iklan

Tuesday, 29 November 2011

kek chiffon pandan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1433

Hari ni nak tayang kek chiffon pandan yg pertama kali  daku cuba ni..terlebih gembira maklumlah kan firstime he he happy sangat2 dek kerana chiffon menjadi seperti yg didamkan lembut gebuss cuma terhangus kat tepinya he he..
tak sempat nak cerita panjang tp jom tengok resepi dari YATIE MEMORIES..yg telah dicopy paste kat sini ye. buat rujukan masa akan datang memang rasa nak buat lagi ni..
tq very very much wat kak Yatie kerana share resepi yg sedap dan pastinya menjadi.
jom tengok...walaupun rupenya tak cun hu hu svbnye terlebih bakor, pasni kena kurangkan masa bakar tu ye



                                           KEK CHIFFON PANDAN
                                          c/p resepi : Yatie memories blogsport


               Bahan A

               * 6 biji kuning telur
               * 2/3 cawan minyak Mazola
               * 2/3 cawan santan pekat
               * ½ sudu kecil garam
               * 1 cawan gula pasir
               * pewarna hijau dan perisa pandan
               * 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
               * 2 sudu kecil baking powder* diayak

               Bahan B

               * 6 biji putih telur
               * 1/2 cawan gula pasir
               * 1 sudu kecil cream of tar tar

               Cara-cara

                Bahan (A):
  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu. 
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

4 comments:

  1. akak... wahhh akak pun bukan main rajin yer skrg ni dok membaking.. hihihi.. paku dulang paku serpih :P hihihi..
    akak.... sarah ngan haikal sama je... kalau kita sibok nak amik gambar makanan kan, dia pun sibok nak masuk gak muka dia tepi makanan tu.. heheheh.. betul kan sama..

    ReplyDelete
  2. rajinnyer yerk... der orang makankan....

    ReplyDelete
  3. Nani he he bukan rajin tapi kena paksa rajin ha ha

    ReplyDelete
  4. Cho, cuti2 ni biasa le kan lapor je he he

    ReplyDelete

kata-kata manis