iklan

Saturday, 3 December 2011

chiffon keladi pulak...

assalamualaikum 
Chiffon lagi he he dah macam ketagih pulak ni...keinginan yg tak dapat ditolak. Keinginan nak mencuba lagi dan lagi...bahaya tu kan. Apapun sebaik la ada yg suke makan kalau idak apa la nak buat ngan kek2 ni.

Tapi bukanlah projek hari ni, projek malam jumaat hari tu. Kali ni suke sgt2 dgn kelembutan kek chiffon ni dan rasanya pun memang digemari...perisa keladi. 
Masih guna resepi yg sama resepi chiffon pandan kak YATIE MEMORIES BLOGSPORT.
memang disyorkan siapa2 yg nak buat boleh ikut resepi kak Yatie ni sb mesti menjadi punya kan.

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
*pewarna purple dan perisa keladi

* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A):

  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

 ni la peminat setia kek chiffon ni...si kakak Tisha.
emmm yummy katanya...

ok setakat ini sahaja dan salam sejahtera SALAM 1 MALAYSIA...



7 comments:

  1. cedapnye die makan..hehe.rajinnya mama bakar kek ye.nampak menraikla kek keladi tu

    ReplyDelete
  2. cuti2 ni dik asyik lapo je budak2 kat umah ni....sedap tau he he cubalah Aisya

    ReplyDelete
  3. amboiiiii rajin membaking sungguh ye akak.. nani ni kalau nak membaking, kena tunggu hari cuti je.. kalau hari keje, tak kuasa.. balik umah, wat dinner past tu pengsan terus.. hehehe.. tu pun kadang2 dinner abang yg sediakan.. nani boleh la kemas rumah apa yg patut.. gilir2 wat keje kan.. :)

    ReplyDelete
  4. gebunyer chiffon nuri....
    akak pun kemaruk buat chiffon jugak skrg ni.. haha.. lagipun.. mmg sedap kan kek chiffon ni.. tak jemu dimakan.. akak buat kurang manis so.. bolehlah mkn lebih tanpa rasa bersalah.. hehe..

    ReplyDelete
  5. ye ke k. madiha he he sama la kita
    betul tu x jemu, kejap2 kunyah kan he he

    ReplyDelete
  6. salam mama Sara Nur,
    Terima kasih dah singgah di Dapur Mungil.
    Di sini pun banyak cake yang sedap. Happy cooking ya :)

    ReplyDelete
  7. Aslmkum mamasaranur
    sedapnya nampak kakak mkn kek chiffon....tentu sedap ibu baking kan....tambah2 ada perasa keladi.nanti minta ibu baking lagi....

    ReplyDelete

kata-kata manis