Monday, December 31

penutup tirai 2012 cuti2 Malaysia Damai Laut Lumut

assalamualaikum semua
entry sebelum 2012 menutup tirainya... CCM kami sekeluarga di Damai laut Resort pada awal disember lalu.
lama tu kan baru dpt wat enrty. Apapun sbagai kenangan manis diabadikan disini jg. 
layan gambar2nya ye...tempat yg cantik dan cukup tenang utk rest sekeluarga. ni je yg sempat dirakam utk album keluarga. Percutian tempah seawal ogos lagi. Penginapan 3 hari 2 malam di Swiss Garden Resort diberi percuma oleh bestfriend en. suami...TQ VERY2 MUCH ye. Awal plan nak nak bawa makayah @ adik2 sekali tp apakan daya tak tercapai...
view dari bilik penginapan kami
 se





sibuk tengok budak kecik ni berendam je...tak nak naik2 dah ni





ok jumpa lg entry part 2 mandi manda dilaut pula. ye SELAMAT TAHUN BARU 2013 semua

Saturday, December 29

apam gula hangus

assalamualaikum 
makan apa tu ? he he mesti best menunya.  tadi kita buat apam ni, firstime menerai wat apam gula hangus , apam berbeza dgn kek gula hangus walaupun ujungnya gula hangus.
apam ni teksturnya lebih halus dan gebus. Lembut dan sedap
kek pula ada sarang2 takpun nama lainnya kek sarang semut.


memang lembut betul apam gula hangus ni tau...sedapp manis pun sedang2 gitu. ok sesuai makan pagi atau petang. tp sayangnya bila buat kurang sambutan oleh anak2 je hu hu jadinya mama abah je layan. Banyak pulak tu alhamdulillah dptlah bagi jiran sebelah merasa juga. gambar nampak blur sb camera hp...




terima kasih diatas resepi yg sedap ni blh tengok disini ye apam-gula-hangus.

Resepi : Apam gula hangus

resepi dari : Puan Zuriana Abd Latif



Bahannya:

2 biji telur ( Uj guna telur omega dibuang tapi pusatnya)
1 cwn gula pasir
1 cwn air
1/2 cwn minyak
2 sudu Bsr margerine
2 sudu Bsr susu pekat
11/2 cwn tepung gandum
1 susu teh ( kfc) soda bikarbonat
sedikit esen vanila ( Uj tambah) 

*  tepung dan soda bikarbonat diayak bersama ketepikan.

Cara:
1.     Masak gula pasir tanpa air sehingga keperang-perangan.Kacau sehingga sebati
2.     Bila  gula dah larut dan berwarna perang tutup api sebentar.Add 1 cwn air .Buka api kembali kacau 
        gula sehingga larut.( hati-hati semasa addkan air akan ader sidikit percikan gula) 
3.     Blend telur,minyak,susu dam margerine sehingga sebati dan telur menjadi kembang ( lebih kurang
        3 minit)
4.     Add gula yg telah dihanguskan tadi.Kisar rata lagi sehingga sebati.
5.     Bila semua bahan dah sebati addkan tepung yg tlh diayak bersama soda bikarbonat tadi ke dlm
        blender kisar lagi sehingga sebati.
6.     Panaskan kukusan dan addkan bhn kisar kedlm loyang yg tlh disapukan dgn sedikit mentega.
7.     Kukus selama 40~ 45 minit @ sehingga masak( bila dicucuk dgn lidi ..lidi x basah) sy kukus dlm acuan puteri ayu dlm 15 minit


* Boleh juga diletakan didlm acuan lompang dan alaskan dgn cwn kertas....



Friday, December 28

entry 12/12/2012...SELAMAT PENGANTIN BARU adik iparku

 Assalamualaikum
Sebelum tirai 2012 berlalu bebarapa hari sahaja lg, nak jg wat entry  majlis nikah kawin adik bungsu asben ucu Nazari dgn pasangannya cik Norizan yg berlangsung pada 12/12/12 yg lalu. Cantik tarihk ni pada angkanya ... mungkin senang nak ingat kot.
Majlis kecil ni dihadiri keluarga terdekat dan jiran2 je. Memandangkan tarihk hari bekerja  nikahnya dibuat pada petang selepas asar. Sedikit jamuan makan malam dan kuih muih, Ucu ni adik lelaki yg bungsu asben .Syukur alhamdulillah akhirnya sampai jg jodohnya walaupun agak lewat he he  Apapun selesai sudah, insyaallah ada rezeki majlis lebih meriah tahun depan kot, dlm plan.



 SIL & family dari Alor Gajah Melaka dan bil dan 2 anknya dari Tampin
family abang ipar KL bersama anak menantu dan cucu2nya

Sil dan familynya dari Rawang
desert yg paling laris...coklat





Thursday, December 27

TAMAN TASIK TAIPING

assalamualaikum...
Cepatnya masa berlalu....beberapa hari lg je kan penggal persekolahan 2013 akan bermula. 
Mulalah hati pun bercampur baur ni suka duka.....macam2 dlm fikiran. Ya Allah ...ikutkan hati berat nak tinggalkan kg dgn ayahanda yg perlukan penjagaan skrg walaupun mak ada.
Sebak pun ada rasanya ...nak lg fikirkan lepas ni mesti sunyi mak ayah bila ank cucu semua dah kembali sibuk dgn sekolah hu huu
sedeh hanya Allah mengetahui...
ni sempat ambik masa awal disember hari yg sama melawat Muzium Taiping...hanya singgah sementara menunggu waktu melawat ayah di Hospital.. Si abang IS ni yg beriya-iya nak naik. Mama temankan sb yg lain semua taknak. Malas sebenarnya nak mengayuh tu. Lainlah  pasangan muda mudi bercintan cintun suker la kan. Jangan tak percaya ye walaupun dari dulu selalu dtg Taman Tasik Taiping tp inilah fisrtime naik he heee dulu kalu dtg pun samada berkelah ngan family takpun ngan kenkawan pusing2 je tasik ni....bayarannya RM 12.00 utk 2 org 

tgk cantik kan kawasan Taman Tasik Taiping ni...
paling berat ni nak melangkah pulang ke KL semula hu huuuu Ya Allah semoga dipermudahkan semuanya...
jg berilah kekuatan kepada ibuku utk terus sabar menguruskan Ayahanda tercinta..

Sunday, December 23

kek kurma moist tanpa telur


assalamualaikum

Apa khabar ...sehat2 ker?
rindunya lama masuk sini....masih bersiaran dari Taiping Bandar Warisan. Sb masih lg berada kat Kg. Curi2 masa sambil menunggu di Pusat Dialisis tgk blog kejap..dah beberapa hari tak sempat nak tgk. Tentu banyak ketinggalan masakan2 kawan2 .

.
Kek kurma moist tanpa telur ni buat sblm blk kg minggu lepas.
Memang sedap sgt2 lembab kek ni. dptlah bawa balik ke kg sbagai buah tangan daripada kosong kan. Kita blk 3 beranak naik bas jadinya tak dptlah bawa mcm2. Satu beg pun tak terbawa kan.

Mak tak makan telur tu yg cari resepi tanpa telur. Lagipun bhn2 utamanya kurma kan bagus tu. Kurma stok thn lepas lg ni he he

resepi asal dari myresipi.com
oleh ADURA
digandakan sukatan oleh mama saranur

Bahan-bahan

  • 3/4 cawan susu kotak/UHT
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan minyak sayuran/masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 18 biji kurma yg lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional)

Cara-cara

  1. Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus 
  2. dengan sedikit air. Masukkan kurma dalam bekas 
  3. mixing.

  4. Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. 
  5. Biarkan gaul hingga sebati. Masukkan tepung, 
  6. baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu 
  7. ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak
  8.  payah, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak2 gitu.
  9.  Bakar kek dalam 35 minit pada suhu
    180C. Kalau kek tak melekat kat lidi, dah

     masak la tu.
    Selamat Mencuba.



Tuesday, December 18

muzium Taiping

ASSALAMUALAIKUM

Bersiaran  dan berkisah tentang  Taiping lagi.
Alhamdulillah ayahanda agak sehat skrg...cuma rutin ulangalik agak memenatkan. Apapun TERIMA KASIH semua mendoakan ye.

gambar2 masuk MUZIUM TAIPING, ketika blk awal disember hari tu. Sementara tunggu time melawat Tokki Jam 4.30 petang bawa ank2 kesini. Dekat je dgn hospital. Muzium ni dah byk berubah tak mcm ketika mama melawat zaman sekolah2 dulu he he masuk FREE je tau, anak2 pun firstime masuk sini








Jadilah kan, bg kegembiraan utk anak2 bila plan2 lain tergendala....INSYAALLAH bila keadaan mengizinkan thn depan andai panjang umur kita jalan2 lg ye
ok jumpa lg

Monday, December 17

Taiping...lambakan buah-buahan tempatan

  assalamualaikum semua.....

syukur ke hadratNya kerana masih diberi ruang dan kesempatan meneruskan kehidupan di dunia pinjaman ini. Masih ingat kata2 pakar motivasi suatu ketika Hidup masih perlu diteruskan walau apapun kedukaan yg melanda kerana kita bila kita diuji itu bermakna Allah menyayangi hambaNya dan ingin melihat kesabaran kita. Dan sesuatu yg berlaku jg mengikut tahap kekuatan kita.
Siapa sangka kan kini rutin berulang-alik ke Bandar Taiping yg memakan masa 45 minit-1 jam . 
Kalu dulu memang jaranglah nak dtg Taiping bila balik Kampung terperap kat kg malas betul nak keluar ke Taiping kecuali betul2 memerlukan. Bukan apa lama jg tu duk dlm keta nak sampai sini .



lambakan buah-buahan tempatan tahun ni sgt2 lah banyak....
sampaikan ada yg terbiar camtu je terutama di dusun2 yg agak jauh (bukit) dah tak larat nak kesana. Kami lagilah terpaksa berkejar-kejar dgn masa maknya buah durian bila sempat je pergi tgk. Sayangnya kan....




Buah duku langsat jg thn ni agak menjadi...kenyanglah kera2 tu bila buah2 ni banyak


ok ye jumpa lg insyaallah

Thursday, December 13

alhamdulillah....akhirnya

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah hari berkesempatan menulis disini...hakikatnya sgt2 rindu nak jalan2 di blog kenkawan semua tp apakan daya.

juga TERIMA KASIH pada yg mendoakan Ayahanda kami sehat kembali.  Itulah kan kita manusia hanya mampu merancang...awal disember memang plan bercuti panjang selepas ke Lumut ingat nak bawa makayah pula  jln2 ke Penang rumah adik dan lepas tu bolehlah ke KL pula  jalan2 lg pula adik bungsu asben akan bernikah ada la kenduri kesyukuran sikit di rumah. 
Dari awal lg ayah memang beriya-iya nak dtg KL tp tergendala dek Program Anak Angkat dari Putrajaya selama 10 hari.  masuk minggu ke2 ayah buat pemeriksaan terus admit pula. Tu yg dari Lumut bergegas ke Taiping tgk ayah. 
Ayah lemah pastu pening dan muntah Doktor bgtau buahpinggang dah teruk mcamnanapun kena buat dialisis. Walaupun sblm ni memang doktor dah syorkan tp kami adik beradik tak setuju sb dgrnya menakutkan sb kena mulakan dari leher tp akhirnya terpaksa akur jg ayah pun setuju bila dgr penerangan dan tgk kawan2nya yg turut buat dialisis nampak lebih sehat.

Sekarang ayah dah pun keluar dari wad dan sedang menjalani rawatan penyakit buah pinggang iaitu dialisis di Pusat rawatan dialisis kat Taiping. Maknanya dalam seminggu 3 hari terpaksa ulangalik untuk proses cuci darah. Keadaan ayah sebenarnya sukar nak digambarkan, sgt2 keletihan jalan pun terpaksa dipimpin. Kakinya memang tak boleh bergerak sgt mungkin  sb goutnya tu.



ikutkan memang berat nak tinggalkan tp disbkan adik bungsu asben yg nak bernikah pada 12/12/12 jadinya kami kenalah balk ke KL.
insyaallah  isnin akan bertolak ke Kampung dgn bas tinggalkan en suami sementara. Lg pun kenduri pernikahan BIL pun alahamdulillah dah selesai kan.

nak ambil peluang cuti persekolahan ni utk berbakti dgn ibuayah...Doakan yg terbaik ye

 Assalamualaikum selamat berpuasa ♥️ lamaa ciknur  tak buat bengkang ni. Kalau saje saje memang malas nak buat he hee nak makan. seketul dua...