 comel, boleh kan he he
Esok hari terakhir, sapa2 yg ada masa bolehlah jengah kan, bukan saja pokok2 orkid ada di jual, anak pokok2 buah2 pun ada. Pokok mangga, durian, rambutan macam2 adaaaa kalaulah ada tanah dah tentu beli he h…

kuih lapis paling besttt

assalamualaikum
alhamdulillah masih ada kesempatan utk buat entry malam ini w/pun x seberapa, hanya biasa2 saja tanpa menu special. tp nak juga tempek disini. Dah penah tempek sebelum ni cuma berbeza dari segi warnanya. Saje2 buat dgn niat nak bawa ke taska utk makan2 jam 9.30 pagi tu. Memang suker rupanya diorg ni w/pun dpt sorang sepotong je he he alhamdulillah .Resepi yg sama c/p dari blog kak Ann Periuk Tanah...disini

Memang sedap...


 Sarahsiap letakkan dlm tupperware khas dia tp pagi tu tak makan pun simpan kat peti ais, petang baru teringat nak makan he he petang pun masih sedap tau w/pun sejukkk. Habis licin juga.


 kuih lapis sumber resepi kak ann Periuk Tanah. disini
olahan Mama Saranur (Sukatan digandakan) bahan-bahannya 3 cawan tepung beras 6 cawan santan sederhana pekat 6 sudu besar tepung gandum 6 sudu besar tepung jagung 1 cawan gula pasir 1/4 sud teh garam sedikit pewarna merah dan perisa ros
Cara membuatnya:
1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang .  Masukkan santan ke d…

muffin pisang coklat chips

assalamualaikum. Minggu lepas asyik wat kek pisang je lepas satu satu he he kisahnya anak sedaraku ni yg masih dlm tempoh berpantang anak ke 5 ,bersalin 29 aprilsuker bebenor akan kek pisang ni. masa melawatnya tu ada bawakan kek pisangtu yg terus  suh wat lg 2 ketul kek nisb tak cukup katanya...jadi masa beli pisang ,beli lebih sikit jadi tu yg sampai dpt wat muffin ni

 guna resepi sama ngan kek pisang kismis  cuma gula tukar ke gula perang dan telur pun kurang kan sebiji. yg lain sama . Bila wat dlm cup ni rupanya macam muffinlah kan.... Letak coklat chips utk kasi menarik supaya anakandaku tertarik he he. Laju jg diorng makan. alhamdulillah


petik dari kata 2 SEJUTA KASIHSAYANG (sekadar utk tenangkan diri sendiri)

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada…

biskut cOKLAT chips

assalamualaikum selamat malam semua dah makan ke? isshhh tanya pulak kan dah kol berapa ni, mestilah dah makan kan kan...
Macam nak beraya pulak kan he he maklumlah selalunya nak raya baru sibuk2 wat bicikut ni. Tp sekarang anytime kot, ikut mood mama lah. Sebenarnya wat atas permintaan dan sambil2 tu leh la kasi anak-anakanda tersayang mengunyah kan. anak bujangku sorang ni memang hantu chocolate chips ni, yg 2 lg tu pun suker gak...memang kalu setakat sebalang tu sekejap je habisss. Kalu ke Wangsa Walk mesti beli kat famos amos tu  10 hinggit alahai lekat celah gigi je kan.. harum semerbak tak tahan kan he he
resepi ni paling best rasanya,c/p dari buku resepi SIL, buku resepi zaman muda2 dia. katanya c/p pun dari bestfriendnya. Banyak resepi2 bicikut dulu-dulu yg best tau tp yg tak best ukuran lama hu hu
cHOCOLATE cHIPS
bahan-bahan utama
200 gm butter 100 gm gula perang 150gm gula kastor-daku kurangkan kpd 100 gm shj 2 biji telur 2 sudu besar serbuk koko @ atau lebihkan  150 gm choco…

sambungan citer g Melaka

assalamualaikum  selamat berhari minggu semua sambungan jalan2 ke Melaka sempena kenduri kawen
 Second time dpt naik river cruise ni, yg baru dirasmikan oleh MB Melaka. Masa mula naik dulu lum dirasmi. Bezanya tempat beli tiket dah bertukar tempat dan lebih menarik siap pintu gerbang . Tambangnya pun lebih mahal he he RM20 hinggit dewasa RM 10 hinggit kanak2 tp pelancong dari luar Melaka dpt % separuh harga. OK la kan. Lama gak dlm ni dpt menikmati cahaya2 lampu yg cantik2 sepanjang sungai...
sebelum berangkat balik kl pagi tu kami singgah di sini Air Panas Gadek utk rendam kaki maklumlah penatkan jalan2. SIL pulak  dah bengkak2 kakinya tu. tp budak2 ni leh berendam satu badan (mandi) dlm kolam yg disediakan,abahnya pun berendam he he mama rendam kaki je sedapppp lega rasanya.cuaca pulak hari tu hujan renyai2  dan redup2 je tu yg best. Memang legalah...bayaran masuk dewasa RM5 hinggit dan kanak2 RM 3 hinggit. Sesuai ni duk lepak rendam kaki wifi pun ada tau he he
baikhati anak2 mama ni le…

kenduri kawen anak sedara kat Alor Gajah Melaka

Assalamualaikum
Malam ni nak citer pasal xtvt awal cuti persekolahan kali ni, Alhamdulillah saat ditunggu ni utk menghadiri kenduri kawen he he lama dah nak makan kenduri kendara keluarga. Yg bestnya kat Melaka he he leh la jalan2 lagi kesana.kan. Anak buah sebelah hubby(abang hubby) anak daranya sorang ni je.Dah kawen pun dia..
Nikahnya pagi pastu tengahari bersanding...

makan nasi putih, nasi jagung lauknya daging kurma, ayam masak merah,  masak lemak nenas ikan masin dan sambal + ulam-ulaman. memang sedap ikan masin goreng pun ada

Anak dara sorang ni makan nasi jagung ngan buah limau je he he..janji nasi kaler2 mesti dia suker

Petangnya potong kek...cantik keknya bunga2 kaler biru...keknya pun sedap walaupun krimnya tu masin sikit he he

sempat posink ngan kakak2 ipar dan abang2 ipar , bukan senang nak posink camni selalu kan esoknya majlis bertandang ke umah pengantin lelaki. Malam tu sempat juga jejalan ke bandar hilir BIL belanja ikan bakar nanti sambung entry ..

TERIMA KASIH

kek pisang berkismis

assalamualaikum
alhamdulillah masih ada ruang utk menulis malam ni kerana diberi  kesihatan yg baik. Aminnn ok mari-mari rasa kek pisang yg masih panas ni, sedap tau.

sedap tau kek pisang ni, he he hari tu melawat anak sedara yg baru dpt baby sebagai buahtangan kat anak2 yg lain ku buat kek pisang ni. Esoknya dptlah sms boleh tak nak order 2 biji kek pisang he he katanya sedap sampai tak cukup ha ha itulah bukti kek ni memang sedap
Biasalah kan nak buahku sorang ni ..pasal makan. memang nombor satu
terhasilnya kek pisang ni  setelah sangat tertarik dgn kek pisang di blog singgahsana kitchen apalagi terus cari pisang dan mencubanya. Sebelum ni ada gak try resepi lain tp tak menepati citarasaku. Yg ni dah compem tak wat resepi lain dah...
boleh lihat disini ya

KEK PISANG BERKISMIS
recipe asal  : kak besah@MyResepi
c/p dari : Iza Akma SSK

BAHAN-BAHAN : 3 cawan (300gm) tepung gandum2 cawan pisang lecek/lenyek1 1/4 cawan (230gm) minyak masak1 cawan (200gm) gula pasir 4 biji telur1 1/2 sudu…

donut

assalamualaikum
selamat petang , sudah menikmati minum petang ke? Menu apa agaknya kan


kanak2 memang suker donut kan, anak bujangku ni pun salah sorang dia memang suker terutama masa lapar he he dan makan panas2 bila sejuk takyahlah kasi dah.  tak laku pun he he
resepi donut disini

 tak sempat taip disini.donut yg gebu dan sedap...tq ye Izahdaut sb share resepi ni


TERIMA KASIH

kue teow kungfu @ kantonis

assalamualaikum
bersiaran lagi dgn salah satu menu disukai ini. tp sebelum makan kena berkungfu dulu ye he he ikutkan malas nak buat sebenarnya hu hu sb hanya mama seorang yg makan kue teow ni. En suami memang tak makan entah kenapa bila ditanya katanya memang tak makan, tp kalau mee atau mehoon boleh ja makan. Maybe dari kecik2  tak  penah kasi makan kot ha ha tp si isterinya ini memang pantang ada kue teow sukerrrr sgt he he tak kira la kungfu ke yg goreng ke memang laju je masuk di tekak..

resepi kue teow ni tiru sebijik cam yg tertulis dalam majalah mingguan wanita edisi Aidilfitri 2003. Lama sudah ku  potong dan simpan keratan ini. resepi rumah terbuka oleh Feroz Catering Sdn.Bhd.
kita c/p disini pula. tq pada empunya resepi.

Bahan-bahannya
3 biji bawang putih-dicincang i inci halia dihiris 1 biji telur 1 paket kue teow-buat separuh je 20 gm udang 20 gm ayam 20 gm sotong-x letak 20 gm salad-x letak air secukupnya
cili padi-yg ni pandai2 tambah serbuk perasa, sos tiram, kicap cair…

bingka labu berbijan @ bengkang labu

assalamualaikum salam di hari minggu, masak2 apa hari ni, tentu menu special kan, maklumlah hari cuti dihujung minggu ni anak2 pun ada kat rumah ye tak.Meriah lah kalau ramai2 ni kan.


 menu kat atas ni bukanlah dimasak hari ni dah berhari-hari yg lalu he he lupa dah hari apa mengodeknya. Wat pun waku malam2 sebelum baring lelapkan mata . dah masak biarkan je esok pagi2 baru potong wat bekalan g taska. Dapat la Alas perut sebelum makan tengahari jam 12.00 tu. Pagi2 memang tak makan yg berat2 tp kena juga makan nanti perut masuk angin...gastrik lagi susah kan. he he
paling bestlah bingka labu yg guna resepi ni tau..terbaik he he memang sedap  resepinya ambik bLog RENCAH KEHIDUPAN oleh Sue Asal dari Datin Lulu @myresepi dan  kita c/p kat sini pula wat rujukan.

BINGKA LABU

bahan-bahan utama
600gm labu (berat selepas di rebus/kukus) - dilecek sedikit kasar2 @ 3 sudu besar kelapa kering ~  tak letakbijan secukupnya untuk taburan
Bahan-Bahan diblend sehingga sebati

*2 cwn tepung …

pau kaya

assalamualaikum
salah satu kuih yg jadi kegemaran  keluarga kami  pau berintikan kaya ataupun inti kelapa. kalau buat pau ni selalunya malam sb boleh jadikan sarapan utk pagi esok sekali. kalau sempat sampailah pagi kalau tak malam tu jg habis he he

 resepi pau yg ni c/p di myresepi..TERIMA KASIH dan share disini sbgai rujukan

Bahan-bahannya300g tepung gandum 6g baking powder 2g garam 162g air suam 6g dry yeast 30g gula halus 18g lemak sayur Cara-caranya Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata. Campurkan air, dry yeast dan gula  dalam bekas lain. kacau biar gula larut. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.����������������������������…