Sunday, February 19

tart buah strawbery & buah peach je

assalamualaikum
selamat malam semua

lama dah teringin nak bikin tart ni tp kan belum sampai seru kot he he tapi hari sabtu lepas memang kena buat juga akhirnya...meh layan tart yg org baru belajar ni ye. taklah lawa cuma rasanya boleh tahan sedap bg tekak sendiri he he


yg ada cuma buah trawbery dan peach dlm tin ni je...bolehlah kan tp lagi best kalu letak buah anggur ye tak. takper lainkali kena sediakan anggur sekali...



resepi tart ini daku c/p dari myresepi http://www.myresipi.com/top/detail/1371
oleh Mat Gebu
TERIMA KASIH BANYAK2

Bahan-bahan

  • BAHAN2 PASTRY:-
  • 113 g mentega
  • 75 g gula halus
  • 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
  • 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • BAHAN2 KRIM PASTRY:-
  • 300 ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Coklat cair secukupnya
  • Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara

  1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam. 
  2. UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.
  3. Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.
  4. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.
  5. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.
  6. Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.
  7. Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.
  8. Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....
  9. Selamat mencuba utk semua...



Selamat malam semua

TERIMA KASIH
















3 comments:

  1. baru semalam anak kata dah lama mama tak buat chese tart. padahal baru sekali saja try. seram di buatnya. mama tgh malas ni....

    ReplyDelete
  2. chesee tart strawbery suka sangat..

    ReplyDelete
  3. Salam..Sedapnya tart..Sue pun suka tart tapi setakat ni belum sampai keberanian lagi nak buat shell dia...InsyaAllah satu hari nanti nak cuba juga lah..teruja tgk kawan2 buat

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum salam. syawal.  sedar tak sedar dah hampir penghujung april ni makin lama pula.x update blog jalan2 tgk blog pun tidakk maa...