Saturday, October 29

puding karemel roti

assalamualaikum. 

Semalam berkesempatan menghantar abang sulongku ke Kelana Jaya, alhamdulillah akhirnya tercapai sudah hasrat abangku utk mengerjakan haji tahun ni. Dah sampai seru, apapun kami semua mendoakan yg terbaik buat abangku Ruznan. Amin..... dan tinggal lg seminggu pula kita semua akan menyambut hari raya AIDILADHA, hari raya korban atau hariraya haji. insyaallah kalau xda aral pulang ke kampung utk beraya lagi, ye lakan selepas hari raya aidilfitri rasa terlalu lama dah tak balik kampung he he untuk entry hari ni pula nak tayang puding roti caremel yg sempat dicuba buat pertama kali ni. Dulu puding caremel je tp yg ni campur ngan roti . memang lain sikit rasanya. yg penting sedap teruatama makan bila dah disejukkan dlm peti ais ...memang sedap...
resepi copy dari fotopages cheff Hanieliza yg pakar dalam masak2 pelbagai menu ni.

PUDING ROTI CARAMEL

Bahan A:

1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B

  • 1 buku roti [10 keping] 
  • 1 tin susu cair 
  • 1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
  • 2 biji telur 1/2 cawan gula 1 sudu teh 
  • esen vanilla 2 sudu besar tepung kastad
  • Hiasan 1 tin buah koktel/peach
  • Cara: 
  • 1. Panaskan kukusan. 
  • 2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis. 
  • 3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
  • 4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis. 
  • 5. Kukuskan selama 30 minit. 
  • 6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
  • 7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
  • 8. Sejukkan...hidangkan sebagai dessert

Saturday, October 22

belated birthday kakak Tisha 10 years

Tahun ni birthday kakak Tisha jatuh pada bulan puasa iaitu 20 hb ogos yang lalu. Biasa la kan anak2 ni bab birthday memang tak lupa he he. dah beberapa tahun tak wat apa2 sambutan pun last rasanya tahun 2008 tp masa tu wat untuk ketiga-tiga anak2 sekaligus...tu yg tahun ni memasing duk merengek kat mama ni suh watkan besday party. Lagipun masih raya kan org kolumpur ni, leh juga jemput jiran2 datang. Sekadar jamuan kecik2 yg penting ada kek besday dan jemput kawan2 sekolah Kakak. Kasi dia gembira... Alhamdulillah ramai kawan2 kakak datang, tu yg bukan main happy lagi dia. Masak pun simple2 je mihun goreng, buah, desert sikit kan. wat jiran2 watkan mee hailam, nasi impit kuah kacang dan rendang. Menu x sempat nk snap pun...
kek besday pun simple je, tp alhamdulillah habis dimakan dek anak2 ni.
sempat kakak berposink ngan kawan2 sebelum masing2 balik umah. gembira betul kakak hari tu senyum meleret-leret...
kek red velvet tp berapa nak red velvet la pulak he he

Friday, October 21

mee kari

Assalamualaikum 
meh la layan mee kari pulak ye, kalau asyik nasi je boring pulak kan...mee kari ni feberet encik suami, Sarah pun suke gak tau he he tp Sarah makan yg mamanye masak sebab kuahnya mee kari ni tak pedas. Belajar wat mee kari ni dari my SIL dan resepi pun ikut kakak iparku yg sangat pandai memasak ituu.. yg bestnye sebab tak pedas dan kalu yg suke pedas tambah je sambal kerang. Baru ummmmp sikit tp biasa le kan anak2 mana suke pedas2 ni.

Tuesday, October 18

kuih lapis


ASSALAMUALAIKUM.

Kuih lapis feberet anak bungsu mama si Sarah, sebabnye suke sangat pink kaler he he dan bila makan nak makan selapis selapis....macam2 ragam anak2 kan. Yang penting nak makan kalau tidak lagi susah kan.
kali ni cuba resepi dari rumah Kak Ann yg duduk kat Putrajaya sana blog Periuk Tanah. Ternyata memang sedap lemak2 dan kenyal. Cuma tambah kaler hijau je nampak lain sikit. Tq ye kak Ann share resepi yg mudah jg dan paling penting sedap..


kebetulan juga hubby suruh buatkan kuih nak bawa ke rumah atok, selalunya kuih talam pandan tp sb kuih lapis Kak Ann ni jadi dan sedap, mama buatkan lagi satu cuma tmbahkan 2 x ganda so lg banyak lapis.
ada masa nanti nak copy paste resepi ni. wat rujukan lainkali kan.
sekali lagi terima kasih buat tuan blog PERIUK TANAH.

resepi buat rujukan masa akan datang

  • 2 cawan tepung beras 
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung ubi 
  • 1 cawan gula
  • garam 
  • 6 cawan santan sederhana pekat-
  • panaskan santan suam2 kuku  campur semua bahan2 diatas dan kacau sebati kemudian tapis bahgikan beberapa bahagian dan leta pewarna disukai
  • panaskan kukusan dan kukus selapis dalam 5 minit selapis2 sehingga habis sejukkan baru dipotong

Sunday, October 16

PUDING ROTI SOS KASTAD


assalamualaikum

tengah layan puding roti yg letakkan sos kastad ni......ummmppp memang sedap kan
sepotong dua dah cukup kenyang ni maklumlah roti kan he he
tp yg rasa lainnya sb sos kastad tu...buatkan rasanya bertambah sedap, tak tipu ye


tq very2 much kongsi resepi yg sudi share resepi ini. dan mintak izin copy paste lak kat sini ye.
harap2 lepas ni senang nak bikin lagi takyah susah2 nk belek2 buku2 resepiku itu he he

 Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
  Bahan B 

  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
  • 1 s/b buah pala *(optional)-daku tak letak

  Bahan C-kuah 

          1 tin susu cair, 2 s/b tepungkastad ,2 s/b gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang. 

SELAMAT MENCUBA

Saturday, October 15

KOCI PULUT HITAM


ASSALAMUALAIKUM

Mood hari sabtu sentiasa ok kan, maklumlah hari cuti emmm cuti nilah masanya nak lepak2 kat rumah (kalau lah boleh lepak2 kan)tak juga rasanya tapi bolehlah kan kejap2 landing2 atas katil selepas solat zohor tu ye tak.
kalau dah kat rumah tu semestinyalah mulut ni nak makan je kan isshhh ni yang tak gemar tu. Macam2 rasa nak makan itu ini...

cerita pasal makan2, ini lah DAPUR cikno nak tunjukkan sejenis kuih tradisional yang memang sedap kalau makan sebagai sarapan pagi ataupun petang...memang tak penah buat lagi kuih koci pulut hitam ni yg penah nya koci labu. Tapi entah macamnana KAN suatu hari tu adik kesayanganku YG KEJA KAT dbkl tuboleh pulak tepon nak order kuih yg satu ni untuk jamuan kat opis dia.
Alamak takdak kuih lain ke yg nak suh kakak dia buat ni, mula2 takut jg tapi keinginan nak mencuba tu membuak-buak so mengiyakan je lah bolehhhh he he nak dalam 100 biji, jenuh la jugak nak nak siapkan ni ...
Apalagi tercari2la resepi kat blog2 ternama alhamdulillah ada resepinya. Siapa lg kalu bukan kat blog YATIE MEMORIES sumber utamaku itu.
terima kasih banyak2 ye kak Yatie sebab share resepi koci pulut hitam ni. Sumber asalnya pulak En. Mat Gebu chef yang popular tu.
Memang menjadi dan paling penting sedap rasanya, dohnya lembut je dan tak liat sangat, rasa macam yang duk beli kat gerai kuihmuih di taman rumah kami.


jom tengok resepinya....
KOCI PULUT HITAM
resepi copy dari YATIE MEMORIES BLOGSPORT
sumber DAPUR TANPA SEMPADAN

resepi saya cp kat sini ye.

BAHAN2 UNTUK DOH:-

250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
2 sudu besar tepung gandum- kak Yatie tambah dan saya pun
secubit garam
1 1/2 cawan air

BAHAN2 UNTUK INTI:-

1 biji kelapa parut putih basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

BAHAN2 LAIN:-

Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci
Minyak secukupnya
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara

UNTUK INTI:-

Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
Angkat dan sejukkan.

UNTUK DOH:-

Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.Saya tambah tpng gandum
Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan dulu.

UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:-

Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi.
Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
Kemudian lipat seperti biasa.
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kuih koci bergantung pada saiz kueh masing2.

Dengan susah payah juga akhirnya dapat ku siapkan 100 biji koci pulut hitam. Syukur sangat2, pagi2 adikku datang ambik kuih ni dengan senyum lebar dia lah. he he
dalam pada pada tu yg membuatnye ni berdebar-debar menunggu reaksi yg memakannye ha ha sedap ke idak itu je yg bermain dalam fikiran maklumlah firstime ni pandai2 ambik order...apapun alhamdulillah laku je licinnn lincau kata adikku.

Amin...hilang dah dap dup dap dup dari pagi tadi nih ha ha apapun memang TERIMA KASIH BANYAK TAK TERHINGGA PADA KAK YATIE DAN EN. MAT GEBU DIATAS KESUDIAN share resepi ini. Semoga bertambah rezeki anda berdua....

selamat berhari minggu...

Friday, October 14

raya 2011

assalamualaikum

gambar-gambar kemeriahan raya tahun 2011 di kampungku. masih terasa keseronokan raya kali ini.


anak2 dara cilik yg sekali sekala jumpe ni memang suke posink.....cousin yg tak boleh berpisah... 

Raya tahun ni kami sekeluarga memilih tema biru cerah, walaupun bukan kaler feberetku he he tp sekali sekali kenalah pakai kaler yg macam gini kan. yg boy memang sukelah kan, kebetulan keluarga abangku pun kaler yg sama tu yg nampak lg meriah bila bergambar ramai2 ni. Tahun ni ramai pilih kaler biru dan pink bila digandingkan nampak serasi ye tak. sendiri punya pandangan he he walaupun kurang satu keluarga tp umah atok ki dan opah ni tetap meriah habis kecoh dengan macam2 ragam budak2 ni cuma tak dpt bergambar semua pun, tak sempat nak kumpul semua tangkap posink. ni yg sempat je, mana yg tak buzy he he
hidangan wajib ada ni, lemang pulut dan lemang jagung serta rendang ayam. yummy sedap betul kena lemang cicah rendang....

Thursday, October 13

kek karemel


kek karemel

alhamdulillah gembira sangat2 bila kek yang menjadi pujaan ramai ni berjaya di siapkan di dapurku he he walaupun tak secantik yang orang lain buat tp yang penting cubaan pertamaku menjadi he he sedap di makan. trimas sebanyak2 nye kepada tuan empunya bloq MASAM MANIS kak ita yang sungguh rajin tunjuk step by step di bloqnya ...rasa nak buat lagi lepas ni. bukan apa tak puas makan dan tak puas hati nak buat yg lagi cantik kalau boleh laaaa he he


untuk resepi terperinci boleh jenggah ke blog kak Ita masam manis


Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Bahan-bahan untuk Puding
  • 400ml  / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan untuk Kek:
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder



Cara-cara Gula Hangus
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. Rujuk gambar 1.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding seperti gambar 3. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Cara-cara Puding:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil (rujuk gambar 3) dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun(rujuk gambar 6) untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti gambar 4.
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 5.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1 seperti gambar  6.
Cara-cara Kek adunan 1:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. Rujuk gambar 7.
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Cara-cara kek adunan 2:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 seperti gambar 8. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Rujuk gambar 9.
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 pusingan untuk 4 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 pusingan lagi.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 pusingan dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 10.
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat Mencuba 

 Assalamualaikum selamat berpuasa ♥️ lamaa ciknur  tak buat bengkang ni. Kalau saje saje memang malas nak buat he hee nak makan. seketul dua...